Wednesday, 30 January 2013

Apa Sebenarnya yang Mereka Kejar????

Jujur, jujur aku katakan yang dunia ini dimiliki oleh orang - orang yang bijak. Bijak mengeksploitasi masa, menggunakan segala resources yang ada, dan pantas merebut peluang di depan mata. Sungguh aku kagumi manusia seperti mereka ini. Bijak, hebat, produktif, dan luar biasa auranya.

BUT, there's always questions popped up into my mind bila mana melihat kepada kejayaan mereka ini. Apakah yang sebenarnya menjadi dambaan mereka?? Apakah yang mereka sebenarnya kejar dalam kehidupan seharian mereka?? Bagaimanakah pengakhiran di setiap pencarian mereka ini?? Mungkin hanya aku terlalu banyak berfikir pasal perkara - perkara sebegini, namun pada hakikatnya inilah realiti sebuah kehidupan. Bukan hanya mengejar material, tetapi berusaha untuk menggapai sebuah MAKNA

Jika disoal kepada sesiapa sahaja, mungkin anda yang membacanya, apa sebenarnya yang anda kejar dalam hidup ini?? Adakah anda telah berjaya mencapai target yang and impi - impikan itu??

In the context of life, apakah pegangan kita... Apabila ditanya soalan ini, ramai sebenarnya terkedu dan tidak mampu berkata - kata walaupun pada dasarnya semua itulah yang telah membina siapa kita pada hari ini. Baik pegangan dan prinsip hidup, maka baik jugalah akhlak dan perlakuan empunyanya. Sebagai contoh, pegangan hidup diri kerdil ini.

"Selagimana apa yang aku lakukan itu  tidak bertentangan dengan agama yang disandarkan melalui wahyu ( Al - Quran ) dan sunnah ( Hadis baginda Nabi Muhammad saw ), maka aku tidak akan gentar apa jua cabaran dan halangan yang menimpa."

"What you give, that's what you are going to get back. Baik yang diberi, Insha Allah baik jugalah yang diterima. Walau bukan daripada manusia yang fokusnya hanya perhatian dan perhubungan, tapi bakal mendapatkan kebaikan dan keberkatan daripada Allah swt."

"Selalu kena filter dan analisa siapa kawan kita. Kerana Nabi Muhammad saw bersabda kita dikenali siapa sahabat - sahabat kita. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka tempias wanginya akan terkena pada kita, tetapi jika berkawan dengan pembuat besi, maka kita juga bakal terkena percikan apinya."

Manusia itu diciptakan atas 2 tujuan yang utama. Dalam Surah Ad - Zaariyat ayat ke 56, jelas menunjukkan tujuan utama penciptaan manusia iaitu untuk berubudiah ( beribadah ) kepadaNya. Dalam erti kata lain, melakukan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Untuk menjadi manusia yang sentiasa beribadah kepada Allah, kita kena muhasabah balik, apa saja perbuatan yang kita buat, adakah baik, memberi manfaat, dan mengikut syariat. Kalau ya jawapnnya, kita berada pada landasan yang betul. Cuba kita pandang ke langit, cantikkan?? Kecantikan langit yang tiada bertongkat itu datangnya daripada Allah, atas kebijaksaan dan kehakiman Allah. Sedangkan langit pun patuh kepada tuannya, inikan pula manusia yang diberi Allah akal fikiran, di manakah NILAI kita??

Masih ingatkah kita pada Surah Al - Mulk yang sering dibaca sebelum tidur?? Dalam ayat kedua Surah Al - Mulk, Allah berfirman yang mafhumnya berkata, "Tidak Kami ( Allah ) ciptakan mati dan hidup itu melainkan untuk menilai siapakah di antara kamu ( hambaKu ) yang paling baik amalnya."

Impak ayat tersebut amatlah berat sebenarnya jika dihayati sebenar - benarnya. Analoginya mudah.. Kita berada dalam lingkungan pekerjaan yang amat kompetitif dan berdaya saing. Semua pekerja berusaha untuk mencapai target atau Key Performance Indicator ( KPI ) kerana apa?? Kerana sekiranya mereka gagal mencapai target tersebut, maka terjejaslah prestasi mereka yang turut membawa kesan kepada pembekuan gaji dan pengekalan pangkat. Begitulah Islam mengajar kita sebenarnya. Berdaya saing dan berlumba - lumba untuk melakukan kebaikan dan ketaatan bukannya maksiat atau kemungkaran.

