Sunday, 30 December 2012

Di Sebalik Kesusahan ada Kemudahannya

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Itulah ungkapan yang mampu aku keluarkan setelah melihat keputusan semester 3 secara atas talian atau "online". Betapa gembiranya aku mendapat keputusan yang amat memberangsangkan iaitu GPA 3.84 dengan semua subjek mendapat A. Kegembiraan hati ini disaksikan oleh mama yang sentiasa menjadi pendamping setia di kala senang mahupun susah.

Setelah begitu lama aku menantikan dalam penantian yang amat mendebarkan, Alhamdulillah segalanya bagai mimpi menjadi kenyataan. 4 subjek yang aku ambil: Social Psychology A+, Biology A, Philosophy A-, Statistical Methods A-. Tabarakallah, sepertinya aku hanya mampu kata yang aku sangat gembira melihat kejayaan diriku sendiri. Aku bersyukur kerana Allah kurniakan ke atasku rezeki yang amat tidak dijangkakan.

Kegembiraan ini dikongsi bersama dengan ramai orang, antaranya ialah mama, Arifah, Amira, Sazlin, Cikgu Zaitun, Cikgu Sabarina, Cikgu Anita, mama Sha, Kak Amira, Kak Siti, abah, dan ramai lagi. Syukurlah kepada Allah kerana tanpa berkat doa dari orang - orang ini, mungkin kejayaanku ini tidak dapat diraih. Meraka inilah PENDORONG kuat yang utama dalam menyaksikan jatuh bangunnya Muhammad Fazuan.

Mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah uji aku dengan ujian yang terlalu banyak saat - saat sebelum peperiksaan berlangsung. Antara yang masih kuat di ingatan ialah kehilangan beg dompet bertepatan sebelum aku masuk ke dewan peperiksaan bagi menduduki kertas Statistical Methods. Entah ke manalah hilangnya, hingga membuat aku sungguh tertekan sewaktu menjawab peperiksaan itu. Mujurlah pensyarah Miss Liow masih membenarkan aku masuk ke dewan walaupun tanpa kad pelajar (ID).

Kesemua formula dan jalan kira yang sebelumnya seakannya menjadi kabur dan hilang, tapi hati ini dan semangat juang ini tetap tidak mahu mengalah. Aku kuatkan diri menjawab walaupun tekanan masa dan tekanan dalaman yang datang dariku teramatlah kuat pada waktu itu. Seusai saja peperiksaan aku menangis dan bersedih seketika kerana beranggapan orang yang mengambil dompet itu telah berjaya merosakkan keputusan aku tatkala dia mengambil dompetku betul - betul sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Rupa - rupanya Allah masih sayangkan diri ini kerana dalam keadaan itupun, masih lagi Statistical Methods aku mendapat A-. Allah telah menjawab dan memakbulkan doa aku dengan manifestasi kejayaan ini. Syukurlah Allah masih sayang, dan kesakitan yang aku hadapi itu hanyalah cebisan kemanisan yang bakal diperolehi. Janganlah kita menangisi sesuatu itu dalam tempoh yang lama kerana kita masih ada Allah bersama kita dan Dia tidak akan membenarkan kita gagal dan jatuh dalam keadaan yang lama.

Sesungguhnya di sebalik kepayahan kesusahan itu ada kemudahannya. Itulah yang dipegang oleh diri ini walaupun cabaran yang mendatang teramatlah besar. Terinagtku pesanan Cikgu Zaitun. Katanya, " jika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Kita dekat dengan Allah, Allah lagi dekat dengan kita, bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Bila Allah beserta kita, segala isi dunia yang kita inginkan akan tercapai. "

Satu prinsip aku dalam usaha untuk menggapqi kejayaan. Aku yakin, selain Allah dan RasulNya, aku ada mama yang perlu untuk dijaga dan disayangi. Hanya akulah kini yang menjadi tempat mamaku bergantung dan menumpang kasih memandangkan abangku telah meninggal 4 tahun yang lepas dan mamaku pula ialah ibu tunggal. Jadi aku perlulah melengkapkan diri dengan ilmu, ekonomi yang kukuh, dan fizikal yang kuat supaya mama mendapat dahan yang teguh untuk berpaut.

Sekian saja pengisian untuk kali ini. Moga bermanfaat untuk kita semua. Wallahualam.




Saturday, 22 December 2012

Be Different from Others

"Be the change that you want the words to see."

"Do unto others as you want them do unto you."

"Life is a beauty, admire it.
Life is a bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, dare it."


A very beautiful and thoughtful saying from Mahatma Gandhi, Jesus, and Mother Teresa respectively. It is glad to listen to such motivational words and quotations. When I was a young boy, my mom often reminded me to be different from others; in terms of thinking, field of interest, upbringings, and personality. I keep on loitering through the world by being myself, no matter how much others express their hatred on me.

Some people might ask, to what extent my different would be?? Is it up to a peculiar act to the point of no return?? Urrmm, not really I guess. What my mom meant by being different is when our behavior, attitude, decision, judgement, and affection are coming out from the innermost layer of ourselves. We shouldn't been influenced or affected by how others ways of perceiving things.

But need to be reminded that being peculiar doesn't mean we can do anything as we please. Following the Qoran and hadith of the prophet Muhammad (pbuh) is essential as we need to some sort of guidance and there is no other references would be the best except those two. As we shuffle pages of the Qoran and realize how much it helps us find our way, Allah also wants us to be Khasiyah. Khasiyah is a feeling of inferior towards the supernaturalistic being.

The more we have Khasiyah in us based on the truth facts, the closer would us become to God. As humans, we are given free wills to choose in which directions or paths to be followed. The think that we should bare in mind is not to follow something until we can get hold of what elements of truth. Being a Muslim as well, we should not take for granted by just following the obligations or do's and don'ts without knowing their sources and references.

This is what I mean by being different. Follow the directions depicted by the holy Qoran and hadith of the prophet Muhammad (pbuh). If there's any barrier or saying that stop us from following those two, then it is alright to appear differently. Asalamualaikum.

Friday, 14 December 2012

Ujian Melanda Memperkukuh Strata Iman

Situasi pertama

Tiba hari untuk mengambil peperiksaan SAT di Metropolitan College, Subang Jaya, segala ilmu telah tersemat di dada dan hanya menanti saat untuk dirembeskan semuanya ke atas kertas peperiksaan. Hati ini sedikit gementar namun masih menyimpan kepercayaan yang penuh terhadap usaha gigih dan kebergantungan diri kepada Allah.

Sampai di tempat peperiksaan sekitar jam 8.20 pagi, menunjukkan test ticket lalu diri mengambil tempat di barisan kelima di dalam dewan kuliah 1. Berada di sebelah sahabat yang dikenali membuatkan diri ini berasa kurang tertekan dan lebih selamat. Eh, tunggu sekejap. Ada sesuatu yang tidak lengkap baru kini aku sedari. KALKULATOR. Aku bingkas bangun untuk ke tempat beg diletakkan untuk double check manalah tahu aku tersalah letak dan ternyata jangkaanku meleset tatkala melihat kalkulatorku tiada di dalam beg.

Diri ini mendekati ketua peperiksaan untuk bertanya sekiranya ada kalkulator lebih untuk dipinjam, sayangnya jawapan yang diberi sungguh mengecewakan diri ini. TIADA! Dengan penuh kekecewaan aku melangkah semula untuk mengambil tempat di barisan kerusi dewan kuliah tersebut. Peluh menyelubungi diri ini dan membuat aku rasa amat tertekan. Depression dan hypertension melandaku. Di hati ini hanya mampu berdoa agar kebaikan berpihak kepadaku, dan ternyata aku mengharungi Set 2 peperiksaan iaitu set matematik dengan kekecewaan.

Allah itu memahami hati kecil hambaNya yang hanya bergantung harap padaNya. Tibanya sesi rehat dan rakan di sebelahku menawarkan bantuan untuk meminjamkan kalkukaltornya kepadaku saat dia menyelesaikan bahagian yang berikutnya. Mujurlah kertas peperiksaan disusun berbeza untuk orang di kiri dan kananku yang menyebabkan sekiranya aku membuat bahagian matematik, maka mereka akan membuat yang selain itu. Alhamdulillah, set - set yang berikutnya terasa lebih mudah dan kurang bebanannya. Aku bersyukur padaMu ya Allah.


Situasi kedua

Selesai proses ulangkaji di perpustakaan, aku keluar sebentar untuk mengambil angin segar di luar. Turun sebentar ke side walk cafe unutk membeli minuman dan berkebetulan bertemu pula dengan sahabat - sahabat seangkatan yang juga bakal menduduki peperiksaan pada petang Khamis (Disember 13, 2012). Kami sempat bertukar - tukar formula, bertanya - tanya soalan yang mendatangkan kekeliruan serta mengambil tempoh bertenang seketika. Hal itu berlanjutan sehinggalah jam menunjukkan pukul 1.06 pm.

Kami mula bersiap - siap untuk ke surau bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Dalam pada itu, aku tercari - cari di mana letaknya dompetku. Aku bertanya pada sahabat - sahabat mungkin mereka ada melihat dompetku itu. Sayang seribu kali sayaang, jawapan negatif juga yang aku terima. Sekali lagi ujian melanda. Betul - betul sebelum peperiksaan, segalanya hilang dalam sekelip mata tanpa aku sedari. Di dalam dompet itu ada segalanya; kad pelajar, kad pengenalan, kad ATM, dan lain - lain. Tak keruan hati ini dek kerana takut apa yang akan terjadi nanti. Mujurlah pensyarah mengizinkan aku untuk mengambil peperiksaan walaupun tanpa kad pelajar.

Urrmmm, entah apa pula hikmah yang Allah sediakan untukku kali ini. Hati bertanya - tanya dan jiwa meronta - ronta mahu mngetahuinya. Mungkin sepatutnya aku tidak perlu terlalu risau kerana semua itu datangnya dengan izin daripada Allah swt. Kalau  tidak diizinkan, mana mungkin semua itu terjadi kepada diri yang serba kerdil ini. Pada waktu solat Zohor itu, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberi aku ketenangan untuk menjawab peperiksaan Statistic 219 dengan baik.


Konklusi

Dia (Allah) Maha Mengatahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kita rasa ujian yang membebankan itu manjadikan diri kita lemah, tetapi percayalah sebenarnya ujian itu mematangkan dan mendewasakan kita. Walaupun pada saat yang paling tegar kepedihannya (dompet hilang/kalkulator hilang), yakinlah pertolongan Allah itu bakal tiba. Dan sebaik - baik perancang itu datangnya dari Allah. Tanpa izin dan irodatNya semua itu mustahil untuk berlaku. Jadi, ayuh sama - sama menilai positif setiap ujian yang diberi olehNya untuk kita.

