Salam alaaik.
Rasanya macam dah agk lama since my last updates. Tapi disebabkan minggu ini terlalu sibuk dengan pelbagai ujian dan kuiz sana sini, maka hanya sekadar nak berkongsi beberapa perkara. Cuma, aku rasa aku ingin menjadi lebih "true" kepada diri sendiri. Perkongsian kali ini lebih mengambil pendekatan yang dibawakan oleh IBU tercinta, Puan Mahiran binti Ahmad.
Sebelum aku balik ke universiti untuk menyambung pelajaranku, beliau mengingatkan aku agar sentiasa memperbetulkan niat belajar. Masih terngiang - ngiang di minda aku bagaimana beliau menceritakan yang sememangnya kita sebagai pelajar tidak boleh ikut cara dan metodologi orang lain untuk berjaya. Kejayaan kita adalah hasil acuan kita sendiri.
Jangan mudah sangat nak ikut orang dan tiru cara orang.
Kita adalah special dan mampu melakukan apa sahaja mengikut hala tuju yang kita sendiri tetapkan.
Aku cukup terkesan apabila mula bermain dengan emosi. Beliau menceritakan bahawa sesungguhnya kejayaan dan kegagalan kita ini memang telah ditetapkan oleh Allah swt, tetapi walaubagamanapun kita berhak unutk berusaha demi merubah perkara tersebut ke arah yang lebih baik.
Ingat, ada perkara dalam hidup kita ini yang boleh diubah dengan usaha dan keizinan daripada Allah.
Biiznillah (dengan izin Allah). Sungguhpun memang ada perkara yang telah pun tetap dan tidak mampu untuk diubah seperti ajal maut dan jodoh pertemuan, tetapi kita digesa untuk berusaha kerana pada hakikatnya kita tidak tahu bila kita akan mati, dengan siapa kita akan berkahwin.
Maka, sekali lagi usaha itu memainkan peranan yang sangat - sangatlah penting.
Contohnya, apabila kita mendapat berita yang kita dijangkiti leukemia dan doktor mengatakan yang kita ada masa yang sangat singkt untuk hidup. Maka, adakah disebabkan kita merasakan yang kita akan mati lalu tidak perlu berusaha. "Dah nak mati dah, jadi biarkan sajalah.." Betulkah persepsi kita sebegitu?? Semestinya tidak, kerana walaupun kita di ambang kematian sekalipun, tuntutan untuk selalu berusaha itu ada, maka jangan dipersiakan peluang yang telah diberi.
Selain itu juga, perbanyakkanlah membaca Al - Quran kerana dengan membacanya hati yang gelap mampu menjadi terang benderang. Cuma, suka aku mengingatkan yang Al - Quran bukan pemberi cahaya dalam hati kita. Al - Quran hanya medium, yang merikannya ialah Allah azawajalla.
Ingat, membaca tanpa memahami maknanya adalah sangat sia - sia. Kerana pada hakikatnya, Al - Quran diturunkan bukan untuk dibaca membabi buta sahaja. Allah menurunkannya kepada Rasulullah yang mulia bertujuan untuk menjadi panduan hidup Muslim dan Mukmin. Dr Zakir Naik pernah ditanya bagaimana ingin menjadi Muslim yang 'fully functioning'?? Lalu beliau menjawab selain daripada mengakui hakikat Allah itu satu dan Muhammad itu pesuruhNya, perlulah untuk orang itu membuka Al - Quran dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh daripada Al - Quran itu.
Maka, jangan dilupakan warisan Baginda Nabi Muhammad ini ya.
Janganlah dibiarkan wasilh Baginda ini berhabuk tanpa dijengah, dijauhkan tanpa diselak dan diperhatikan, usang kerana tiada minat untuk mendalaminya. Sayangilah Al - Quran seperti mana Baginda Nabi terlalu menyayangi kita, umatnya..
Sekian dulu untuk kali ini, sirruala baraakatillah.. Assalamualaikum wbt.
Sunday, 28 October 2012
Wednesday, 17 October 2012
Kerana kau Kusayangi Setelus Hatiku
Dengan namamu Allah, aku ABADIkan penulisanku ini.