KPI kita sebagai umat Islam adalah untuk menggapai redha Allah dan target utama kita adalah syurga Allah. Dalam pada target yang hebat itu, mestilah disusuli dengan usaha yang jitu dan pengorbanan yang ever lasting. Tak bolehlah targetnya tinggi tetapi melihat kepada usahanya hanya hangat - hangat tahi ayam. Itu tidak akan dapat terrealisasi.


Ada sekelompok masyarakat pelajar yang terlalu ambitious dalam melakukan apa - apa pekerjaan. Terus terang aku bangga dengan semangat yang berkobar - kobar dan strategi yang gempak mereka itu. Tapi, ada sesuatu yang merunsingkan. Aku tak pasti hanya aku yang merasakannya atau memang pada hakikatnya terjadi di institusi pengajian kami. Kelompok pelajar tajaan yang seyogianya berusaha keras untuk mencapai GPA yang ditetapkan kenampakannya menyembunyikan taring masing - masing. Bukanlah semua, mungkin hanya segelintir, cuma mereka ini mungkin lebih distinctive daripada golongan yang care.

Antara dua simpang iaitu kebaikan dan kenakalan, antara belajar dan bermain, tarikannya amatlah berat pada bahagian yang negatif. Bukankah begitu?? Ramai dalam kalangan kita menyedari akan hakikat itu, tapi tidak mampu untuk mengambil pelan tindakan untuk mengubahnya, termasuklah diri ini. Oleh itu, pentingnya support group yang positif, yang matlamatnya hanya yang baik dan yang positif. Bukan bermakna kita mengabaikan group yang negatif, tetapi elakkan daripada terkena mere exposure. Takut - takut impaknya terkena kepada kita yang berkawan dengan mereka.

Masih aku teringat ada seorang sahabat yang terasa hati dengan aku disebabkan aku sering ke library atau belajar tanpa mengajaknya. Aku tatap wajah sahabat aku itu dengan penuh kasih sayang, lalu hati ini bersuara, alangkah indahnya matlamatmu dan matlamatku sama. Indah nian sekiranya kita semua mempunyai kesepakatan dalam mengejar ilmu dan kebaikan. Sabda Nabi Muhammad saw:

"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap jiwa ( individu ) Muslim"
\
Oleh kerana hadis inilah, jiwa ini meracau, hati ini meraban. Kenapa aku terlalu malas dalam mencari ilmu?? Mengapa terlalu mudah untuk aku berputus asa dalam mendapatkan mutiara - mutiara ilmu daripada para guru dan pensyarah?? Tanpa disedari, ilmu itu adalah amanah yang digalaskan ke atas setiap jiwa kita. Hati kita tidak akan tenang sebenarnya sekiranya kita sambil lewa dalam menuntut ilmu. Tuan Guru kepada penulis terkenal, Hilal Asyraf pernah memarahi kelasnya kerana ramai dalam kalangan mereka yang mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.

Mereka dimarahi kerana GAGAL melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Kita juga begitu bukan?? Kita gagal atau hampir gagal dalam peperiksaan tetapi kita masih lagi boleh tersenyum dan membanding - bandingkan diri kita dengan sahabat - sahabat yang lain yang mendapat C. Padahal ita hanya memperoleh C+.. Adakah kita hebat sekiranya hanya itu gred yang mampu dicapai??

Mungkin sebahagian kita menganggap peperiksaan semata - mata tidak cukup untuk menilai keupayaan dan kebolehan kita dalam sesuatu bidang, tetapi pada HAKIKATnya, peperiksaan itu adalah salah satu mekanisme untuk menilai kefahaman dan keupayaan mengsintesis ilmu dalam minda kita. Jadi, apa lagi alasan kita kepada Allah selepas kematian menimpa kita?? Adakah kita akan menjawab Ya Allah, itu semua duniawi. Ilmu bukan sekadar peperiksaan tetapi di hati?? Begitukah jawapan kita kepadaNya?? Head on people.. Selamat berfikir. Wallahualam.