Saturday, 8 December 2012

Manifestasi Persahabatan

Sekali lagi perselisihan faham berlaku. Lagi, lagi dan lagi. Entah untuk keberapa kalinya kami berselisih faham lalu memanifestasikan kemarahan dan ketidakpuasan hati. Persahabatan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh, tetapi yang lebih payah dari tu adalah untuk mempertahankannya. Walau macam mana sayangnya kita kepada dirinya, ada kalanya kebaikan kita dianggap pelik, sikap ambil berat kita dipandang sempit, usaha kita mendekatinya juga disangkanya sia - sia.

Entri kali ini adalah untuk bercerita dan berkongsi bagaimana rasa sayangnya diri ini buat seseorang yang dinamakan sahabat atau teman sejati. Alhamdulillah, Allah pertemukan diri ini dengan dirinya di sebuah kolej, masing - masing pada mulanya hanyalah sekadar bertegur sapa dan bertukar - tukar salam. Hari demi hari dilalui dan aku bersyukur kerana di sini, di dunia penuh keasingan bagi diriku ini, ada seorang insan yang sudi menerima diri ini. Keramahannya, ketulusan hatinya, kesopanannya, dan kebijaksanaannya dalam mengendalikan sesuatu perkara membuat aku temui persamaan antara aku dan dirinya.

Dia sangatlah baik dan bijaksana. Aku kerap kali menjadikan dirinya suri teladan bilamana melibatkan akademik. Aku hormatinya dan dia juga kenampakannya menghormati diriku. Syukur Alhamdulillah. Bermulanya saat itu, aku sangat pasti, Allah telah menggantikan kehilangan sahabat lama yang jauh dari mata dengan seseorang yang baru. Mungkin dialah orangnya pada pandanganku. Kami sering bertukar - tukar pandangan dan ideologi dan bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya melihat kami berbicara isu - isu yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi terutamanya melibatkan hidup.

Setiap hari dalam doaku, pasti akan ada saham untuk dirinya sekali sebagai tanda betapa aku sangat menghargai dirinya. Aku tidak mahu persahabatan ini hanya dimeterai lahiriah sahaja, oleh kerana itulah aku memohon agar Allah memelihara dan menjaga persahabatan ini. Aku sangat mengimpikan berada di bawah naungan Arash Allah azawajalla bersamanya lantas kerana itulah sebolehnya persahabatan ini dijaga. Dahulunya sahabat aku adalah abangku sendiri, Almarhum Muhammad Firdaus bin Abdul Karim. Tapi Allah lebih menyayanginya dari diri ini lalu dia diambil pergi dalam suatu tragedi kemalangan motosikal.

Lalu mana mungkin aku rela sekiranya persahabatan yang aku sayang ini direnggut lagi. Hanya ajal yang boleh memisahkan dua sahabat ini. Itu yang cuba untuk aku implementasikan. Bagiku sahabat adalah insan yang paking akrab selain dari mama dan abahku. Memandangkan dalam keluarga hanya tinggal aku seorang, maka sahabatlah yang aku harapkan untuk berkongsi rasa kasih dan sayangku ini. Subhanallah, aturan Allaah itu sangatlah sulit tetapi berhikmah. Di bumi INTI International University inilah aku temui dirinya, sahabatku, teman sejatiku.

Pernah terjadi di suatu malam, ada seseorang yang mengatakan ada beberapa orang yang kurang menyenangi diriku, membenciku, dan tidak senang melihatku. Aku jadi sangat buntu dan membungkam dalam diriku sendiri. Aku melihat di telefon ada sebuah mesej dan lalu aku membukanya, ya datangnya dari sahabatku itu. Aku masih ingat dia mengatakan yang dia dan kawan - kawan lain ada.untuk menyayangi dan menyenangi kehadiranku. Bukan itu sahaja, ramai lagi yang perlukan diri ini. Di akhir kata - katanya dia menulis, dia hanya kenal seorang Fazuan, dan Fazuan itu osemm. Hati ini benar - benar terpujuk dengan kata - katanya.

Aku mula memasang tekad mulai dari saat itu, aku akan cuba sedaya upaya untuk memelihara persahabatan ini keakhirnya. Bersahabat hingga ke syurga, itulah matlamatku. Aku mulai percaya, ada hikmahnya Allah pertemukan aku dengannya, dan pastinya Allah telah memberikan yang terbaik untukku. Syukur Alhamdulillah.

Saturday, 1 December 2012

Belajar daripada Ujian Nabi Ayyub as



Assalamualaikum wbt.

Selalunya manusia bertanya kenapa banyak sangat ujian yang Allah bagi?? Kenapa daripada ramai - ramai manusia, Allah bagi ujian ini kepada aku?? Kenapa hanya aku dan bukannya orang lain?? Banyak kali sebenarnya diri ini diuja dengan soalan 'killer' yang menunjukkan betapa entengnya kebergantungan kita kepada Allah azzawajalla.


Sahabat sekalian, bilamana diri kita ini diuji atau rasa seperti teruji dengan kepayahan. kesakitan, kesusahan, kemudaratan atau apa sahaja bentuk ujian pertama sekali pernahkah kita mengobservasi betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita?? Sepanjang hidup kita ini, jika dibuat timbang tara, berapa banyakkah nikmat dan kesenangan yang telah diberi Allah, berapa banyakkah kemudahan dalam setiap perjalanan panjang yang dikurnikan olehNya?? Kita sering menyalahkan pemilik segala kemudahan dan kesenangan kita ini dengan pelbagai prejudis dan syak wasangka.

Sekadar satu perkongsian berkenaan kisah hidup Nabi Allah Ayyub as. Baginda merupakan seorang hamba Allah yang telah diberi nikmat kekayaan, kesihatan, dan kesuburan yang hebat. Baginda mempunyai anak yang sangat ramai, isteri yang taat dan patuh kepadanya, tanah yang banyak, harta yang melimpah ruah, dan kesihatan tubuh badan yang luar biasa. Pada waktu senang lenang ini, baginda masih tetap sujud dan patuh kepada perintah Allah dan mensyukuri atas nikmat yang diperolehnya dan keluarga baginda.

Disebabkan kehebatan sifat syukur dan tawaduknya baginda Nabi Ayyub as, telah menimbulkan rasa marah sang iblis yang lalu cuba untuk menggoda baginda ternyata gagal sama sekali. Begitu jugalah isteri baginda dan anak - anaknya yang hidup dalam keadaan yang sangat patuh kepada suruhan Allah meskipun dilimpahi rahmat dan kesenangan. Sehinggalah pada suatu tahap, iblis memohon kepada Allah untuk mendatangkan ujian yang maha hebat kepada kerana menganggap baginda hanya beribadah dan mentaati Allah kerana harta dan untuk mendambakan nikmat yang Allah berikan kepadanya dan keluarganya. Adakah permintaan iblis itu dimakbulkan???

YA, Allah memakbulkan permintaan iblis itu kerana Allah lebih mengetahui betapa hebatnya keatuhan baginda nabi kepadaNya. Bermula dengan kematian anak - anak baginda yang ramai itu, lalu berpindah pula kepada kebinasaaan tanah - tanah milik baginda, sehinggalah kepada kesakitan yang terlalu hebat yang melanda diri baginda nabi. Terlantarlah baginda di pembaringan, tidak mampu berbuat  apa pun melainkan hanya diasuh oleh isterinya sendiri. Namun, iblis punya rencananya sendiri.


Isteri baginda Nabi Ayyub telah termakan hasutan iblis lalu berjumpa dengan suaminya untuk mengadu. "Aduhai suamiku Nabi Ayyub, engkau adalah pesuruh Allah dan sangat dicintai oleh Allah. Tetapi mengapakah engkau diuji dalam keadaan seperti ini?? Berdoalah suamiku kepada Tuhanmu, supaya dihilangkan segala kesakitanmu, dan diwujudkan semula kemewahan kita yang dulu." Baginda dengan kesakitan itu masih mampu bertanya kepada isteri kesayangannya. "Berapa tahunkah kita hidup dalam kesenangan?? Dan berapa tahun pulakah kita hidup dalam ujian Allah??" Subhanallah, betapa hebatnya tawakal dan ketakwaan baginda. Tidak tercapai dek sifat kita yang hina dina ini.

Sahabat sekalian, berapa lamakah Allah bagi kepada kita hidup yang mudah, Allah kurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, dan keluarga yang mencintai kita?? Pernahkah kita bertanya seperti itu kepada diri kita sendiri?? Kita hanya mahu yang  baik, kita hanya mahu seronok, kita hanya mahu yang mudah tanpa mahu bersusah  sedikit pun. Adilkah kita menyalahkan Allah hanya kerana kita diuji dengan ujian yang kecil??

Ingatlah sahabat, Nabi Ayyub yang dilimpahi kesenangan dan kebahagiaan hidup juga diuji. Baginda Nabi Muhammad saw kita sekalipun tetap diuji meskipun baginda itu Nabi Allah, pesuruh Allah. Persoalan kepada kita amatlah mudah, siapakah kita di mata Allah?? Cuba kita analisa diri kita masing - masing, layakkah kita untuk bersangka buruk kepada Allah, setelah segala kesenangan dan kebahagiaan dikurniakan kepada kita selama ini. Sebab itulah, ceritera baginda Nabi Ayyub itu bukanlah sekadar halwa mata untuk kita baca, tetapi untuk kita sama - sama telusuri dan implementasikan ke dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah yang beriman. Sungguhpun demikian, di akhir penderitaan baginda Nabi Ayyub as, Allah kembalikan semula kesihatan baginda, kekayaan baginda, dan keluarga baginda yang lainnya. Sungguh Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Akhir sekali, bukalah mata dan hati kita untuk melihat kebaikan di atas segala ujian. Carilah hikmah di sebalik setiap kesulitan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al - Insyirah ayat 5-6,

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".

Friday, 30 November 2012

Ayuh Membantu Orang Lain

Hari ini aku berfikir tentang sesuatu yang amat bermakna dalam hidupku; membantu orang lain, adakah kerana perasaanku untuk membantu atau untuk sekadar untuk mendapatkan sesuatu??? Sukar rupanya untuk meluruskan niat dalam membantu orang lain ini sebenarnya, takut niat suci itu dicampur dengan agenda - agenda tersembunyi. Sekadar pengetahuan yang dimiliki dan diperoleh dari sudut pandang seorang pelajar psikologi, membantu manusia lain adalah tuntutan dan sunah kehidupan.