Islam sendiri pun amat menekankan soal sayang - menyayangi antara sesama kita. Waimma dalam apa cara sekalipun, ketahuilah hidup kita ini fitrahnya memerlukan dambaan dan kehadiran orang lain untuk memenuhi tuntutan hati seorang insan. Maka, sekiranya timbul konflik yang mengundang perseteruan, jangan bimbang, itu hanyalah ujian Allah untuk memperkukuh hubungan persahabatan kalian.
Sekadar berkongsi sedikit sebanyak idea untuk meredakan hubungan yang nampaknya semakin dingin dan sepi:
Tatkala ingin menulis tajuk ini, jari - jemariku giat menaip setiap huruf demi huruf, perkataan demi perkataan, tanpa banyak berhenti. Perasaan sayangku buat sahabat - sahabat membuat aku jadi lebih gigih untuk menghabiskan entri ini di kala diri sibuk dengan pelbagai tuntutan semasa. But, to be frank, words just can't describe how much I love my friends.
Bercerita soal sahabat, ada kala perkelahian berlaku, masalah seakan - akan menjadi terlalu besar, konflik diri melanda dan bemacam ragam dan ekspresi diberi.
Pada yang pandai menguruskannya, TAHNIAH!! Bagi yang masih mencari maknanya, ayuh kita cuba lihat sedikit dari selautan ilmu Illahi. Sejujurnya, apa yang keluar dari buah fikiran ini fikrah yang datangnya tanpa ditapis dari minda dan pengalaman diri yang kerdil ini. Masalah, sesuatu yang kita cuba elakkan dalam sebuah persahabatan.
Walaubagaimanpun, ia tetap akan timbul tanpa kita sedari, kerana kita hidup untuk diuji oleh Allah swt. Persahabatan yang baik, bukanlah yang selamanya tidak bermasalah, tetapi persahabatan yang baik adalah apabila segala masalah dan konflik yang timbul diselesaikan dengan cara yang paling berhikmah. Pentafsiran SAHABAT berbeza mengikut perspektif seseorang. Ada yang menganggap sahabat hanyalah kawan biasa yang tiada bezanya dengan yang lain, tidak kurang ada juga yang menganggap sahabat itu lebih dari kawan - kawan yang biasa, Terpulanglah kepada anda untuk menentukan hala tuju persahabatan anda.
Sebelum berceloteh panjang, izinkan diri ini berkongsi suatu hadis Nabi Muhammad saw, yang mafhumnya:
"Tidak sempurna iman seseorang itu, melainkan dia mencintai saudaranya lebih dari dirinya sendiri"
Islam sendiri pun amat menekankan soal sayang - menyayangi antara sesama kita. Waimma dalam apa cara sekalipun, ketahuilah hidup kita ini fitrahnya memerlukan dambaan dan kehadiran orang lain untuk memenuhi tuntutan hati seorang insan. Maka, sekiranya timbul konflik yang mengundang perseteruan, jangan bimbang, itu hanyalah ujian Allah untuk memperkukuh hubungan persahabatan kalian.
Sekadar berkongsi sedikit sebanyak idea untuk meredakan hubungan yang nampaknya semakin dingin dan sepi:
- Tahu hala tuju persahabatan anda. Kalau ditakdirkan memang dia untuk anda, maka berusahalah untuk memelihara keakraban dan kelangsungan hubungan antara anda dan sahabat anda itu. Ya, memang pahit pada mulanya because you really struggling to win his or her heart, untuk memahamkan dia betapa persahabatan itu amat bermakna untuk anda. Tetapi percayalah, your efforts worth a second look. Defining your priority in a friendship helps to endure that relationship even longer.
