Entri kali ini lebih sesuai sekiranya dibaca oleh orang - orang yang sudah terbiasa dengan konsep Dakwah & Tabiah (D&T). Sekiranya anda yang tidak atau belum mengikuti jalan yang saya sebutkan tadi, maka anggaplah pembacaan ini sebagai wahana untuk menambahkan ilmu dan amal.
Suatu ketika dahulu, saya pernah menjadi orang yang paling kuat menentang jalan ini. Pernah juga saya tinggalkan jalan (D&T) ini setelah melaluinya separuh jalan. Saya juga akui ada kalanya laluan ini terlalu pahit untuk dilalui. Jalan yang tidak pernah sunyi dari pandangan negatif dan kata - kata sinis menyakitkan. Ya, saya akui jalan ini terlalu banyak duri dan onak ranjaunya yang tersendiri.
Ingin saya bawakan suatu kisah yang sangat menarik dan baik pengajarannya. Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Nabi Muhammad saw terlalu amat menyintai setiap daripada kita?? Dari awal proses dakwah baginda sehinggalah saat - saat kewafatan baginda tetap merindui dan menginginkan yang terbaik untuk umat baginda. Masihkah kita ingat bagaimana sebelum Nabi Muhammad saw menghembuskan nafas baginda yang terakhir, baginda masih sempat memanggil kita, UMATNYA.
Saat akhir baginda di pangkuan Aishah Humaira, baginda pernah berkata kepada Malaikat Jibril untuk baginda sendiri merasai kesakitan sakaratul maut seperti mana umatnya nanti akan merasai.
Cinta dan kasih baginda tiada taranya dengan cinta - cinta picisan kita pada hari ini. Lihatlah bagaimana dan sejauh manakah cinta kita kepada baginda membawa kita melalui jalan - jalan ini. Jalan kebaikan yang bermatlamatkan Allah dan RasulNya. Kita mungkin boleh bersedih saat membaca sirah baginda yang agung. Bagaimana tabahnya baginda menghadapi semua dugaan, tohmahan, dan kesakitan yang dilemparkan para musyrikin kufar, namun apakah pelan tindakan kita secara tuntasnya??
Terkesankah kita tatkala Abu Talib memujuk baginda Nabi untuk meninggalkan jalan dakwah dan tarbiah ini, kerana risaukan anak saudara dikecam dan dihina oleh Mekah pada waktu itu. Tetapi, lihatlah bagaimana Nabi Muhammad menjawab dengan tegasnya terhadap belas bapa saudaranya itu:
"Wahai bapa saudaraku Abu Talib, sungguh sekiranya kaum musyrikin itu meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, nescaya aku tidak akan pernah meninggalkan jalan dakwah ini."
Cuba kita bayangkan sekiranya pada waktu itu, baginda Nabi Muhammad saw futur (lemah iman dan semangat), lalu Nabi meninggalkan jalan ini, adakah kita mampu merasai keindahan dan kenikmatan Islam itu sendiri. Sekiranya Nabi tinggalkan jalan ini saat penduduk Thaif menghina, mengecam, dan membaling batu kepada baginda, apakh masih mampu kita hidup untuk mendapat redha dan kasih daripada Allah. Suatu muhasabah yang kadang kala kita terlepas pandang.
Baginda yang sangat agung itu pun sering kali dipandang pelik dan dikeji, inikan pula kita orang - orang yang marhain ini. Layakkah kita berasa bangga dengan apa yang telah kita buat yang tidak seberapa itu untuk Islam?? Baru dipandang serong sikit, kita sudah menggelabah, baru dicuit sikit kita dah seram sejuk. Cuba kita lihat betapa dengan usaha Nabi Muhammad, pahit, pedih, sakit, sengasara, dan derita itu telah membawa kepada kelangsungan dakwah untuk semua kita hari ini. Dengan berbekalkan yakin dan percaya, baginda berjuang untuk memartabatkan Islam.