Thursday, 24 January 2013

Syabab - syabab Bersemangat Waja

Pelan dah diatur, masa dah ditentukan. Kami bergerak menuju sebuah ekspedisi mendaki Bukit Melati yang terletak berdekatan kawasan universiti. Pada jam 6.50am, tatkala yang lain mungkin masih lena diulit mimpi, kami syabab - syabab bersemangat waja ini mula dengan misi kami yang jelas, untuk bersama - sama menakhluk puncak Bukit Melati. Tetapi, bukan sekadar hiking biasa - biasa, hiking ini sarat dengan makna dan keindahan. Seperti mana yang dipersetujui aku diberi tanggungjawab untuk mengepalai kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ikhwah ( brothers ).

Pahit getir ditempuh bersama, walau kepenatannya hanya Allah yang tahu, tetapi kemanisannya melakukan aktiviti bersama itu amatlah bermakna buat kami semua. Setelah menaiki puncak pertama, kami membuat keputusan untuk berehat - rehat seketika di sebuah kawasan yang lapang, penuh dengan rimbunan pepohonan menghijau. Kesemua sebelas orang kami membentuk satu bulatan halaqah yang sederhana besar, lalu sahabat kami memulakan sesinya. Kita boleh letakkan nama sesinya sebagai usrah atau halaqah di atas bukit. Pengisiannya amat bermakna dan diri ini hanya mahu berkongsi sebahagiannya sahaja.

Ukhwah fillah yang terbentuk hasil daripada pertemuan beberapa hari lepas seakannya telah menjadi amat kukuh, tetapi bukan sebarangan ukhwah, sebaliknya ukhwah yang dipenuhi jiwa - jiwa yang tenang khusus untuk mengenali Allah. Seyogianya semua ukhwah itu terbentuk hasil daripada tautan iman yang kukuh di dalam setiap individu Muslim. Kerana pada hakikatnya, ukhwah itu bukan hanya pada persahabatan picisan yang tiada nilainya.

Ukhwah fillah itu terbentuk hasil didikan dan acuan agama yang hebat. Lihat sahaja bagaimana pada zaman baginda Nabi Muhammad saw, 3 orang sahabat yang rela berkorban untuk satu sama lain demi mempertahankan ukhwah fillah yang mereka bentuk. Pada mulanya seorang daripada mereka yang hampir menemui sakratul maut terlalu inginkan air dek kerana kehausan yang amat sangat, terdengar sahabatnya yang lain mahukan air, lalu didahului sahabatnya itu. Apabila yang seorang lain itu mahu meminumnya, lalu terdengar pula sahabatnya yang lain turut dahaga, lalu didahului sahabatnya itu. Apabila ditemui, kesemua mereka telah meninggal menyambut seruan Illahi.

Persoalannya, di manakah letaknya nilai persahabatan kita?? Adakah kita benar - benar ikhlas dalam melakukan apa juga perkara demi sahabat kita?? Apa - apa pun, cuba muhasabah diri masing - masing, adakah persahabatan yang terbina ini benar - benar di atas landasan yang diredhai Allah.

Antara lainnya, perkongsian berkenaan cabaran yang bakal dihadapi, terutamanya buat adik - adik kami yang baru sahaja masuk ke era universiti. Buat masa ini, kita seakannya berada di Hong Kong, ramai dan sarat padat dengan kepelbagaiaan agama, bangsa, mahupun negara berkumpul di sini untuk mendambakan ilmu pengetahuan. Cabaran yang dihadapi amatlah sukar dan payah, apa lagi untuk memberi penjelasan tentang syariat Islam. Contoh yang paling mudah ialah bersalam. Ya, Islam melarang kita bersentuh lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa lapik.

Tetapi yang menjadi enigma yang membungkam diri ialah bagaimana untuk memberi kefahaman itu kepada yang bukan Islam. Apakah pula kata mereka nanti?? Sungguhpun begitu, itulah yang perlu kita pelajari, kerana pada hakikatnya sewaktu kita ke luar negara nanti, cabarannya makin mencabar dan getir. Sekiranya kita sedar akan prioriti itu, maka tidak ada yang lain yang mampu untuk menghalang kita daripada mempertahankan hak beragama kita, inshaa Allah.