- Don't aspect too much (peringatan untuk diri gak). Dalam persahabatan, kita tidak boleh terlalu nakkan dia sehingga sahabat kita itu tidak bebas untuk melakukan apa yang dia mahukan. Yes, indeed kita boleh memberitahu apa yang kita suka dan tidak suka, tetapi, bukan hak kita untuk memaksanya untuk berubah. Mengharap pada manusia tidak akan pernah mengubah apa - apa, sebaliknya kemungkinan hati kita pula yang terluka. Apabila sudah meluahkan apa yang terpendam, maka berdoalah pada Allah swt agar dilembutkan hatinya dan hati kita untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
- Cari orang ketiga untuk dibawa berbincang dengan sahabat anda itu sekiranya masalah masih tidak mampu diselesaikan. Orang ketiga haruslah orang yang mampu menyimpan rahsia dan berpengalaman supaya masalah tidak bertambah besar. YAKIN!! dengan kemampuan orang ketiga itu mudah - mudahan apa yang kita bincangkan itu mampu mengubah paradigma kalian untuk memahamkan masalah dan cuba untuk menyelesaikannya. Pada waktu ini, luahkan apa sahaja yang terpendam agar tiada suatu pun yang menjadi penghijab yang menghalang persahabatan kalian dari berterusan.
- VERBAL dan NON - VERBAL communication. Ini menjadi punca kebanyakan masalah berlaku. Kurangnya bercakap, kurang sentuhan (yang halal dan mahran sahaja), kurang reaksi, kurang penghargaan, kurang mendengar. Ini adalah antara sebab musabab masalah kelihatan lebih besar dan severe. Padahal segalanya boleh selesai dan percayalah dengan komunikasi yang berkesan, hati yang keras macam mana sekalipun boleh dicairkan. Hati manusia ini PEKA pada non - verbal communication, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan antara kalian.
- Tips ini bagi diri ini amatlah penting dan memberi impak maksima. Forgive and forget. Jangan diungkit lagi kisah silam. Each one of us prone to make mistakes and tak selayaknya kita menghukum orang lain dengan meletakkan diri kita lebih superior dari orang tersebut, Yang layak melakukan yang demikian ialah Allah. Maka apa pun yang terjadi, percayalah kepada Allah. Always dahulukan Allah melebihi apa pun juga yang ada di langit dan di bumi atau di antara keduanya. Ingat, "doa itu senjata orang mukmin." Gunakanlah senjata tersebut untuk meminta Allah melembutkan hati kalian untuk meneruskan persahabatan tersebut. InsyaAllah, segalanya akan kembali normal. Sahabat hanyalah jalan dan medium, matlamat utama kita ialah Allah azawajalla.
Rasanya cukuplah sekadar itu perkongsian pada kali ini. Segala salah dan silap atau kedangkalan mohon agar diampunkan. Buat sahabat yang aku cintai kerana Allah dan Rasul, aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia persabatan kita dan ditabahkan hati kita untuk mengharungi suka duka dan pahit manis bersama - sama. Uhibbukafillah.
Sunday, 14 October 2012
Hakikat Islam Menjadi Anutanku
Assalamualaikum.
Ini merupakan sebuah bingkisan daripada pembacaan dan pengalaman yang pernah dialami bukan hanya diri ini, bahkan orang - orang yang pernah kudampingi. Pada kali ini rasa nak berkongsi rasa berkenaan Hakikat mengapa ISLAM menjadi ANUTANKU.
Secara peribadinya, aku ini bukanlah siapa- siapa yang layak menyentuh hal yang banyak cabangnya ini, namun terasa mahu berkongsi setelah mendengar asakan demi asakan diberikan oleh pensyarah Philosophy tentang persoalan, "How do you all experience God?? And how do you know He is God??"
First of all, let me just be frank with all of you. Sebenarnya Islam adalah agama yang bagi aku kita hanya akan dapat rasa kemanisannya kalau kita bermujahadah, bersusah payah sebelum menerimanya, bersakit - sakitan menahan diri daripada melakukan maksiat dan noda, semua itu akan membuatkan kita lebih rela menerima Islam sebagai pegangan kita daripada ikut - ikutan atau warisan keturunan keluarga.
