Assalamualaikum.. Ramai yang pastinya tertanya-tanya apakah makna di sebalik tajuk yang akan dibincangkan.. Law Kaana Bainana Al-Habib merupakan sebuah lagu Arab yang mmbawa makna 'kalaulah KekasihMu masih bersama2 kami'... Sebuah interpretasi mendalam dan manifestasi cinta kepada Rasulullah saw. Mendengar lagu ini buat pertama kalinya membuatkan air mata ini seakan-akan tidak mahu berhenti dari mengalir... Entah kenapa, pada kebiasaanya lagu yang pertama kali kudengar jarang membekas dalam hati, tapi tidak pula untuk lagu ini.. Aku seakan-akan dibawa dalam satu daerah yang sangat jauh, jauh dari kesibukan, jauh dari keriuhan, dan yang aku temui adalah daerah2 ketenangan.. Aku berasa amat indah sehingga sukar untukku gambarkan hnya dengan kata2..
Dalam pada mendengar lagu ini, aku amat terkesima dengan bait lirik 'sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda Nabi, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankaan doa'.. Lalu minda ini menerpa dalam bayangan kusendiri, adakah doa aku untuk berjumpa dengan Baginda Nabi akan Allah makbulkan.... Aku teringat betapa banyaknya dosa dan maksiat yang telah aku buat selama menjadi hamba Allah... Hidup bergelumang dengan dosa dan noda, tapi masih ada keinginan berjumpa dengan insan yang teramat mulia pada pandangan Allah.. Indah nian peribadi Nabi sehingga tidak mungkin aku capai tahapnya.. Setiap insan mndambakan seseorang yang amat dikasihi dalam hidup mereka.. Mungkin saja segala yang dibuat mnjadi ikutan dan pedoman dalam kehidupan.. Seboleh mungkin aku mahu menjadi pendamping Nabi Muhammad saw yang paling akrab, aku mahu bersama-sama Nabi untuk berada di dalam syurga Allah swt.. Tapi, soalan tadi berbangkit pada diri, layakkah aku??? Sesuaikah aku ditempatkan dengan Nabi???
Wahai hati2 yang tenang, sejauh manakah kecintaanmu pada Baginda Nabi Muhammad saw?? Sejauh manakah kau martabatkan Baginda dalam hidupmu??? Kita katakan yang kita sayangkan Baginda, kita katakan yang kita mahu bersama-sama dengan Baginda di syurga Allah nanti.. Tetapi sunnahnya tidak kita ikuti, kata-kata Baginda tidak kita endahkan, akhlahnya tidak kita contohi, lalu bagaimana wahai hati, bagaimana kita ingin bersama2 dengan Baginda nanti??? Aku hanya mampu memperingatimu dalam sebuah medium yang serba sederhana ini, yang memutuskan untuk mengikuti atau tidak itu terpulang sudah kepadamu.. Kalau kita katakan yang kita amatlah menyayangi Baginda Nabi, perlulah diingatkan bahawasanya Baginda Nabi Muhammad saw lebih lagi menyayangi kita, wahai umat Muhammad.. Pernah suatu ketika Nabi duduk bersama-sama dengan sahabat-sahabat , lalu tiba-tiba air mata baginda Nabi Muhammad mengalir di pipinya.. Saidina Abu Bakar bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain perihal Nabi, dan dikhabarkn yang Rasulullah amat merindui umatnya yang disebut sebagai Ikhwan.
Abu Bakar as Siddiq lalu bertanya kepada Baginda Nabi bukankah mereka yakni para sahabat ialah ikhwan kepada Nabi. Baginda dengan wajahnya yang penuh dengan ketenangan dan kasih sayang pun menjawab, "kalian adalah sahabtku, ikhwan yang aku rindui adalah orang yang beriman kepadaku meskipun tidak sempat berjumpa denganku.." Lihatlah, betapa sayangnya Nabi Muhammad saw kepada kita wahai hati.. Betapa sebelum kita lahir lagi, Baginda telahpun mengucapkan rasa rindunya kepada kita sehingga menitiskan air mata di depan para sahabat Baginda.. Persoalannya mudah, pernahkah kita berbuat sepertimana yang dibuat Nabi?? Pernahkah kita menyatakan rasa rindu yang teramatlah dalam untuk Baginda Nabi??? Lalu inikah yang ingin kita jadikan bukti cinta kita kepadanya.. Tidak malukah kita, wahai hati2 yang tenang???
Akhir sekali, ayuhlah kita sedari akan hakikat penciptaan kita semula. Dari kecil hinggalah kita dewasa, apakah yang telah kita sumbangkan untuk Islam, agama anutan kita yang amat kita sayang ini??? Adakah tindakan kita wajar dan layakkah kita semua untuk bersama-sama dengan Nabi di padang mahsyar kelak?? Soalan-soalan ini aku tinggalkan buat dijawab untukmu wahai hati-hati yang tenang.. Biarlah kita datang dalam keadaan yang tenang, dan akhirnya meninggalkan dunia ini juga dalam keadaan yang tenang.. Lagu Law Kaana Bainana Al-Habib dapatlah dijadikan panduan dan pedoman agar kita sentiasa mengecas iman dan takwa kita kepada Allah.. Syukuri nikmat yang diberi percuma kepada kita.. Wallahua'alam
Wednesday, 27 June 2012
Tuesday, 26 June 2012
Blog Aku dan Tujuannya
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dah lama aku menanti, akhirnya blog ini dpt juga dijadikan realiti.. Blog yang berorientasikan santai dan rileks ini akan menyentuh kebanyakan aspek dalam kehidupan.. Contohnya, hal2 pelajaran, ilmu, agama, akhlak, pngurusan stress dan sbgnya... Tujuan utma terciptanya blog ini adalah untuk :
1)Menjernihkan fikrah pemikiran manusia khususnya golongan remaja yg amat dahagakan ilmu.. Dengan ilmu yg tidaklah byk, blog ini akan mngambil jalan pertengahan dalam setiap aspek khidupan; tidak agresif, dan tidak pasif...
2)Berkongsi pengalaman, idea, dan buah pemikiran yg bertujuan utk mngembalikan remaja dan masyarakat utk kita sama2 mngenal Allah dan Islam secara tuntasnya.
3)Salah satu daripada jalan dakwah dan tarbiyah yg mudah dan baik utk semua pihak, waimma dalam apa keadaan sekalipun..
4)Bersama2 dlm mncari redha Allah dan mnggapai rahmtNya..
5)Memenuhi masa lpang dengan pengisian yg bermanfaat dan berguna..
Segala komentar dan idea utk mengimprovisasikan blog ini amatlah dialu2kan.. Aq hnyalah mnusia biasa yg ada kelemahan dan kekurangan.. Sesungguhnya ketidaksempurnaanku akn disempurnakan oleh kehadiran dan pembacaan daripada kalian.. Sekian, wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)