
"Awak, saya kecewa dengan apa yang awak buat pada saya.Saya sayang awak dan berikan yang terbaik untuk awak, tapi sampai hati awak. Sanggup awak malukan saya di hadapan sahabat - sahabat saya, konon untuk mengubah saya. Percayalah awak, metodologi awak itu sangatlah tidak berkesan. Ingatlah, jangan sampai kata - kata kita membuat orang lain lebih jauh dari Dia."
Kedengaran macam serius saja apa yang saya cuba sampaikan pada kali ini. Hakikatnya, YA memang sangat serius. Ini adalah pengalaman yang sangat pahit yang berlaku dalam hidup saya. Bukan mudah rupanya nak ajak orang lain untuk buat baik. Silap hari bulan, kita boleh menjebak dia ke kancah yang lebih padah lagi.
Sebenarnya, ramai orang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini berdepan dengan masalah ini. Bukannya orang yang nakal atau jahat itu tidak mahu berubah, tetapi sikap orang "kononnya" baik itu sendiri yang membuatkan mereka lebih jahat atau brutal. Saya ambil contoh, berada di masjid waktu kita masih kanak - kanak. Apabila terbising sikit saja, golongan ini terus marah dan meninggikan suara. Hal ini kerana kita tidak menghormati masjid katanya.
Persoalannya mudah saja, budak - budak hingusan itu fahamkah erti diam dalam masjid atas tujuan apa?? Adakah mereka wajar ditengking atas alasan mereka tidak tahu??? Patutkah golongan yang kononnya alim dalam bidang ini menengking dan memarahi sesuka hati mereka??? Mungkin kita patut berfikir sedalamnya dalam konteks ini, kerana hakikatnya daie hari ini kekurangan satu perkara, budaya memahami situasi dan skill untuk membujuk.
Apalah gunanya ilmu agama setinggi gunung mahupun seluas lautan dalam. Apalah gahnya ilmu yang banyak tapi tidak kita implementasikan.. Satu bentuk kritikan untuk masyarakat kita pada hari ini. Mengajak orang untuk berbuat kebaikan itu sudah baik, tapi niat yang baik TIDAK pernah menghalalkan cara.
Hal ini boleh dianalogikan sebagai seorang yang rajin berderma tetapi dengan menggunakan duit yang haram. Mana boleh. Walaupun niatnya baik untuk bersedekah, tapi rezeki yang datangnya dari sumber yang haram tetap dikira haram walaupun niatnya baik. Jadi oleh itu, sekadar untuk membuka mata kita pada hari, apa kata kita belajar teknik dakwah dari Baginda Nabi Muhammad saw.
- Perbetulakan NIAT kita dalam konteks dakwah ini. Bukannya untuk menayangkan kepada mereka akan kehebatan ilmu agama yang kita miliki, tetapi untuk mengajak manusia kenal erti bertuhan dan makna sebauh kehidupan. Jangan tersalah atau tercampur aduk niat yaang suci itu dengan apa pun niat yang lain. Bukan orang itu yang menjadi dambaan kita sebenarnya, tetapi Allah azawajalla.
"Cukuplah Allah yang agung dalam hatiku, tiada yang lain melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw."
- Baginda tidak pernah memandang rendah akan orang yang membuat kesalahan. Bahkan timbul rasa kasihan dalam diri Baginda untuk mengajak mereka kembali kepada Allah. Nabi sendiri tidak pernah merasakan diri Baginda hebat sehingga sanggup menghina dan mengaibkan orang lain. Pendekatan ini yang kita mahukan dalam diri setiap daie kita pada masa kini. Tugas yang dipikul amatlah murni, tapi bairlah dengan cara yang disandarkan sunnah Baginda Nabi Muhammad saw.
- Nabi Muhammad tetap berusaha dengan sehabis baik untuk mengajak kepada kebaikan walaupun diri Baginda dihina, dicerca, dimaki, dan diherdik. Semuanya ditelan Baginda dengan senyuman tanpa herdikan atau kemarahan. Jawapan Baginda amat mudah, 'mereka tidak tahu.'
- Menunjukkan akhlak kunkarim (akhlah yang mulia) kepada semua. Kalau nak dilihat kepada masyarakat kita pada hari ini, betapa ramai Muslim berkelakuan lebih kafir dari golongan kafirun. Kelakuan ini menyebabkan ramai non -believer tidak mahu memeluk Islam. Islam bukan sekadar di tikar sejadah wahai sahabat daie - daie sekalian. Iman itu seharusnya bukan untuk kita nikmati sendiri. Seyogianya dikongsi dan disebarkan agar semua orang mendapat pencerahan yang sebenar tanpa rasa terhina atau dihina. Dalam apa keadaan atau situasi sekalipun!!
- BERDOALAH... Doakan orang yang sedang cuba untuk diislahkan agar Allah membukakan pintu hati mereka untuk menerima hidayah Allah dengan rela dan redha. Kita bukannya hebat mana pun sahabatku. Kadang kala khilaf kita jelas terlihat oleh mereka dan ini tidak akan membawa mereka dekat dengan Allah, jadi berdoalah agar orang itu sendiri berusaha untuk mengenal dan mencari Allah dalam hidup mereka. Keupayaan kita sebagai manusia biasa tidak akan mampu untuk mengubah apa - apa, sebaliknya Allah lah yang telah memberi ruang dan peluang untuk kita memasuki ruang hati orang tersebut, maka berdoalah.
Aku sendiri pun bukanlah arif dalam hal ini, tapi apalah salahnya kalau kita berkongsi idea dan pandangan. Manusia ini sifatnya untuk dibelai, bukan untuk diinjak dan direndahkan. Janganlah kita menjadi punca MAJOR yang membawa orang lain jauh dari Allah swt. Biarpun sedikit demi sedikit cara yang disusun, bairpun impaknya tidaklah meluas, biarpun tidak mendapat apa - apa daripada usaha itu, baiarlah... Biarlah... Kerana hakikatnya bukan itu yang kita harus buru. Kita hidup untuk mendapat redha Allah, dan bukan pujaan manusia. Bak kata Ustaz Pahrol Muhammad Joi, "kita daie bukan selebriti." Betulkan yang biasa, biasakan yang betul... Ayuh kita menyampaikan.....
![]() |
| Jadilah seperti insan - insan ini. Berikan pencerahan yang sewajarnya. Islam bukan hanya untuk ahli ibadah!! |


