Bilamana kita membantu, suatu kepuasan akan timbul tanpa kita sedari. Mungkin juga Allah datangkan kebaikan serta hikmahnya dalam suatu tempoh yang agak lama. Yang pasti, kebaikan itu pasti akan datang. dalam konteks ini, Allah telah berfirman dalam surah Al - Maidah ayat 2 yang mafhumnya mengatakan kepada kita bahawa hendaklah kita bersama - sama dalam membuat kebaikan dan janganlah kita bersekutu melakukan keburukan dan kemaksiatan. Dalam ayat ini, Allah meletakkan dua penanda aras.

Yang pertama, hendaklah bersama - sama, bantu - membantu, saling menolong dalam melakukan ketaatan dan kebaikan. Bilamana disebut begini, bererti segala kebaikan yang membawa kita semua kepada Allah hendaklah sentiasa diberi prioriti. Walau dalam apa keadaan sekalipun, tujuan murni kebaikan harus diutamakan. Sebagai contoh, mendengar azan dalam pertengahan diskusi atau halaqah. Ramai dalam kalangan kita mengambil pendekatan tidak mengendahkan terutamanya apabila diri yang Islam ini berada di pertengahan orang bukan Islam. Seharusnya, diminta izin secara baik untuk keluar daripada meeting itu seketika bagi menunaikan solat terlebih dahulu. Suatu kritikan untuk masyarakat kita sebenarnya.

Yang kedua pula, Allah berkata janganlah kamu tolong - menolong dan saling membantu dalam melakukan keburukan atau kemaksiatan. Ingat, segala bentuk keburukan harus kita ambil perhatian, tidak kiralah walau sebesar zarah pun keburukan itu, wajib kita berlepas tangan darinya, kerana apa, kerana Allah yang menyuruhnya. Contohnya, sahabat kita terlibat dalam kancah dunia khayalan cinta. Jangan dibiarkan dia begotu sahaja kerana takut dirundung rasa bertuhan hanya kepada cinta. Kita yang perku menyedarkannya, bukan menjadi pengikut setia dan merelakannya. In shaa Allah, andai kita menjaga agama Allah, pasti Allah juga akan menjaga kita.

Sekadar itu dahulu buat masa ini. In shaa Allah ada kelapangan bertambah lagi entri untuk sama - sama kita bertakwa dan saling membantu dalam melakukan ketaatan kepadaNya. Terima kasih.

Wednesday, 21 November 2012

Buka Mata Hati untuk Gaza & ISLAM

Sekarang semua lapisan masyarakat sibuk memperkatakan perihal Gaza dan serangan zalim tentera Israel laknatullah ke atas kota suci Islam. Pujian dan tabik sepatutnya diberi kepada sesiapa sahaja yang ambil cakna hal ini. Saya sendiri pun kadangkala agak alpa dan lupa akan perihal saudara - saudara saya di Gaza. Betapa indahnya perjuangan mereka dalam mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam, meskipun jiwa dan raga menjadi galang gantinya. Alhamdulillah, ramai mujahid Islam di Gaza sedang melihat sejahteranya kehidupan mereka di syurga Allah azzawajalla.

Dalam memperkatakan hal ini, saya sekadar ingin berkongsi salah satu daripada kehebatan orang - orang di bumi bergolak tersebut. Kata salah seorang wanita yang kebanyakan anak - anak kecil SYAHID di medan Allah. Beliau berkata yang beliau bangga kerana mempunyai anak yang  ramai dan kalau boleh beliau mahu untuk melahirkan anak dengan lebih ramai lagi. Bukan untuk sebarangan asbab, tetapi untuk berjuang di jalan  jihad fisabilillah. Dari kecil anak - anaknya diasuh untuk berjihad, memburu redha Illahi. Biarpun kematian ibarat suatu permainan di Gaza, ibu tadi redha dan mengetahui anak - anaknya menanti di syurga atas kerelaan mereka berjuang berjihad di bumi Gaza, the Promise Land kononnya untuk Israel.

Subhanallah, kemuliaan bagi penduduk Gaza! Bukannya mereka tidak sedih atas pemergian anak mereka, tapi atas keyakinan dan iman yang teguh, mereka menyahut seruan Allah untuk keluar berjihad. Tujuannya hanya satu, iaitu mendaulatkan kembali kalimah Lailahaillallah di muka bumi ini. Gugurnya mereka di bumi peperangan ini tidak bermakna sia - sia sahabat sekalian. Kematian mereka ada nilainya yang tidak terhitung hebatnya. Mereka berjual beli dengan Allah dengan hasil dagangan  yang terbaik, in shaa Allah. Harta, pangkat, tenaga, mahupun diri mereka sendiri rela dipalit kesakitan untuk Islam, agama yang tercinta.

Suatu soalan yang patut ditanya untuk kita, adakah kita rela melakukan hal yang sama dilakukan penduduk Gaza?? Bukan hanya di Gaza saudara, bahkan di mana - mana ceruk bumi yang menghadapi krisis keagamaan sepert ini, adakah kita RELA BERJUANG seperti mereka?? Kuatkah kita dalam mempertahankannya?? Masha Allah, bayangkanlah dengan perkara yang paling mudah sekalipun tak mampu kita lakukan, mungknkah kita mampu berjuang bermati - matian sepertimana penduduk Gaza?? Tepuk dada tanyalah iman.... Uhukhuk..

Saya bukanlah orang yang arif dalam hal - hal seperti Aqsa Sharif atau Ikhwan Muslimin, bahkan juga saya bukanlah orang yang tinggi ilmunya dalam bidang ini, tetapi izinkan saya menyuarakan pandangan. Topik yang paling popular dalam hal ini iaitu soal pemboikotan. Ramai sahabat - sahabat saya yang memandang enteng hal ini dengan mengatakan tak perlu memboikot Mc Donald atau Starbucks atau apa - apa sahaja produk yang menjadi penyumbang major Israel laknatullah. Mereka tidak merasakan ianya perlu kerana bagi mereka sumbangannya terlalu tipis dan tidak memberi kesan sekiranya hanya mereka yang  membeli dan menggunakannya. Persoalannya, jika 100 orang berfikiran seperti anda, bagaimanakah nasib umat Islam di Gaza. Untuk lebih emosional, saudara mara kita di Gaza, adakah kita tega??

Ini rasional saya dalam membahaskan hal ini. Tak payah berkata - kata dengan pendapat mana - mana tokoh pemimpin sekalipun. Bayangkanlah, setiap pembelian penduduk dunia kepada produk pro Israel, sedikit daripadanya akan diberi kepada Jewish  United Fund. Benda yang paling mudah, McDonalds Corporation yang selalu kita puji burger dan side dish nyer, cukup menyayat hati apabila mereka juga turut menyumbang kepada kejatuhan dan kejahanaman agama KITA!!Mereka dengan bangganya membeli peluru, senapanang, M16, roket, peluru berpandu, dan bom atom untuk meranap, meroboh, memporak peranda, menghancurkan, menerobos, menceroboh, menyakiti, menzalimi, menodai penduduk Gaza. Saya tak sanggup membayangkan adik - adik saya, ibu saya, ayah saya, anak - anak saya dibedil dan dibunuh rakus oleh si Irsael laknatullah tanpa rasa simpati atau sayu. Kerana kalian saudara seIslamku, tidak kuredha akan apa yang Israel itu lakukan, tidak sama sekali.

Ada juga perkara lain bermain di minda kebelakangan ini. Sepertinya kita ketahui yang banyak website atau laman sesawang dipelopori oleh bangsa "mereka', di mana semua data base kita program yang kita gunakan berada bersama mereka. Contohnya, Facebook, menjadi wadah sosial yang sangat besar tahap kepenggunaannya mempunyai ruangan profile di mana "mereka" boleh tahu tentang diri kita termasuk apa saja yang kita post atau komen. Persoalannya, mengapa mereka tidak mentiadakan entri tersebut yang mungkin saja mengutuk Israel atau menyebar ideologi Islamik?? Pernahkah anda semua berfikir?? Saya mungkin ada jawapannya. Kerana umat kita ini mengambil pendekatan TAK MAHU ambil tahu!! Apa saja yang melibatkan Islam dipandang remeh dan langsung tiada pelan tindakan berubah.

Sebab itu agaknya terjadinya hal seperti itu. Cuma satu sahaja yang juga menakutkan saya, dengan adanya segala data base kita dengan mereka pastinya mereka tahu apa yang kita buat, fikir, dan alami. Maka, mungkin dengan mudahnya mereka melakukan serangan kepada umat Islam memandangkan umat Islam kita hari ini lemah dan layu. Bak kata Almarhum Ahmat Deedat, "You Muslims are spineless. This is because you refuse to open your mouth and tell the world the truth. You  are too terrified with it." Makan dalam apa yang dikatakannya itu saudara. Kita terlalu mudah menyerah sebelum kalah di medan perang, kita mundur sebelum sempat mara, kita gagal sebelum sempat mereka membedil, kita tewas kerana kita kurang kesedaran, kita layu kerana hilangnya aura perjuangan Nabi Muhammad saw, kita alpa kerana keimanan kita sendiri pun masih goyah tak berpaksikan kalimah toyyibah Lailahaillallah!! Kita mengakui kita beriman kan?? Maka kita telusuri terjemahan ayat suci Al - Quran ini:


"Kerena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat[316] berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan Maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar."
An Nisaa' : 74 
Perkara - perkara yang mampu kita mampu lakukan meskipun tidak mampu mengangkat senjata ke Gaza atau negara Islam yang bergolak. In shaa Allah bermanfaat:



Oleh itu, sudah tiba masanya kita kembali kepada keadaan asal kita semula. Kita harus sedar isu Palestin, Gaza atau mana - mana negara Islam bukanlah hanya kes biasa, tetapi adalah kes kita juga. Penderitaan mereka adalah penderitaan kita, kesakitan mereka adalah kesakitan kita juga, kejatuhan mereka adalah kejatuhan kita juga saudara. Maka, ayuh kita bermuhasabah semula. Adakah kita pernah mendoakan mereka sejahtera dan bahagia?? Pernahkah tangan ini memohon kepada Allah agar diberi kemenangan kepada umat Islam secara total dan kolektif, pernahkah kita menyampaaikan perkhabaran Gaza kepada sahabat - sahabat kita?? Fikir - fikirkanlah sahabat dan saudara saya sekalian. Maaf atas kekasaran bahasa atau ada yang tersinggung di hati. Saya hanya insan kerdil yang juga mahu turut serta dalam gerombolan para mujahidin Gaza. Kita semua mampu lakukannya, in shaa Allah. Wallahua'alam




Friday, 9 November 2012

Muhasabah Minggu Exam

Baru selesai 2 bentuk peperiksaan pertengahan semester untuk subjek Biology dan Social Psychology. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan limpahan kefahaman bagi kedua - duanya, dan segala kebaikan dan kehebatan itu berbalik semula kepada Allah, yang menentukan segalanya.