"The first duty of love is to listen".. Anonymous
Cuba kita analisa diri kita semula, bila kali terakhir kita update iman dan takwa kita kepadaNya?? Bila kali terakhir kita ingat Allah dalam diri kita?? Adakah kita berusaha menjadi hambaNya yang benar - benar baik atau sekadar mengambil Islam sebagai juz'i (ambil apa yang disukai hati).... Itulah sebabnya kita jangan hanya jadi pengikut, sebaliknya kajilah dahulu akan segala aspek tentang Islam supaya kita tidak direndah - rendahkan darjatnya apabila orang - orang di sekeliling bertanyakan kita "Why do you choose Islam as your religion??? Why do you choose to wear Niqab or Hijab??"
![]() |
| Labuhan tudung bukan bermakna pemakainya solehah, tapi insyaAllah sebagai suatu medium ke arah yang lebih baik |
One of the most interesting part about Islam is because Islam diminished the discrimination against women and slaves all around the world. Our prophet Muhammad, as the messenger of Allah yang telah memulakan langkah proakif ini dalam membumikan kesamarataan walaupun berbeza jantina atau bangsa. Bukankah Islam itu baik dan membaikkan??
Teringat pula akan sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang sangat mahsyur tentang kedatangan Islam dan penghujungnya :
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan akan kembali dagang (asing). Maka beruntunglah bagi orang - orang yang asing."
Jujur aku katakan, aku ingin melalui jalan - jalan indah ini. Meskipun nampak seperti terpaksa dipinggirkan, dipulaukan, diasingkan atau apa sahaja assumptions yang orang akan buat apabila aku menyebut namaku sebagai seorang Muslim, aku tidak peduli kerana hakikatnya Allah itu dekat denganku. JarakNya, lebih dekat daripada urat - urat leherku sendiri. Asalkan aku tahu menjaga diri, hati, dan anggota pancainderaku. Subhanallah, indahnya berjuang di jalanMu ini.
Pengalaman juga mengajar aku persoalan iman dan takwa. Tak lengkap iman seseorang itu sekiranya dia hanya mengatakan yang dia itu Muslim, tetapi tidak mengaplikasikan budaya - budaya sebagai seorang hamba Allah. Dalam Surah Az - Zaariyat ayat 56, Allah menegaskan, "Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah kepadaKu."
![]() |
| Tonggak pengabdian kita kepada Allah.. Dalamilah dan hayatilah maknanya. |
Jelas dan nyata bahawa tujuan penciptaan seseorang manusia dan jin itu tidak lain hanyalah untuk mentaati Allah, mengagungkanNya, mengingatiNya, membesarkanNya, memuliakanNya, dan merasaiNya. Satu tamparan hebat untuk umat kita pada hari ini. Cuba lihat kembali akan arah hidup kita. Apakah kiblat kita sekarang?? Adakah kiblat kita masih di Baitullah atau sudah bertukar kepada negara - negara Barat?? Siapakah idola paling agung kita?? Adakah Rasulullah atau selebriti - selebriti yang'hot'?? Ayuh kita jernihkan kembali fikrah kita semula.
Sedarlah yang kebanyakan kita Islam kerana warisan, tetapi janganlah sehingga ibadah dan akidah kita juga kita warisi semata - mata. Hidayah itu milik KEKAL Allah, dan manusia disuruh berusaha untuk mendapatkannya dan bukannya menunggu saat ia akan tiba. Jangan jadi seorang manusia yang berbangga dirinya Islam, tetapi kelakuannya masyaAllah, lebih menakutkan daripada orang bukan Islam.
Aku juga ingin berkongsi perasaan seseorang hamba Allah ini, yang pernah berjaga di sepertiga malam dek kerana masalah yang dipendamnya kian parah dan seakannya tiada lagi jalan keluar. Maka digagahkan diri untuk bangkit, berdoa, berwuduk lalu menunaikan solat sunat tahajud dua rakaat. Pada sujudnya yang terakhir, terasa ada sesuatu kelainan yang dihadapinya. Suatu perasaan tenang yang tiada terperi indahnya, sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata - kata atau madah pujangga.