Sebelum penulisan ini menuju ke penghujungnya, bagi yang membaca, cuba kita fikirkan sejenak, apakah yang perlu dilakukan untuk memenangkan umat Islam?? Cuba kita fikir bagaimana untuk menyatukan umat Islam secara keseluruhannya dan meletakkan Islam ke tempat yang selayaknya diduduki. Nak kata kita tiada tokoh ulama, maka kita ada Prof Dr Yusuf Al - Qaradhawi, nak kata tiada tokoh pemimpin, maka kita ada Dato' Seri Nik Aziz, tetapi apakah yang masih kurang kepada kita?? Cuba fikir - fikirkan dan selamat beramal.

Tuesday, 15 January 2013

Pemergian yang Terlalu Pantas

Walau macam mana sayangnya kita pada seseorang itu sekalipun, tetapi ketentuan untuk dirinya jauh lebih bermakna dan penting. Ya, memang ada kalanya kita sayang sangat pada seseorang dan tanpa kita paksa perasaan sayang itu muncul dengan automatik. Teringat pula apa yang berlaku ke atas diri ini yang agak sedih dengan pemergian seseorang yang amat baik hati dan budinya.

Insan yang baru beberapa hari lepas membantu aku keluar dari permasalahan yang melibatkan hidup dan mati, kininsudah tiada lagi di atas muka bumi ini. Allah telah menjemputnya kembali le rahmatullah pada hari Ahad ( 13 Januari 2013 ) jam 7.10 petang. Kehilangannya amatlah aku kesali dan memberi impak maksima buat diri ini. Abang Abdul Qayyum, seorang anggota polis yang membantuku mendapatkan semula tiket tren dan sudi memberi pinjam nombor akaunnya walau hanya seketika mengenaliku.

Sebab itulah aku sepertinya tidak mampu berkata apa lagi bilamana mendapat mesej mengatakan yang kini dia telah tiada lagi dunia ini. Terduduk aku termangu memikirkan kenapa insan semulia dan sebaik dia pergi begitu pantas. Tidak sempat pun aku ingin mengenalinya dengan lebih mendalam.

Dia meninggal berpunca daripada pendarahan dan luka yang terlalu banyak di bahagian ususnya hasil daripada tikaman oleh salah seorang penjenayah. Pergelutan antara dia dan penjenayah itu memanifestasikan kesakitan yang kekal untuk tempoh beberapa jam dan akhirnya merenggut nyawanya. Subhanallah, sungguh pantas masa berlalu dan seperti baru semalam aku mengenalinya. Sungguh aku katakan, aku sangat - sangat berharap arwahnya ditempatkan di dalam kalangan hamba - hambaNya yang beriman. Inshaa Allah.

Fazuan, ingatlah suatu perkara. Insan yang baik ini nyawanya memang tidak panjang kerana Allah sangat menyayangi mereka. Seharusnya kita menangisi kenapa kita ini masih tidak dijemput Allah. Adakah kerana dosa dan maksiat yng pernah kita lakukan?? Atau kerana banyak sangat hal - hal yang tidak baik yang pernah kita perbuat. Setidak - tidaknya pemergian ababg Qayyum adalah dalam keadaan yang baik. Dia meninggal dalam keadaan bergelut dengan penjenayah dannitu juga dikira sebagai jihad. Tapi bagaimana pula dengan diri kita??

Sebenarnya apa yang membuatkan aku bertambah sedih adalah kerana tarikh kematian abang Qayyum itu adalah pada tarikh perginya arwah abangku 4 tahun dahulu. Semenjak itu, aku memang tidak mahu membuka pintu hatiku untuk menerima atau menganggap sesiapa sebagai abang, sehinggalah aku berjumpa dengan abang Qayyum. Sayangnya, semua itu terkubur sekali lagi. Sesungguhnya aku percaya Allah lebih jauh menyayanginya datipada aku yang lemah ini. Mungkin selepas ini, tiada lagi istilah abang dalam hidup aku. Aku tidak akan lagi membuka pintu hati ini pada sesiapa lagi, cukuplah memori dan kenangan bersama dua orang abang yang sangat hebat itu kekal bersemadi dalam ingatan ini.

Innalillah hiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali. Tenang - tenang hatimu sahabat, kita bermuhasabah dengan dalil dan bukan nafsu. Ketenangan itu milik Allah dan mintalah dariNya. Semua ini, di kiri kanan atas dan bawah semuanya adalah kepunyaan Allah, kita hanya meminjamnya buat seketika. Jadi, jangan menangis wahai hati. Bagi sesiapa yang membaca entri ini, tolonglah sedekahkan Al - Fatihah buat dua insan hebat ini :

1. Muhammad Firdaus bin Abdul Karim
2. Abdul Qayyum

Semoga Allah tempatkan mereka bersama hamba - hambaNya ynag beriman dan beramal soleh. Amiin.