Sepanjang tempoh ini, banyak perkara yang telah aku alami dan banyak pengalaman yang telah kukutip. Aku sedari yang mentelaah ilmu itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan atau mendapat keputusan yang memberansangkan. Bukan sekadar itu rupanya. Melalui ilmu yang kita dapatkan itu matlamat besarnya bahkan lebih terkehadapan. Ada sahabat - sahabat yang kulihat resah tak keruan dek kerana tidak sempat untuk mengulangkaji, atau mungkin resah mendapat keputusan yang  kuraang memuaskan.

Ya, mungkin itu yang perlu kita kejar. Mendapat keputusan yang cemerlang itu memungkinkan kita untuk diterima masuk ke institusi pengajian yang berprestij dan berkualiti. Tidak dapat diakui bahawa akademik itu perlu, keputusan cemerlang itu perlu. Tapi persoalannya, di manakah letaknya kualiti daripada pendidikan tersebut?? Yang matlamat besarnya untuk melahirkan modal insan yang elok pekertinya, mulia peribadinya, matang pemikirannya, anggun tutur katanya, beriman hati dan jiwanya.

Sekadar untuk mengajak kita berfikir sejenak, bukankah kita ini hamba yang datang daripadaNya dan kelak akan kembali kepadaNya?? Bukankah dahulu sebelum roh ditiup ke jasad dalam kandungan ibu, kita pernah berikrar yang Allah adalah Tuhan kita??  Bukankah kita berjanji untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya?? Kemanakah semua janji - janji itu??

Dalam konteks belajar, ramai yang berkata begini: "Ala, tak apa, dia tu memang pandai. Tak study pun dia boleh excellent,""Aku ni memang kurang sikit lah bab tu, susah sangat,""Entahlah, aku rasa lecturer aku tak pandai mengajar lah." Tak salah rasanya kadang - kadang bilamana kita rasa lemah dan futur (putus asa), sebab itu memang sudah fitrah manusia yang akan mudah untuk berasa lemah dan hilang semangat. Cuma, sekadar memberikan suatu bentuk suntikan baru, perkara ini tidak boleh dibiarkan berkumpul dalam hati dan sanubari kita. Perkataan susah, payah, lemah, bodoh, dan segala apa yang negatif perlu disingkirkan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Selain itu, apa kata kalau kita ukur kembali sejauh manakah kebergantungan kita kepada Allah azzawajalla. Adakah kita dah cukup menggunakan senjata kita (doa dan tawakal) dengan seoptimumnya?? Kalau belum, jadi apa yang ditunggu lagi, ayuh lekas kita bertindak. Kejayaan dan kehebatan yang dikurniakan oleh Allah, tidak menjadi penanda aras Dia sedang memuliakan kita, dan kegagaalan pula tidak pula menjadi indikator Rabb sedang merendahkan kita. Jadi, apalah salahnya kita back to basic bila berhadapan situasi seperti ini. 

========================================================================

Bercerita serba sedikit tentang psikologi semulajadi manusia secara amnya. Teringat suatu masalah yang berlaku dalam lingkungan sahabat - sahabat tercinta. Begini ceritanya, memang tidak salah untuk kita merencana akan sesuatu supaya segalanya berjalan sepertimana yang kita kehendaki. Tidak menjadi suatu masalah pun. Cuma, apabila kita mula menghebahkannya, dan ada orang lain yang mendengar khabar berita, pasti mereka mahu  mengetahui yang selanjutnya.

Psikologi semulajadi manusia sentiasa mahukan jawapan atau CURIOSITY. Setiap perkara yang menjadi minat kepada seseorang pasti akan meningkatkan  keinginan untuk tahu. Lalu, apa yang menjadi masalahnya???

Masalahnya adalah apabila kita menyembunyikan sesuatu perkara yang telah diketahui umum. Sungguhpun kita berpendapat bahawa semua itu adalah privacy  dan sebagainya, maka jangan dimulakannya dari peringkat awal. Semuanya harus dirancang tanpa ada pihak yang tahu kerana apabila ada yang tahu, yang tidak tahu akan mula tercari - cari. Maka berterus teranglah dan jangan disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa pun, maksudnya yang terlibat sahajalah. Mungkin kedengaran pelik, tapi percayalah, dengan menyembunyikannya boleh membawa impak yang lebih buruk iatu berburuk sangka.

Sekian entri untuk kali ini.. Bosan sebenarnya entri ini kerana tiada roh di dalamnya.. Wallahualam..


Sunday, 28 October 2012

Ingatan dari Ibuku

Salam alaaik.

Rasanya macam dah agk lama since my last updates. Tapi disebabkan minggu ini terlalu sibuk dengan pelbagai ujian dan kuiz sana sini, maka hanya sekadar nak berkongsi beberapa perkara. Cuma, aku rasa aku ingin menjadi lebih "true" kepada diri sendiri. Perkongsian kali ini lebih mengambil pendekatan yang dibawakan oleh IBU tercinta, Puan Mahiran binti Ahmad.

Sebelum aku balik ke universiti untuk menyambung pelajaranku, beliau mengingatkan aku agar sentiasa memperbetulkan niat belajar. Masih terngiang - ngiang di minda aku bagaimana beliau menceritakan yang sememangnya kita sebagai pelajar tidak boleh ikut cara dan metodologi orang lain untuk berjaya. Kejayaan kita adalah hasil acuan kita sendiri.

Jangan mudah sangat nak ikut orang dan tiru cara orang.
Kita adalah special dan mampu melakukan apa sahaja mengikut hala tuju yang kita sendiri tetapkan.

Aku cukup terkesan apabila mula bermain dengan emosi. Beliau menceritakan bahawa sesungguhnya kejayaan dan kegagalan kita ini memang telah ditetapkan oleh Allah swt, tetapi walaubagamanapun kita berhak unutk berusaha demi merubah perkara tersebut ke arah yang lebih baik.

Ingat, ada perkara dalam hidup kita ini yang boleh diubah dengan usaha dan keizinan daripada Allah.
Biiznillah (dengan izin Allah). Sungguhpun memang ada perkara yang telah pun tetap dan tidak mampu untuk diubah seperti ajal maut dan jodoh pertemuan, tetapi kita digesa untuk berusaha kerana pada hakikatnya kita tidak tahu bila kita akan mati, dengan siapa kita akan berkahwin.

Maka, sekali lagi usaha itu memainkan peranan yang sangat - sangatlah penting.
Contohnya, apabila kita mendapat berita yang kita dijangkiti leukemia dan doktor mengatakan yang kita ada masa yang sangat singkt untuk hidup. Maka, adakah disebabkan kita merasakan yang kita akan mati lalu tidak perlu berusaha. "Dah nak mati dah, jadi biarkan sajalah.." Betulkah persepsi kita sebegitu?? Semestinya tidak, kerana walaupun kita di ambang kematian sekalipun, tuntutan untuk selalu berusaha itu ada, maka jangan dipersiakan peluang yang telah diberi.

Selain itu juga, perbanyakkanlah membaca Al - Quran kerana dengan membacanya hati yang gelap mampu menjadi terang benderang. Cuma, suka aku mengingatkan yang Al - Quran bukan pemberi cahaya dalam hati kita. Al - Quran hanya medium, yang merikannya ialah Allah azawajalla.

Ingat, membaca tanpa memahami maknanya adalah sangat sia - sia. Kerana pada hakikatnya, Al - Quran diturunkan bukan untuk dibaca membabi buta sahaja. Allah menurunkannya kepada Rasulullah yang mulia bertujuan untuk menjadi panduan hidup Muslim dan Mukmin. Dr Zakir Naik pernah ditanya bagaimana ingin menjadi Muslim yang 'fully functioning'?? Lalu beliau menjawab selain daripada mengakui hakikat Allah itu satu dan Muhammad itu pesuruhNya, perlulah untuk orang itu membuka Al - Quran dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh daripada Al -  Quran itu.

Maka, jangan dilupakan warisan Baginda Nabi Muhammad ini ya.
Janganlah dibiarkan wasilh Baginda ini berhabuk tanpa dijengah, dijauhkan tanpa diselak dan diperhatikan, usang kerana tiada minat untuk mendalaminya. Sayangilah Al - Quran seperti mana Baginda Nabi terlalu menyayangi kita, umatnya..

Sekian dulu untuk kali ini, sirruala baraakatillah.. Assalamualaikum wbt.

Wednesday, 17 October 2012

Kerana kau Kusayangi Setelus Hatiku

Dengan namamu Allah, aku ABADIkan penulisanku ini.

Tatkala ingin menulis tajuk ini, jari - jemariku giat menaip setiap huruf demi huruf, perkataan demi perkataan, tanpa banyak berhenti. Perasaan sayangku buat sahabat - sahabat membuat aku jadi lebih gigih untuk menghabiskan entri ini di kala diri sibuk dengan pelbagai tuntutan semasa. But, to be frank, words just can't describe how much I love my friends.

Bercerita soal sahabat, ada kala perkelahian berlaku, masalah seakan - akan menjadi terlalu besar, konflik diri melanda dan bemacam ragam dan ekspresi diberi. 

Pada yang pandai menguruskannya, TAHNIAH!! Bagi yang masih mencari maknanya, ayuh kita cuba lihat sedikit dari selautan ilmu Illahi. Sejujurnya, apa yang keluar dari buah fikiran ini fikrah yang datangnya tanpa ditapis dari minda dan pengalaman diri yang kerdil ini. Masalah, sesuatu yang kita cuba elakkan dalam sebuah persahabatan.

Walaubagaimanpun, ia tetap akan timbul tanpa kita sedari, kerana kita hidup untuk diuji oleh Allah swt. Persahabatan yang baik, bukanlah yang selamanya tidak bermasalah, tetapi persahabatan yang baik adalah apabila segala masalah dan konflik yang timbul diselesaikan dengan cara yang paling berhikmah. Pentafsiran SAHABAT berbeza mengikut perspektif seseorang. Ada yang menganggap sahabat hanyalah kawan biasa yang tiada bezanya dengan yang lain, tidak kurang ada juga yang menganggap sahabat itu lebih dari kawan - kawan yang biasa, Terpulanglah kepada anda untuk menentukan hala tuju persahabatan anda.

Sebelum berceloteh panjang, izinkan diri ini berkongsi suatu hadis Nabi Muhammad saw, yang mafhumnya:
"Tidak sempurna iman seseorang itu, melainkan dia mencintai saudaranya lebih dari dirinya sendiri"

Islam sendiri pun amat menekankan soal sayang - menyayangi antara sesama kita. Waimma dalam apa cara sekalipun, ketahuilah hidup kita ini fitrahnya memerlukan dambaan dan kehadiran orang lain untuk memenuhi tuntutan hati seorang insan. Maka, sekiranya timbul konflik yang mengundang perseteruan, jangan bimbang, itu hanyalah ujian Allah untuk memperkukuh hubungan persahabatan kalian.