Seusai solat tersebut, air matanya berderai kerana membayangkan betapa banyaknya dosa yang telah dilakukannya, dan segala masalah yang menimpanya mungkin sedikit sebanyak menjadi kifarah dosanya yang telah lalu. Terbayang di mindanya apakah makna dan tujuan hidupnya. Kosong... Sepi... Sayu... Tanpa kehadiran si Dia yang senantiasa ada. Terbayang juga suatu ketika dahulu, dia terlalu jahil dan dangkal dalam memahamiTuhannya iaitu Allah. Sedarlah dia bahawa Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi, tetapi untuk dipertahankan kesuciannya melalui kefahaman dan pencerahan. Alhamdulillah, setelah berusaha kembali ke pangkal jalan, hatinya jauh lebih tenang dan damai daripada dahulu.
Akhir sekali, fahamilah Islam bukan sekadar suatu anutan atau fahaman yang membebankan. Jangan dianggap segala "tidak boleh" itu menyeksa dan mengongkong kerana di sebalik semua itu ada banyak hikmahnya. Dan jangan pula "semuanya boleh" dianggap baik dan bebas kerana tersirat di sebalik semua itu mungkin ada kepahitan. Islam untuk MENJAGA bukan mengongkong. Ingatlah pesanan Imam Al - Ghazali,
"Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Monday, 8 October 2012
Permintaan Hati Setulus Jiwa
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa dan noda yang telah aku lakukan.
Aku akui banyak kekhilafan yang telah aku lakukan, hingga menjauhkan diriku dariMu Ya Rabb.
Sungguh aku malu pabila mencermin diri, melihat betapa banyaknya maksiat dalam diriku,
betapa tanpa segan dan silunya aku melakukannya walau kutahu akan hadirMu.
Ya Allah, kau berikan aku banyak ujian yang merenggut naluriku sebagai manusia.
Kau tegur aku dengan musibah agar aku tidak berada jauh denganMu Ya Allah,
Kau perbetulkan aku dengan wahyuMu yang mengalir semerbak ke dalam diriku,
Kau sucikan aku dengan kehadiran RasulMu yang menjadi qudwah buatku,
Kusyukuri itu semua Ya Allah, kuterima semua itu dengan hati yang sangat terbuka.
Ada kalanya, aku tersasar jauh dari landasan yang sebenar.
Aku terlupa akan rasa berTuhan itu apabila terlalu asyik dengan paparan televisyen,
dengan puitisnya makna lagu - lagu yang melalaikan, dengan kehadiran si penambat hati yang belum lagi halal untukku.
Aku leka dengan panorama bumiMu yang memukau pancaran mata, kemilaunya menusuk ke dalam mataku.
Sungguh aku teralpa di hamparan dosa itu Ya Allah.
Ya Allah, adakah ini tandanya aku semakin jauh denganMu??
Adakah petanda - petanda ini membawa aku jauh dariMu??
Mana mungkin aku sanggup berjauhan denganMu, mana mungkin aku mampu tanpa kehadiranMu.
Tolong aku Ya Allah, tolong jangan tinggalkan aku, tolong jangan hilangkan nikmat yang aku temui bersamaMu, tolong jangan biarkan aku terkapai seperti mana aku yang dulu.
Kembalikan aku kepadaMu Ya Rahman.
Apa yang aku sedar, apa yang aku nampak.
Aku hanya inginkanMu dalam hidupku.
Aku rindukan madah - madah cintaMu di dalam Al - Quran, aku rindukan belaian kasih dan rahmatMu dalam kesayuan sepertiga malam, aku rindukan mati di jalan membela Islam agamaMu.
Aku rela kehilangan segalanya asalkan dapat bersamaMu selalu, aku rela asalkan dapat kurasakan kedekatan bersamaMu Ya Rahim.
Izinkanlah kali ini Ya Allah, izinkan aku untuk kembali ke pangkal jalan,
Aku mohon agar diriku sentiasa berada dalam rahmat dan maghfirahMu,
Aku pinta agar kau penuhi hari - hariku dengan kebahagiaan, ketawadukan, dan ketenangan yang abadi.
Izinkan aku Ya Allah, Ya Rabbul Izzati..
Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa dan noda yang telah aku lakukan.
Aku akui banyak kekhilafan yang telah aku lakukan, hingga menjauhkan diriku dariMu Ya Rabb.
Sungguh aku malu pabila mencermin diri, melihat betapa banyaknya maksiat dalam diriku,
betapa tanpa segan dan silunya aku melakukannya walau kutahu akan hadirMu.
Ya Allah, kau berikan aku banyak ujian yang merenggut naluriku sebagai manusia.
Kau tegur aku dengan musibah agar aku tidak berada jauh denganMu Ya Allah,
Kau perbetulkan aku dengan wahyuMu yang mengalir semerbak ke dalam diriku,
Kau sucikan aku dengan kehadiran RasulMu yang menjadi qudwah buatku,
Kusyukuri itu semua Ya Allah, kuterima semua itu dengan hati yang sangat terbuka.
Ada kalanya, aku tersasar jauh dari landasan yang sebenar.
Aku terlupa akan rasa berTuhan itu apabila terlalu asyik dengan paparan televisyen,
dengan puitisnya makna lagu - lagu yang melalaikan, dengan kehadiran si penambat hati yang belum lagi halal untukku.
Aku leka dengan panorama bumiMu yang memukau pancaran mata, kemilaunya menusuk ke dalam mataku.
Sungguh aku teralpa di hamparan dosa itu Ya Allah.
Ya Allah, adakah ini tandanya aku semakin jauh denganMu??
Adakah petanda - petanda ini membawa aku jauh dariMu??
Mana mungkin aku sanggup berjauhan denganMu, mana mungkin aku mampu tanpa kehadiranMu.
Tolong aku Ya Allah, tolong jangan tinggalkan aku, tolong jangan hilangkan nikmat yang aku temui bersamaMu, tolong jangan biarkan aku terkapai seperti mana aku yang dulu.
Kembalikan aku kepadaMu Ya Rahman.
Apa yang aku sedar, apa yang aku nampak.
Aku hanya inginkanMu dalam hidupku.
Aku rindukan madah - madah cintaMu di dalam Al - Quran, aku rindukan belaian kasih dan rahmatMu dalam kesayuan sepertiga malam, aku rindukan mati di jalan membela Islam agamaMu.
Aku rela kehilangan segalanya asalkan dapat bersamaMu selalu, aku rela asalkan dapat kurasakan kedekatan bersamaMu Ya Rahim.
Izinkanlah kali ini Ya Allah, izinkan aku untuk kembali ke pangkal jalan,
Aku mohon agar diriku sentiasa berada dalam rahmat dan maghfirahMu,
Aku pinta agar kau penuhi hari - hariku dengan kebahagiaan, ketawadukan, dan ketenangan yang abadi.
Izinkan aku Ya Allah, Ya Rabbul Izzati..
Thursday, 4 October 2012
Nasihat Dari Seorang Kakak
Assalamualaikum
Aku rasa hari ini hari yang sangat memberangsangkan. Aku berjumpa dengan seorang "kakak" yang juga merupakan seorang pensyarah di INTI International University, Nilai. Beliau membuatkan aku merasakan hidup ini lebih bermakna dan indah. Segala kebaikan tentang diri sendiri seharusnya dikekalkan walaupun ada sahaja manusia lain yang tidak tahu menghargainya.
Maybe I should just keep it to myself since the advices were meant to be given only for me, but I guess kita sepatutnya berkongsi kebaikan dan ilmu yang dimiliki. Aku akan ceritakan semuanya dalam bentuk kisah dan penyelesaiannya.
Dan dalam kesempatan ini, ingin aku ucapkan terima kasih kepada kakak tersayang yang sudi berkongsi banyak ilmu dan pengalaman iaitu Kak Hafizah.
Aku rasa hari ini hari yang sangat memberangsangkan. Aku berjumpa dengan seorang "kakak" yang juga merupakan seorang pensyarah di INTI International University, Nilai. Beliau membuatkan aku merasakan hidup ini lebih bermakna dan indah. Segala kebaikan tentang diri sendiri seharusnya dikekalkan walaupun ada sahaja manusia lain yang tidak tahu menghargainya.