Jika ditanya kepada saya, mengapa jalan (D&T) ini sangat signifikan dan bermakna, akan saya katakan pada mereka, apakah ada jalan yang boleh mengangkat martabat seseorang hamba selain daripada jalan yang ditempuhi oleh insan yang amat sangat dikasihi dan dicintai oleh Allah??
Melihat kepada senario golongan yang diberi oleh Allah nikmat untuk melalui jalan - jalan ini sekarang, ada kalanya saya risau. Eheh, bukan sebab anda melalui jalan D&T, tapi perlaksanaannya ada kalanya merisaukan.
Menjadi baik hanya bila dalam bulatan gembira (usrah). Ini bukan caranya.
Menambah amal bila berada dengan ahli - ahli usrah. Ini bukan kaedahnya.
Sibuk menDF (dakwah fardhiyah) dengan mengharap mereka berubah kerana kita. Ini bukan ajarannya.
Ingin mengajak orang berbuat baik dengan cara kita bergaul dengan jahiliyahnya. Ini salah konsepnya.
Mentadabur Al - Quran hanya depan naqib atau naqibah. Ini juga bukan tekniknya.
Menghadiri liqa', rehlah, daurah, dan sewaktu dengannya untuk melihat peluang membina baitul Muslim. Waah, ini yang paling salah. Ahaks.
Ya, mungkin alasan yang diberi ialah kita masih baru dalam jalan D&T ini, atau mungkin tidak biasa dengan apa yang sepatutnya dibuat, dan bermacam - macam lagi alasan mampu direka dan diberi untuk mengelak diri daripada dituju dan ditegur. Percayalah, jalan ini bukan jalan untuk bersenang - senang dan bersuka - suka. Bulatan gembira itu bukan hanya untuk berkumpul, mendengar pengisian, dan makan - makan, sebaliknya matlamatnya jauh lebih dari itu. Ke arah pembentukan Individu Muslim (IM) yang sejati di mana dengan mereka inilah, diharapkan mampu untuk mengangkat semula martabat Islam ke tempatnya.
Kita pergi daurah atau mukhayam bukan semata - mata untuk mendapat ramai kenalan - kenalan baru. Bukan juga untuk membuang segala stress semata - mata, sebaliknya, banyak ibrah dan kebaikan yang tidak seharusnya kita abaikan. Sesungguhnyam hidayah Allah ada di mana - mana sahaja, cuma kita berusaha untuk mendapatkannya ataupun tidak. Jangan biarkan apa yang menjadi alat kita jadikan matlamat hidup, kerana di akhirnya kita pasti akan rugi.
Apakah alat dan matlamat itu?? Kita hidup untuk beribadah dan membina khilafah di muka bumi. Itu matlamat hidup kita. Saya dan anda.. Kita semua serupa.
Segala yang digunakan untuk mencapai matlamat hidup kita seperti belajar, kitab - kitab, usrah, sahabat - sahabat, duit, rumah, kereta, dan sebagainya. Itu semua adalah alat untuk kita capai matlamat hidup. Jadi, jangan terkeliru yang mana alat dan yang mana matlamat. Ayuh kita dalam muhasabah ini, berfikir sejenak, betulkah apa yang kita buat sekarang?? Benarkah apa yang kita perjuangkan?? Allah Ghoyatuna.. Allah matlamat hidupku.
Namun, jangan kita sangka Allah memerlukan bantuan kita, tidak pula Allah bergntung harap Islam naik kerana dakwah kita. Sesungguhnya, Islam tetap akan naik dan berada di puncak, dengan atau tanpa kita. INGAT!!!
“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.
Sekiranya kita berasa yang jalan ini sangat sukar dan sulit, sakit dan pedih, maka kita berada pada landasan yang benar. Kerana hakikatnya, Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah merasai kesenangan dalam menempuhi onak duri perjalanan D&T. Namun, adakah baginda mengalah?? Tidak sama sekali..
Patutkah kita berserah dan berputus asa sebelum berjuang?? Jangan lupa, SYURGA itu mahal nilainya..