Sekadar berkongsi sedikit sebanyak idea untuk meredakan hubungan yang nampaknya semakin dingin dan sepi:


  1. Tahu hala tuju persahabatan anda. Kalau ditakdirkan memang dia untuk anda, maka berusahalah untuk memelihara keakraban dan kelangsungan hubungan antara anda dan sahabat anda itu. Ya, memang pahit pada mulanya because you really struggling to win his or her heart, untuk memahamkan dia betapa persahabatan itu amat bermakna untuk anda. Tetapi percayalah, your efforts worth a second look. Defining your priority in a friendship helps to endure that relationship even longer.
  2. Don't aspect too much (peringatan  untuk diri gak). Dalam persahabatan, kita tidak boleh terlalu nakkan dia sehingga sahabat kita itu tidak bebas untuk melakukan apa yang dia mahukan. Yes, indeed kita boleh memberitahu apa yang kita suka dan tidak suka, tetapi, bukan hak kita untuk memaksanya untuk berubah. Mengharap pada manusia tidak akan pernah mengubah apa - apa, sebaliknya kemungkinan hati kita pula yang  terluka. Apabila sudah meluahkan apa yang terpendam, maka berdoalah pada Allah swt agar dilembutkan hatinya dan hati kita untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
  3. Cari orang ketiga untuk dibawa berbincang dengan sahabat anda itu sekiranya masalah masih tidak mampu diselesaikan. Orang ketiga haruslah orang yang mampu menyimpan rahsia dan berpengalaman supaya masalah tidak bertambah besar. YAKIN!! dengan kemampuan orang ketiga itu mudah - mudahan apa yang kita bincangkan itu mampu mengubah paradigma kalian untuk memahamkan masalah dan cuba untuk menyelesaikannya. Pada waktu ini, luahkan apa sahaja yang terpendam agar tiada suatu pun yang menjadi penghijab yang menghalang persahabatan kalian dari berterusan.
  4. VERBAL dan NON - VERBAL communication. Ini menjadi punca kebanyakan masalah berlaku. Kurangnya bercakap, kurang sentuhan (yang halal dan mahran sahaja), kurang  reaksi, kurang penghargaan, kurang mendengar. Ini adalah antara sebab musabab masalah kelihatan lebih besar dan severe. Padahal segalanya boleh selesai dan percayalah dengan komunikasi yang berkesan, hati yang keras macam mana sekalipun boleh dicairkan. Hati manusia ini PEKA pada non - verbal communication, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan antara kalian.
  5. Tips ini bagi diri ini amatlah penting dan memberi impak maksima. Forgive and forget. Jangan diungkit lagi kisah silam. Each one of us prone to make mistakes and tak selayaknya kita menghukum orang lain dengan meletakkan diri kita lebih superior dari orang tersebut, Yang layak melakukan yang demikian ialah Allah. Maka apa pun yang terjadi, percayalah kepada Allah. Always dahulukan Allah melebihi apa pun juga yang ada di langit dan di bumi atau di antara keduanya. Ingat, "doa itu senjata orang mukmin." Gunakanlah senjata tersebut untuk meminta Allah melembutkan hati kalian untuk meneruskan persahabatan tersebut. InsyaAllah, segalanya akan kembali normal. Sahabat hanyalah jalan dan medium, matlamat utama kita ialah Allah azawajalla.
Rasanya cukuplah sekadar itu perkongsian pada kali ini. Segala salah dan silap atau kedangkalan mohon agar diampunkan. Buat sahabat yang aku cintai kerana Allah dan Rasul, aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia persabatan kita dan ditabahkan hati kita untuk mengharungi suka duka dan pahit manis bersama - sama. Uhibbukafillah. 




Sunday, 14 October 2012

Hakikat Islam Menjadi Anutanku



Assalamualaikum.

Ini merupakan sebuah bingkisan daripada pembacaan dan pengalaman yang pernah dialami bukan hanya diri ini, bahkan orang - orang yang pernah kudampingi. Pada kali ini rasa nak berkongsi rasa berkenaan Hakikat mengapa ISLAM menjadi ANUTANKU.

Secara peribadinya, aku ini bukanlah siapa- siapa yang layak menyentuh hal yang banyak cabangnya ini, namun terasa mahu berkongsi setelah mendengar asakan demi asakan diberikan oleh pensyarah Philosophy tentang persoalan, "How do you all experience God?? And how do you know He is God??"

First of all, let me just be frank with all of you. Sebenarnya Islam adalah agama yang bagi aku kita hanya akan dapat rasa kemanisannya kalau kita bermujahadah, bersusah payah sebelum menerimanya, bersakit - sakitan  menahan diri daripada melakukan maksiat dan noda, semua itu akan membuatkan kita lebih rela menerima Islam sebagai pegangan kita daripada ikut - ikutan atau warisan keturunan keluarga.

"The first duty of love is to listen".. Anonymous
Cuba kita analisa diri kita semula, bila kali terakhir kita update iman dan takwa kita kepadaNya?? Bila kali terakhir kita ingat Allah dalam diri kita?? Adakah kita berusaha menjadi hambaNya yang benar - benar baik atau sekadar mengambil Islam sebagai juz'i (ambil apa yang disukai hati).... Itulah sebabnya kita jangan hanya jadi pengikut, sebaliknya kajilah dahulu akan segala aspek tentang Islam supaya kita tidak direndah - rendahkan darjatnya apabila orang - orang di sekeliling bertanyakan kita "Why do you choose Islam as your religion??? Why do you choose to wear Niqab or Hijab??"

Labuhan tudung bukan bermakna pemakainya solehah,
tapi insyaAllah sebagai suatu medium ke arah yang lebih baik

One of the most interesting part about Islam is because Islam diminished the discrimination against women and slaves all around the world. Our prophet Muhammad, as the messenger of Allah yang telah memulakan langkah proakif ini dalam membumikan kesamarataan walaupun berbeza jantina atau bangsa. Bukankah Islam itu baik dan membaikkan??

Teringat pula akan sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang sangat mahsyur tentang kedatangan Islam dan penghujungnya :

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan akan kembali dagang (asing). Maka beruntunglah bagi orang - orang yang asing."
Jujur aku katakan, aku ingin melalui jalan - jalan indah ini. Meskipun nampak seperti terpaksa dipinggirkan, dipulaukan, diasingkan atau apa sahaja assumptions yang orang akan buat apabila aku menyebut namaku sebagai seorang Muslim, aku tidak peduli kerana hakikatnya Allah itu dekat denganku. JarakNya, lebih dekat daripada urat - urat leherku sendiri. Asalkan aku tahu menjaga diri, hati, dan anggota pancainderaku. Subhanallah, indahnya berjuang di jalanMu ini.

Pengalaman juga mengajar aku persoalan iman dan takwa. Tak lengkap iman seseorang itu sekiranya dia hanya mengatakan yang dia itu Muslim, tetapi tidak mengaplikasikan budaya - budaya sebagai seorang hamba Allah. Dalam Surah Az - Zaariyat ayat 56, Allah menegaskan, "Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah kepadaKu."

Tonggak pengabdian kita kepada Allah.. Dalamilah dan hayatilah maknanya.
Jelas dan nyata bahawa tujuan penciptaan seseorang manusia dan jin itu tidak lain hanyalah untuk mentaati Allah, mengagungkanNya, mengingatiNya, membesarkanNya, memuliakanNya, dan merasaiNya. Satu tamparan hebat untuk umat kita pada hari ini. Cuba lihat kembali akan arah hidup kita. Apakah kiblat kita sekarang?? Adakah kiblat kita masih di Baitullah atau sudah bertukar kepada negara - negara Barat?? Siapakah idola paling agung kita?? Adakah Rasulullah atau selebriti - selebriti yang'hot'?? Ayuh kita jernihkan kembali fikrah kita semula. 

Sedarlah yang kebanyakan kita Islam kerana warisan, tetapi janganlah sehingga ibadah dan akidah kita juga kita warisi semata - mata. Hidayah itu milik KEKAL Allah, dan manusia disuruh berusaha untuk mendapatkannya dan bukannya menunggu saat ia akan tiba. Jangan jadi seorang manusia yang berbangga dirinya Islam, tetapi kelakuannya masyaAllah, lebih menakutkan daripada orang bukan Islam.

Aku juga ingin berkongsi perasaan seseorang hamba Allah ini, yang pernah berjaga di sepertiga malam dek kerana masalah yang dipendamnya kian parah dan seakannya tiada lagi jalan keluar. Maka digagahkan diri untuk bangkit, berdoa, berwuduk lalu menunaikan solat sunat tahajud dua rakaat. Pada sujudnya yang terakhir, terasa ada sesuatu kelainan yang dihadapinya. Suatu perasaan tenang yang tiada terperi indahnya, sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata - kata atau madah pujangga.

Seusai solat tersebut, air matanya berderai kerana membayangkan betapa banyaknya dosa yang telah dilakukannya, dan segala masalah yang menimpanya mungkin sedikit sebanyak menjadi kifarah dosanya yang telah lalu. Terbayang di mindanya apakah makna dan tujuan hidupnya. Kosong... Sepi... Sayu... Tanpa kehadiran si Dia yang senantiasa ada. Terbayang juga suatu ketika dahulu, dia terlalu jahil dan dangkal dalam memahamiTuhannya iaitu Allah. Sedarlah dia bahawa Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi, tetapi untuk dipertahankan kesuciannya melalui kefahaman dan pencerahan. Alhamdulillah, setelah berusaha kembali ke pangkal jalan, hatinya jauh lebih tenang dan damai daripada dahulu.

Akhir sekali, fahamilah Islam bukan sekadar suatu anutan atau fahaman yang membebankan. Jangan dianggap segala "tidak boleh" itu menyeksa dan mengongkong kerana di sebalik semua itu ada banyak hikmahnya. Dan jangan pula "semuanya boleh" dianggap baik dan bebas kerana tersirat di sebalik semua itu mungkin ada kepahitan. Islam untuk MENJAGA bukan mengongkong. Ingatlah pesanan Imam Al - Ghazali,

"Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir"



Monday, 8 October 2012

Permintaan Hati Setulus Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa dan noda yang telah aku lakukan.
Aku akui banyak kekhilafan yang telah aku lakukan, hingga menjauhkan diriku dariMu Ya Rabb.
Sungguh aku malu pabila mencermin diri, melihat betapa banyaknya maksiat dalam diriku,
betapa tanpa segan dan silunya aku melakukannya walau kutahu akan hadirMu.