Saturday, 12 January 2013

Kehilangan Dompet di Surau

10 Januari 2013

Satu lagi tarikh dalam hidupku yang sama sekali tidak dapat aku lupakan. Peristiwa yang amat pahit ini memberi tamparan hebat buat diriku yang sering kali lupa dan alpa dengan kelebihan dan kebaikan yang telah Allah kurniakan. Pada hari ini, kira - kira jam 9.15pm sewaktu aku singgah sebentar untuk menunaikan solat jamak qasar di Surau KL Sentral, dompetku dicuri lagi buat kesekian kalinya. Nampaknya, surau bukanlah tempat yang selmat lagi untuk kita sesuka hati meninggalkan barang atas tujuan beribadah sekalipun.

Aku meletakkan dompet itu di belakang beg galasku dan menyandarkannya di dinding surau, lalu aku keluar untuk mengambil wudhuk. Dalam masa yang begitu singkat, tidak sampai pun 5 minit, setelah aku kembali dari tempat wudhuk, aku menyedari tiada lagi dompetku di mana - mana sekitar surau. Hati ini mula berdegup kencang sepertinya ada aura yang merenggut ketenanganku saat itu. Dalam keadaan yang penuh kacau bilau itu, aku menyempatkan diri bersolat dan menyelesaikan tuntutanku sebagai Muslim.

Kemudian, aku pergi ke kaunter pertanyaan untuk meminta bantuan, lalu mereka menyuruhku ke podok balai polis di tingkat dua bangunan itu. Pada mulanya aku sangat stress memandangkan aku lambat dilayan dan perlu menunggu lama. Setelah diberi peluang untuk masuk, tiba - tiba air mata ini mengalir selaju mungkin dan aku sama sekali tidak mampu menahan sebak di dada. Aku menangis sepuasnya mengadu kepada pegawai polis itu akn nasib diriku.
Pegawai itu sangatlah sabar orangnya. Dia melayan aku seperti anaknya sendiri, dengan cara menenangkan hatiku, memberiku peluang bersuara, dan menasihatiku dengan penuh hikmah. Walaupun pada mulanya aku terasa agak terusik dan bertambah - tambah sedih, tetapi lama kelamaan aku mampu mengawal diriku sendiri. Dia berkata padaku jangan lagi cuai dan alpa dengan apa yang kita ada. Sentiasalah berjaga - jaga dan bersiap siaga walaupun berada di dalam surau. Aku cukup mengkagumi ketenangan dan kesabarannya dalam melayani esak tangisku, persis seorang ayah kepada anaknya.

Dalam pada menunggu membuat laporan, aku terlalu risau memikirkan bagimanakah cara untuk aku balik semula ke Ipoh memandangkan tiket ETS telah diambil orang dan semua duit beserta kad - kad ATM hangus begitu sahaja. Entahlah.. Aku sepertinya memang mula membayangkan aku terpaksa tidur di dalam KL Sentral untuk sepanjang malam itu.
Dalam pada aku menunggu, datang pula seorang lelaki yang muda iaitu polis bantuan dan dia terus menuju ke arahku dan lalu bertanya perihal mengapa aku menangis. Setelah dicerita, dialah yang membantu aku untuk mendapatkan tiket Tren Senandung Mutiara yang bergerak dalam pukul 11pm. Dari awal prosedur hinggalah aku dapat tiket itu di tangan ini, barulah dia melepaskan aku pergi. Baik sungguh hati abang itu. Mulia di pandangan tak ubah seperti namanya, abang Abdul Qayyum. Teringat pula akan arwah abangku yang dah lama meninggalkan aku.