Ya Allah, kau berikan aku banyak ujian yang merenggut naluriku sebagai manusia.
Kau tegur aku dengan musibah agar aku tidak berada jauh denganMu Ya Allah,
Kau perbetulkan aku dengan wahyuMu yang mengalir semerbak ke dalam diriku,
Kau sucikan aku dengan kehadiran RasulMu yang menjadi qudwah buatku,
Kusyukuri itu semua Ya Allah, kuterima semua itu dengan hati yang sangat terbuka.

Ada kalanya, aku tersasar jauh dari landasan yang sebenar.
Aku terlupa akan rasa berTuhan itu apabila terlalu asyik dengan paparan televisyen,
dengan puitisnya makna lagu - lagu yang melalaikan, dengan kehadiran si penambat hati yang belum lagi halal untukku.
Aku leka dengan panorama bumiMu yang memukau pancaran mata, kemilaunya menusuk ke dalam mataku.
Sungguh aku teralpa di hamparan dosa itu Ya Allah.

Ya Allah, adakah ini tandanya aku semakin jauh denganMu??
Adakah petanda - petanda ini membawa aku jauh dariMu??
Mana mungkin aku sanggup berjauhan denganMu, mana mungkin aku mampu tanpa kehadiranMu.
Tolong aku Ya Allah, tolong jangan tinggalkan aku, tolong jangan hilangkan nikmat yang aku temui bersamaMu, tolong jangan biarkan aku terkapai seperti mana aku yang dulu.
Kembalikan aku kepadaMu Ya Rahman.

Apa yang aku sedar, apa yang aku nampak.
Aku hanya inginkanMu dalam hidupku.
Aku rindukan madah - madah cintaMu di dalam Al - Quran, aku rindukan belaian kasih dan rahmatMu dalam kesayuan sepertiga malam, aku rindukan mati di jalan membela Islam agamaMu.
Aku rela kehilangan segalanya asalkan dapat bersamaMu selalu, aku rela asalkan dapat kurasakan kedekatan bersamaMu Ya Rahim.

Izinkanlah kali ini Ya Allah, izinkan aku untuk kembali ke pangkal jalan,
Aku mohon agar diriku sentiasa berada dalam rahmat dan maghfirahMu,
Aku pinta agar kau penuhi hari - hariku dengan kebahagiaan, ketawadukan, dan ketenangan yang abadi.
Izinkan aku Ya Allah, Ya Rabbul Izzati..

Thursday, 4 October 2012

Nasihat Dari Seorang Kakak

Assalamualaikum

Aku rasa hari ini hari yang sangat memberangsangkan. Aku berjumpa dengan seorang "kakak" yang juga merupakan seorang pensyarah di INTI International University, Nilai. Beliau membuatkan aku merasakan hidup ini lebih bermakna dan indah. Segala kebaikan tentang diri sendiri seharusnya dikekalkan walaupun ada sahaja manusia lain yang tidak tahu menghargainya.

Maybe I should just keep it to myself since the advices were meant to be given only for me, but I guess kita sepatutnya berkongsi kebaikan dan ilmu yang dimiliki. Aku akan ceritakan semuanya dalam bentuk kisah dan penyelesaiannya.

Dan dalam kesempatan ini, ingin aku ucapkan terima kasih kepada kakak tersayang yang sudi berkongsi banyak ilmu dan pengalaman iaitu Kak Hafizah.

Kisah pertama

Aku menceritakan tentang dilema diriku untuk memilih universiti yang terbaik di universiti. Aku bercadang untuk memilih University of California, Berkeley, University of Minessota, Twin Cities, University of Pittsburgh, Pennsylvania, dan University of Washington ST Louis. 

Adakah universiti - universiti di atas ini bagus?? Adakah kesemuanya mampu untuk dicapai?? Dimanakah kedudukan kesemua universiti tersebut??? Ada atau tidak 'group support' which means kawan - kawan yang mempunyai niat untuk apply ke universiti yang sama?? Adakah universiti yang disenaraikan ini mempunyai acceptance rate untuk international students yang banyak??? Boleh atau tidak kelayakan SAT dan TOEFL dicapai untuk melayakkan diri kita untuk ke universiti tersebut?? Kesemua faktor ini seharusnya diambil kira oleh semua pelajar waimma dalam apa keadaan sekalipun.

Penyelesaiaan yang boleh diambil ialah menunaikan solat istikharah. Mesti ramai yang memberikan alasan susah nak bangun tidur di malam hari, tak larat nak bangun di sepertiga malam, atau tak dapat apa - apa petunjuk pun. Semuanya bergantung kepada sejauh manakah kebergantungan kita kepada Allah swt. Kalau kita sendiri masih sangsi terhadap Allah, mana mungkin timbulnya keyakinan untuk menerima petunjuk Allah meskipun ternyata ianya benar.

Boleh saja sediakan 3 gumpalan kertas di hadapan kita yang mengandungi nama - nama universiti yang menimbulkan kekeliruan memilih untuk kita. Lalu, sesudah solat maka cabutlah salah satu daripadanya. InsyaAllah itulah pilihan universiti yang terbaik untuk kita. Yang penting kepercaya kita kepada Allah swt.


Kisah kedua 

Aku ada seorang kawan baik yang terlalu sangat  aku menyayanginya. (tatabahasa salah kot, haha) dan aku sentiasa rasa mahu menolongnya. Setiap kali dia bermasalah, setiap kali dia ditimpa musibah hati ini rasa ralat sekiranya aku tidak dapat menolong meringankan bebannya. Sayangnya, apabila masalah itu timbal balik kepadaku, dia sedikit pun tidak ambil kisah akannya. Adakah kebaikan aku itu salah?? Aku rasa tidak tenang akan apa yang berlaku.

Kakak yang aku sayangi ini memberikan idea yang sangat logik dan membuatkan aku berfikir dengan baik. Kebaikan yang kita lakukan itu dah cukup baik, cuma kita tersalah memilih tempat untuk menyalurkannya. Aku tahu yang aku dah cuba untuk jadi yang terbaik, cumanya mungkin aku telah memilih sahabat yang salah untuk memberikan kebaikan itu. 

Nilai "Caring" yang ada dalam diri itu dah cukup elok, cuma kenalah pandai memilih tempat dan orang untuk menerimanya.

Sekiranya kita tahu yang kawan kita itu tidak akan menghargai apa yang kita lakukan, percayalah itu bukannya salah kita. Sebaliknya kita tersalah pilih tempat untuk memberikan kebaikan kita. Sekiranya perlu, cuba kita ikut mana yang lebih penting. Betapa ramai orang di luar sana yang lebih memerlukan kasih sayang dari kita. Kenapa tidak kita menyayangi anak - anak yatim, ibu - ibu tunggal, dan orang - orang miskin?? Kenapa kita perlu limpahkan kasih sayang kita kepada orang yang tidak memerlukannya. Sebab itulah, dahulukan mana yang lebih penting dari yang penting.

Kisah ketiga

Pernah tak cuba untuk iktikaf dalam Masjid UIA?? Sebuah masjid yang sangat bagus untuk menyedari kesilapan, memperbetulkan segala apa yang tersalah, memperelokkan ibadah dan soal hati, dan banyak lagi. Masjid UIA sangat hidup 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Ramai yang akan terkesima dan terkedu apabila melalui kehidupan di UIA yang penuh dengan tarbiah dan suasana pembinaan akhlak yang terpuji.

Apa yang bagusnya ialah pada waktu yang amat genting, cubalah cari tempat - tempat ibadah yang baik lalu pencilkan diri buat seketika. Bersolat sunatlah, lalu sujud dalam keadaan kita benar - benar menyerah diri kita kepada Allah. Seakan -akan kita melepaskan kemarahan, kesedihan, kepahitan, permasalahan, konflik dan dilema kita untuk tatapan Allah. 

Lagi rendahnya seseorang manusia itu, maka lebih dekat sebenarnya hubungannya dengan Allah. Yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain ialah sejauh mana mereka cuba untuk memelihara hubungan mereka dengan Allah.

Yang penting dalam hati kita, sematkan kasih sayang kita kepada Allah dan kasih sayang untuk diri kita sendiri. Salurkan masalah kita kepada yang selayaknya kita mohon  DIA.

A Burdensome Week

Full with adversities, anguish, and grief came up one after another. I am totally exhausted with loads of assignments, cracking-mind test, and a lot of anti-parallelism events happened in my life in just a week. I should call this week as BURDENSOME week.

One of it is about my SAT registration that took me a several days to complete it. I was like confused and stuck all day just because I can't log in with a new ID. Ohh God, I feel like killing myself. But praise be to Allah, that He has sent all those wonderful friends and companions that helped me out of the sorrowful task. At last I managed to register with the Collegeboard with the happy ending mood.

Not to forget, I found that it is very important for us to keep on doing good deeds since they really help my resilience. All the problematic errors turn out to be rather easier for me when I helped more people. That's so true about one of my best friend trite saying, we should help and eased off others that in return, Allah will reduces the burden that we are engaging with.

I believe that helping others in any ways will manifested Allah's blessing insight into ourselves. We might think that by helping others, we are actually loosing something, but trust me that we don't even loose a single thing. As a matter of fact, we are gaining even more. For example, taking care of our beloved friend during his tenure of sickness. We might think that we would encounter insufficient time to study, loosing the privileges to enjoy our social life, or even worse not getting enough sleep.

That is sooo WRONG guys!!!
You might lost all that, but don't you guys want something that's even bigger and prior than all that???

The blessing of Allah and the forgiveness for all your sins... We are actually on a trading with Allah swt, without we realizing it. In order for us to do that, give out the best of us. The most glaring, eyes-catching actions, and the most splendid efforts that we can. Together with that, don't forget to be sincere, and this is for real.

See, how many of us have lost that priority just in the blink of an eye. Because we don't want to pursue doing it by putting as much excuses as we could just to avoid getting responsibility. Pity us, dear all.

Maybe this is the shortest entry I've ever had, but just want each of us to think about this investment. It's all related with Allah.. If we invested more in His account, the possibility for us to earn more are totally higher. Trust me my friends. And not to forget, investing your heart and soul for Allah will never vilify your values and make you suffer.It just started from us, from how we perceive things, and with whom we shall refer when there are problems arise.

Put Allah in your heart, urge yourself to oblige His order, and to restrain yourself from doing what he don't like, and everything would be secure. InsyaAllah. With that, Assalamualaikum...


Sunday, 30 September 2012

Islam Bukan Sekadar di Tikar Sejadah



"Awak, saya kecewa dengan apa yang awak buat pada saya.
Saya sayang awak dan berikan yang terbaik untuk awak, tapi sampai hati awak. Sanggup awak malukan saya di hadapan sahabat - sahabat saya, konon untuk mengubah saya. Percayalah awak, metodologi awak itu sangatlah tidak berkesan. Ingatlah, jangan sampai kata - kata kita membuat orang lain lebih jauh dari Dia."