Tidak juga aku lupa jasa baik Ariff, sahabatku yang terlalu mulia hati dan jiwanya. Waktu mula - mula kehilangan dompet itu, aku bagaikan sasau dan tak menentu. Hati ini pada waktu itu hanya terbayangkqn satu wajah selain mama dan kak jai: dialah orangnya. Insan yang banyak menenangkn ku dan menguatkan semangat aku untuk terus berjuang. Dia murah hatinya memasukkan prepaid RM 10 tanpa perlu aku minta dan tagih. Lalu dia menelefonku untk bertanyakan keadaanku. Tidak boleh dilupakan jasanya yang paling besar iaitu memasukkan duit RM 100 ke dalam akaun abang Qayyum tanpa aku minta. Pada mulanya aku rasa berat hati, tetapi selepas mendengar keinginannya yang sangat ikhlas itu, aku tidak menolak.

Sekarang aku hanya ingin bercerita tentang hikmah daripada kisah kecurian dan apa saja yang aku alami daripada tragedi yang ini. Sesungguhnya Allah itu maha hebat perancangannya. Dia ambil dompet itu daripadaku tetapi Dia beriku seorang ayah yang baik, abang yang penyayang, mama yang mengambil berat, mak cik yang prihatin, dan teman sejati yang persahabatannya berbaur syurga. Dalam hatiku, aku benar - benar berharap semua individu ini iaitu kami, dikumpulkan oleh Allah azzawajalla di dalam syurganya. Sungguh, hatiku mungkin sedih menangisi kehilangan dompet dan isinya itu, tetapi di sebalik itu, tersimpan rahsia Allah yang maha agung akan pertemuan insan - insan mulia ini dalam hidupku. Amiin..


Monday, 7 January 2013

Sayang pun Ada Limitasinya.

Perasaan sayang adalah sesuatu yang amat normal dalam diri setiap dalam kalangan kita. Ada kalanya sayang itu adalah pada suami, isteri, anak - anak, mahupun sahabat. Tidak kisahlah apa juga bentuk sayang sekalipun, perlu diingatkan, ianya perlu didasari kasih kepada Allah dan rasul.

Prioritize your days!! Itulah yang diungkapkan oleh jutawan dunia, Bill Gates dalam usaha untuk semua orang berjaya dalam hidup mereka. Dalam konteks ini juga, sekadar berkongsi pendapat, dalam hubungan sayang menyayangi juga perlu kepada prioriti. Walau bagaimana sayangnya kita pada seseorang, tetap saja yang penting perlu dipentingkan dan yang utama perlu diutamakan.

Sebagai contoh, perasaan sayang kita kepada isteri. Memang pada dasarnya dialah yang telah ditetapkan oleh Allah untuk menjadi suri di hati dan hidup kita. Namun itu bukanlah alasan untuk seorang suami mengambil mudah soal peribadi isterinya. Sekiranya si isteri tersalah langkah an berbuat mungkar, maka wajib suaminya mengambil tindakan menegur isterinya itu walaupun terlalu amat menyayangi isteri itu. Kerana apa, perintah Allah itu jauh lebih penting untuk kita jalankan daripada sayang kita kepada kepada si isteri.

Contoh lain adalah dalam soal bersahabat dengan seseorang. Mereka ini tidak dapat dinafikan adalah amat penting untuk kita hinggakan Nabi Muhammad saw sendiri memperakui peri pentingnya soal sahabat.

Sabda baginda, " agama seseorang itu ditentukan oleh agama sahabat dan teman mereka."
Hal ini bermakna kawan kita adalah cerminan diri kita. Baik kawan maka baiklah kita pada pandangan masyarakat. Dengan adanya kawan yang baik maka kita juga akan mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi yang lebih baik..

Sungguhpun yang demikian, ada juga yang sanggup mengorbankan diri mereka, dilukai, disakiti, dan dikecewakan hanya kerana mahu diterima sebagai salah seorang daripada ahli sesuatu kumpulan. Juga ingin berkongsi perihal seorang yang sangat menjaga persahabatannya dengan orang lain sehinggakan dirinya yang terkorban. Demi sahabat tersayang, sanggup bergolok bergadai dan disakiti, padahal 'sahabat'nya itu tidak pernah menganggapnya sebagai kawan pun.

Untuk jiwa - jiwa yang pernah luka pedih kerana sayang, ingatlah, perasaan kalian itu tidak pernah salah, cuma diberikan kepada jiwa yang salah. Untuk apalah kita memberi pada orang yang tidak perlu. Oleh itu, sedarlah dan kembalilah ke landasan kejayaan, jangan biarkan dirimu terus disakiti. Prioritikan apa yang penting dan utamakan apa yang utama!! Wallahualam.