Kedengaran macam serius saja apa yang saya cuba sampaikan pada kali ini. Hakikatnya, YA memang sangat serius. Ini adalah pengalaman yang sangat pahit yang berlaku dalam hidup saya. Bukan mudah rupanya nak ajak orang lain untuk buat baik. Silap hari bulan, kita boleh menjebak dia ke kancah yang lebih padah lagi.


Sebenarnya, ramai orang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini berdepan dengan masalah ini. Bukannya orang yang nakal atau jahat itu tidak mahu berubah, tetapi sikap orang "kononnya" baik itu sendiri yang membuatkan mereka lebih jahat atau brutal. Saya ambil contoh, berada di masjid waktu kita masih kanak - kanak. Apabila terbising sikit saja, golongan ini terus marah dan meninggikan suara. Hal ini kerana kita tidak menghormati masjid katanya.

Persoalannya mudah saja, budak - budak hingusan itu fahamkah erti diam dalam masjid atas tujuan apa?? Adakah mereka wajar ditengking atas alasan mereka tidak tahu??? Patutkah golongan yang kononnya alim dalam bidang ini menengking dan memarahi sesuka hati mereka??? Mungkin kita patut berfikir sedalamnya dalam konteks ini, kerana hakikatnya daie hari ini kekurangan satu perkara, budaya memahami situasi dan skill untuk membujuk.


Apalah gunanya ilmu agama setinggi gunung mahupun seluas lautan dalam. Apalah gahnya ilmu yang banyak tapi tidak kita implementasikan.. Satu bentuk kritikan untuk masyarakat kita pada hari ini. Mengajak orang untuk berbuat kebaikan itu sudah baik, tapi niat yang baik TIDAK pernah menghalalkan cara.


Hal ini boleh dianalogikan sebagai seorang yang rajin berderma tetapi dengan menggunakan duit yang haram. Mana boleh. Walaupun niatnya baik untuk bersedekah, tapi rezeki yang datangnya dari sumber yang haram tetap dikira haram walaupun niatnya baik. Jadi oleh itu, sekadar untuk membuka mata kita pada hari, apa kata kita belajar teknik dakwah dari Baginda Nabi Muhammad saw.


  • Perbetulakan NIAT kita dalam konteks dakwah ini. Bukannya untuk menayangkan kepada mereka akan kehebatan ilmu agama yang kita miliki, tetapi untuk mengajak manusia kenal erti bertuhan dan makna sebauh kehidupan. Jangan tersalah atau tercampur aduk niat yaang suci itu dengan apa pun niat yang lain. Bukan orang itu yang menjadi dambaan kita sebenarnya, tetapi Allah azawajalla.

 "Cukuplah Allah yang agung dalam hatiku, tiada yang lain melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw."
  • Baginda tidak pernah memandang rendah akan orang yang membuat kesalahan. Bahkan timbul rasa kasihan dalam diri Baginda untuk mengajak mereka kembali kepada Allah. Nabi sendiri tidak pernah merasakan diri Baginda hebat sehingga sanggup menghina dan mengaibkan orang lain. Pendekatan ini yang kita mahukan dalam diri setiap daie kita pada masa kini. Tugas yang dipikul amatlah murni, tapi bairlah dengan cara yang disandarkan sunnah Baginda Nabi Muhammad saw.
  • Nabi Muhammad tetap berusaha dengan sehabis baik untuk mengajak kepada kebaikan walaupun diri Baginda dihina, dicerca, dimaki, dan diherdik. Semuanya ditelan Baginda dengan senyuman tanpa herdikan atau kemarahan. Jawapan Baginda amat mudah, 'mereka tidak tahu.'
  • Menunjukkan akhlak kunkarim (akhlah yang mulia) kepada semua. Kalau nak dilihat kepada masyarakat kita pada hari ini, betapa ramai Muslim berkelakuan lebih kafir dari golongan kafirun. Kelakuan ini menyebabkan ramai non -believer tidak mahu memeluk Islam. Islam bukan sekadar di tikar sejadah wahai sahabat daie - daie sekalian. Iman itu seharusnya bukan untuk kita nikmati sendiri. Seyogianya dikongsi dan disebarkan agar semua orang mendapat pencerahan yang sebenar tanpa rasa terhina atau dihina. Dalam apa keadaan atau situasi sekalipun!!
  • BERDOALAH... Doakan orang yang sedang cuba untuk diislahkan agar Allah membukakan pintu hati mereka untuk menerima hidayah Allah dengan rela dan redha. Kita bukannya hebat mana pun sahabatku. Kadang kala khilaf kita jelas terlihat oleh mereka dan ini tidak akan membawa mereka dekat dengan Allah, jadi berdoalah agar orang itu sendiri berusaha untuk mengenal dan mencari Allah dalam hidup mereka. Keupayaan kita sebagai manusia biasa tidak akan mampu untuk mengubah apa - apa, sebaliknya Allah lah yang telah memberi ruang dan peluang untuk kita memasuki ruang hati orang tersebut, maka berdoalah.

Aku sendiri pun bukanlah arif dalam hal ini, tapi apalah salahnya kalau kita berkongsi idea dan pandangan. Manusia ini sifatnya untuk dibelai, bukan untuk diinjak dan direndahkan. Janganlah kita menjadi punca MAJOR yang membawa orang lain jauh dari Allah swt. Biarpun sedikit demi sedikit cara yang disusun, bairpun impaknya tidaklah meluas, biarpun tidak mendapat apa - apa daripada usaha itu, baiarlah... Biarlah... Kerana hakikatnya bukan itu yang kita harus buru. Kita hidup untuk mendapat redha Allah, dan bukan pujaan manusia. Bak kata Ustaz Pahrol Muhammad Joi, "kita daie bukan selebriti." Betulkan yang biasa, biasakan yang betul... Ayuh kita menyampaikan.....

Jadilah seperti insan - insan ini. Berikan pencerahan yang sewajarnya.
Islam bukan hanya untuk ahli ibadah!!



Saturday, 29 September 2012

Taubatlah Wahai Hati yang Berdosa









Assalamualaikum wbt

Hati manusia ini amatlah 'fragile' dan mudah kalah dengan sesuatu. Sekuat mana pun seseorang itu, pasti ada perkara yang membuatkan dirinya lemah atau futur. Pada entri kali ini, aku hanya mahu berkongsi sesuatu berkenaan konsep taubat dan bermaaf- maafan.

Bilamana diasak dengan dosa yang menimbun di dalam hati, timbullah rasa keinsafan dalam diri kita. Kita seakannya TIDAK MAHU LAGI BERPALING dan melihat ke belakanag akan apa yang telah kita lakukan di masa silam kita. Mungkin kerana pada waktu itu, kita masih lagi dibelenggu jahiliyyah dan tidak tahu akan perihal pencerahan yang sebenarnya akan hal itu. Maka kita cuba untuk kembali ke pangkal jalan. Persoalannya, bagaimana??? Kalau sudah bertaubat tetapi masih mengulanginya, macam mana pula???


Sebelum pergi dengan lebih jauh, inginku paparkan lirik dari seorang penyanyi yang lagunya menjadi dambaan hatiku setiap masa. Aku berikan sebahagian daripada lagu Taubat Seorang Hamba:

Hati hiba mengenangkan
Dosa - dosa yang kulakukan
Tuhan maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

 Kuakui kelemahan diri,
kuinsafi kekurangan ini,
Kukesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini.

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan



Prinsip - prinsip asas dalam bertaubat:

#1 : MENYESAL dengan kesalahan yang telah dilakukan
- Rasa bersalah dengan Allah swt kerana telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan     syiar. Hal ini perlulah diiringi dengan ilmu dan kefahaman yang baik tentang kesalahan yang dilakukan. Sama ada kesalahan yang dilakukan itu adalah dengan Allah sahaja atau melibatkan manusia juga. Perasaan gerun dan takut akan balasan Allah patut diterapkan ke dalam diri sekiranya diri lambat bertaubat.


#2 : BERAZAM dan BERTEKAD untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut
- Anggaplah selama ini diri kita ini khilaf dalam tindakan atau pertuturan sehingga menyebabkan kita terleka dan lalai dari syariat Islam. Tanam dalam hati yang paling dalam bahawa sesungguhnya kita tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama lagi. 
- Azam yang kuat ini penting untuk mengelakkan diri kita dari terjebak semula ke dalam kancah maksiat yang pernah kita lakukan dahulu.


#3 : BERSEGERA meninggalkan dosa - dosa tersebut
- Manusia ini bukannya sempurna. Maka, apabila menyedari kita telah tersilap langkah, jadi bersegeralah untuk meninggalkan dosa tersebut. Jangan lakukannya lagi!!! Tinggalkannya secara total tanpa sebarang rasa untuk kembali melakukannya semula.


#4 : BERTAUBAT NASUHA 
- Bertepatan dengan firman Allah swt, 

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)


#5 : KEMBALIKAN HAK jika melibatkan manusia lain
- Dosa - dosa dengan manusia wajib diselesaikan dengan cara memulangkan semula haknya dalam apa cara sekalipun. Contohnya, kita mengumpat, mengata, dan memarahi sahabat kita sehingga terluka hatinya, maka wajib ke atas kita memulangkan haknya dengan cara mengakui kesalahan kita di hadapannya dan memohon maaf.
- Sekiranya dia menyuruh melakukan sesuatu sebagai kifarat di atasa dosa kita kepadanya, selagimana tidak bertentangan syariat Islam, maka perlulah kita sempurnakannya.


Mengakui kesalahan kita di hadapan orang yang
kita ambil haknya.


Konklusinya, taubat adalah kembalinya kita kepada Allah setelah melakukan dosa atau maksiat yang bakal mengotorkan hati ini. Kembalilah kepadaNya sahabat sekalian, kerana hanya dengan mengingatiNya, hati kudus ini boleh menjadi tenang. Tinggallah jahiliyyah dan menujulah kepada keredhaanNya. Jangan lagi mengulangi kesilapan yang sama. Sesungguhnya keampunan Allah mendahului kemurkaanNya. Ingatlah!!


Friday, 28 September 2012

Kem yang COOL

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar suatu perkongisan tentang pengalaman yang diperoleh di Kem Bina Negara Meru, Klang. Kem yang mengambil tempat selama 5 hari 4 malam bagiku sesuatu pengalaman yang amat bermakna dan signifikan.

Beberapa kandungan Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara:



  • Memahami konsep Gagasan 1 Malaysia dan pengimplementasiannya dalam sistem pemerintahan YBhg Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak. Mementingkan perpaduan dan pencapaian negara yang seharusnya berjalan seiring dan sekata.
  • Mengetahui beberapa konteks dalam PERLEMBAGAAN Persekutuan yang dibincangkan secara tuntas di dalam kumpulan kecil. Aku mulai faham erti Perkara 153, Perkara 152, Perkara 3, Perkara 160 (2) dan Perkara 43. Semuanya dirangkumkan dalam tempoh 5 hari. Syukur kepada Allah kerana kefahamanku dalam perlembagaan negara makin bertambah.
  • Mempraktikkan budaya - budaya positif yang sepatutnya dibawa ke luar negara. Hal ini kerana, semua pelajar Malaysia yang dihantar ke luar negara dianggap menjadi duta kecil yang akan mempromosikan negara ini di mata dunia. Baik pekertinya, maka baik jugalah persepsi warga dunia kepada negara kita.

Perkara yang perlu diperbaiki oleh bakal mahasiswa luar negara:


  1. Ketepatan masa - mematuhi masa di luar negara adalah sesuatu yang amat penting dan bermakna. Tidak ada yang akan menunggu kita, sebaliknya kitalah yang perlu menunggu masa agar tidak tertinggal di belakang
  2. Menjaga tatatusila - di negara orang, cabarannya banyak. Andai kata tidak menjaga adab dan kelakuan, ditakuti boleh mencemarkan nama baik diri, keluarga, negara, bangsa, dan agama. Oleh itu, semua pihak haruslah berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
  3. Menghormati orang lain - hal ini merangkumi guru, tenaga kerja, pelajar, dan masyarakat sekeliling. Jangan sombong dan jangan kurang ajar, kerana apa yang kita bagi akan berbalik kepada kita juga di akhir nanti.
  4. Patriotisme - kemerdekaan negara hanya akan mampu dipertahankan sekiranya kita semua bersatu dan menyayangi tuntutan negara sepenuh jiwa dan raga. Walau apa pun yang berlaku, kita sewajibnya menjadi TONGGAK UTAMA yang bangkit untuk membela negara. Kegagalan kita menggarap nilai patriotisme ini dirisaukan mampu menjejaskan kestabilan negara yang akhirnya memanifestasikan kelompongan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  5. Kebijaksanaan - bijak di sini bukanlah semata - mata dalam peperiksaaan semata - mata. Semua graduan haruslah mencerna segala wacana agar dapat dipraktIkkan untuk negara tercinta. Sebagai contoh, seorang pelajar jurusan kejuruteraan bukan sekadar hebat akademiknya, bahkan mapu untuk mencipta teknologi yang bermanfaat untuk negara tercinta.

Ini sahajalah perkongsian buat masa ini. Sekian, maaf tajuk agak membosankan..... Salam...


Saturday, 22 September 2012

Nak Kena Kahwin???

Perkahwinan adalah untuk mendekatkan kita dengan Allah,
bukannya menjauhkan kita dariNya.


Assalamulaikum wbt.

Kebelakangan ini, ramai yang selalu menyebut persoalan kahwin, tunang, mendirikan baitul Muslim dan sebagainya. Bayangkanlah, sehingga aku sendiri merasakan keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Itu semua berlaku disebabkan ramai sangat yang menyebut - nyebut dan menyebar - nyebarkan.

Walau bagimanapun, perasaan ini tiba - tiba saja terhenti seketika. Eh, tunggu sekejap. Rasa - rasanya layakkah aku untuk berkahwin?? Boleh ke aku memimpin rumah tangga aku sendiri?? Mampukah aku untuk mengemudi bahtera perkahwinan ini dan siapakah bakal ibu untuk anak - anak aku nanti?? Persoalan yang mencengkam ini seringkali membantutkan hasrat aku untuk berkahwin.. Hahaha, kasihanlah kau Fazuan. Apa - apa sajalah, aku ada PRINSIP aku yang tersendiri.


Aku cuba 'recall' balik ciri - ciri wanita idaman hati ini, lalu aku teringatkan pencirian yang telah diberikan oleh baginda Nabi Muhammad saw. Jom kita teliti satu - persatu ciri - cirinya:



#1 : Pilihlah isterimu kerana kecantikannya
  • kecantikan di sini bukanlah bererti sampai nak cantik macam artis atau selebriti. Cukuplah      kecantikannya sekadar cantik mata memandang dan janganlah berlebih - lebihan pula.
#2 : Pilihlah isterimu kerana keturunannya
  • mempunyai susur galur yang jelas dan baik. Tahu asal usul keluarganya secara mendalam dan bukan semberononya sahaja berkahwin dengan mana - mana wanita. Pun begitu, ada saja keturunan yang tidak baik tetapi melahirkan anak - anak yang baik dan solehah. Jadi, berwaspadalah!
#3 : Pilihlah isterimu kerana kekayaan / hartanya
  • semua orang akan pilih isteri yang kaya - kaya sahajakah?? Ini, aku sendiri tak pasti. Yang jelas Nabi punyai visi yang murni akan penjelasan ini. 
#4 : Pilihlah isterimu kerana agamanya
Wanita beragama tahu menjaga harga dirinya
  • point inilah yang paling penting sekali. Berkahwin dengan perempuan cantik, kaya, dan berketurunan baik sahaja tidak mencukupi. Antara semua yang di atas, baginda Nabi Muhammad saw paling menitik beratkan persoalan agamanya. 
  • kenapa agama yang menjadi keutamaan. Dari agama yang baiklah, akan lahir rumah tangga yang baik. Isteri yang solehah pasti insyaAllah akan melahirkan anak - anak yang baik untuk agama kita. Menjadi  perintis perjuangan Islam suatu hari nanti.
  • dengan agamalah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Agama mendidik cara menjaga harta, keturunan dan penampilah diri. Akidah yang jelas pula pastinya akan diturunkan ke landasan yang benar ke arah hanya mentauhidkan Allah azzawajalla.



Dah selesai bab ciri - ciri, sekarang timbul pula isu layakkah aku untuk perempuan sebaik itu??? Memang betul apa yang Allah katakan, perempuan  yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah, kita perlu mempersiapkan diri. Bagaimana?? Berkapel untuk mencuba nasib???

Sama sekali tidak seperti itu. Islam itu indah dan segala yang berkaitan Islam adalah indah, terbaik, dan terelok. Jodoh adalah urusan Allah, betul?? Kita sendiri tidak tahu siapakah jodoh kita. Oleh sebab itu, berusahalah. Berusaha yang dimaksudkan di sini ialah mempersiapkan diri dengan segala yang diperlukan Islam untuk mebina Baitul Muslim.


Ya, ilmu itu sangatlah penting. Selain itu, perlulah diingatkan kalau mahukan seseorang yang Islamik, maka kita sendiri perlu menjadi Islamik. Tapi, niatnya bukan untuk mendapatkan pasangan yang baik, kerana Allah. Cuba ikhlaskan diri sebaik mungkin. InsyaAllah akan bertemu pasangan yang ideal dan yang paling penting diredhai Allah. Yakinlah !!!!


Macam mana pula kalau kita dah ada orang yang kita minati dan kita sayang. Perlukah kita dating dan keluar ke mall dan cinema?? Jawapannya ya, mungkin itu perlu. TAPI, keluarlah dengan keluarganya sekali. Paling tidak pun sesiapa yang MAHRAM dengannya. Hal ini penting untuk mengelak dari berlakunya finah. Maklumlah, manusia di sekeliling kita mempunyai pemikiran yang berbeza - beza. Ada yang jernih fikrahnya, tak kurang juga yang gemar menabur fitnah dan tomahan. Jadi, dengan adanya peneman tadi, insyaAllah tidaklah berlakunya fitnah. Kalau ada pun, itu di luar kawalan kita. (beyond our locus of control, so forget it)


Apa pun yang terjadi, letakkanlah malu kalian di tempat teratas.
Berwaspadalah, syaitan ada di mana - mana...

Tindakan yang terbaik ialah pergi ke rumahnya untuk berjumpa keluarganya bersama keluarga anda semua. Confirm tidak ada lagi fitnah atau kata - kata nista yang boleh memanaskan hati. Nak cerita berkenaan keindahan Islam, memang takkan cukup sehari. Islam mengajar kita untuk menjaga kesucian keturunan sehingga satu tahap apabila kita terlalu suka pada mana - mana perempuan, maka Nabi Muhammad bersabda, kahwininya..


Dalam Islam tidak ada istilah coupling or cintan cintun terlebih - lebih. Kalau dah suka atau berkenan di hati, cepat masuk meminang. Kaan Islam itu mudah?? Cinta selepas kahwin itu jauh lebih bernilai dari cinta picisan kita. 


Sebagai lelaki, inilah langkah - langkah dalam menyunting bunga di taman larangan. Haha..:

Perkahwinan yang diredhai pasti akan melahirkan
wasilah keturunan yang baik dan bermanfaat.
  1. Taaruf dengan si dia dan keluarganya. Jangan hanya nak kahwin dengan anaknya, tapi mak bapanya dilupakan. Kahwini SEISI KELUARGANYA, tambatlah mereka dengan keimanan dan pengabdian kepada Allah.
  2. Bertunang kalau merasakan perlu masa untuk membuat persediaan dari segala aspek. Nak ingatkan, dugaannya sangatlah banyak waktu selepas bertunang. Sehingga boleh membuatkan pasangan tunang putus tunang. Jadi, berhati - hatilah. Dan jangan lupa tunang tidak menghalalkan apa - apa. Kalian tetap bukan mahram dan tidak boleh sewenang - wenangnnya berbuat apa - apa.
  3. Berkahwinlah dengan si dia dengan cara yang terhormat. Nikahinya kerana perasaan cintamu kepada Allah, yang dimanifestasikan oleh perkahwinanmu. Tak perlu pun sampai nak buat dekat hotel atau tempat - tempat yang 'grand', asalkan dia halal untukmu, dan kau halal untuk dia. Tapi, tidak menjadi masalah kalau nak buat juga majlis resepsi, asalkan niatnya betul dan tepat.
  4. Yang terakhir ialah layarilah bahtera perkahwinanmu dengan penuh kebahagiaan. Jadikanlah Islam sebagai tonggak, Allah sebagai yang utama, dan Nabi Muhammad sebagai ikutan. Dan lahirkanlah daripada kalian, anak - anak yang berguna untuk menjadi penyambung wasilah agama.


Rasanya aku macam dah kahwin pula. Ya, aku masih lagi 18 tahun dan sepatutnya bukanlah selayaknya untuk aku membahaskan hal ini. Tapi aku merasakan kebanyakan remaja kini perlukan percerahan lalu aku cuba untuk berikan.

Sekiranya ada yang silap dalam hal ini, mohon maaf dan semoga Allah swt ganjari kita dengan pasangan yang terbaik mengikut pilihanNya. Berusahalah untuk mendapatkan pasangan yang terbaik menggunakan guidelines Al - Quran dan hadis Nabi Muhammad. Selamat beramal semua... Salam.