Maybe I should just keep it to myself since the advices were meant to be given only for me, but I guess kita sepatutnya berkongsi kebaikan dan ilmu yang dimiliki. Aku akan ceritakan semuanya dalam bentuk kisah dan penyelesaiannya.
Dan dalam kesempatan ini, ingin aku ucapkan terima kasih kepada kakak tersayang yang sudi berkongsi banyak ilmu dan pengalaman iaitu Kak Hafizah.
Kisah pertama
Aku menceritakan tentang dilema diriku untuk memilih universiti yang terbaik di universiti. Aku bercadang untuk memilih University of California, Berkeley, University of Minessota, Twin Cities, University of Pittsburgh, Pennsylvania, dan University of Washington ST Louis.
Adakah universiti - universiti di atas ini bagus?? Adakah kesemuanya mampu untuk dicapai?? Dimanakah kedudukan kesemua universiti tersebut??? Ada atau tidak 'group support' which means kawan - kawan yang mempunyai niat untuk apply ke universiti yang sama?? Adakah universiti yang disenaraikan ini mempunyai acceptance rate untuk international students yang banyak??? Boleh atau tidak kelayakan SAT dan TOEFL dicapai untuk melayakkan diri kita untuk ke universiti tersebut?? Kesemua faktor ini seharusnya diambil kira oleh semua pelajar waimma dalam apa keadaan sekalipun.
Penyelesaiaan yang boleh diambil ialah menunaikan solat istikharah. Mesti ramai yang memberikan alasan susah nak bangun tidur di malam hari, tak larat nak bangun di sepertiga malam, atau tak dapat apa - apa petunjuk pun. Semuanya bergantung kepada sejauh manakah kebergantungan kita kepada Allah swt. Kalau kita sendiri masih sangsi terhadap Allah, mana mungkin timbulnya keyakinan untuk menerima petunjuk Allah meskipun ternyata ianya benar.
Boleh saja sediakan 3 gumpalan kertas di hadapan kita yang mengandungi nama - nama universiti yang menimbulkan kekeliruan memilih untuk kita. Lalu, sesudah solat maka cabutlah salah satu daripadanya. InsyaAllah itulah pilihan universiti yang terbaik untuk kita. Yang penting kepercaya kita kepada Allah swt.
Kisah kedua
Aku ada seorang kawan baik yang terlalu sangat aku menyayanginya. (tatabahasa salah kot, haha) dan aku sentiasa rasa mahu menolongnya. Setiap kali dia bermasalah, setiap kali dia ditimpa musibah hati ini rasa ralat sekiranya aku tidak dapat menolong meringankan bebannya. Sayangnya, apabila masalah itu timbal balik kepadaku, dia sedikit pun tidak ambil kisah akannya. Adakah kebaikan aku itu salah?? Aku rasa tidak tenang akan apa yang berlaku.
Kakak yang aku sayangi ini memberikan idea yang sangat logik dan membuatkan aku berfikir dengan baik. Kebaikan yang kita lakukan itu dah cukup baik, cuma kita tersalah memilih tempat untuk menyalurkannya. Aku tahu yang aku dah cuba untuk jadi yang terbaik, cumanya mungkin aku telah memilih sahabat yang salah untuk memberikan kebaikan itu.
Nilai "Caring" yang ada dalam diri itu dah cukup elok, cuma kenalah pandai memilih tempat dan orang untuk menerimanya.
Sekiranya kita tahu yang kawan kita itu tidak akan menghargai apa yang kita lakukan, percayalah itu bukannya salah kita. Sebaliknya kita tersalah pilih tempat untuk memberikan kebaikan kita. Sekiranya perlu, cuba kita ikut mana yang lebih penting. Betapa ramai orang di luar sana yang lebih memerlukan kasih sayang dari kita. Kenapa tidak kita menyayangi anak - anak yatim, ibu - ibu tunggal, dan orang - orang miskin?? Kenapa kita perlu limpahkan kasih sayang kita kepada orang yang tidak memerlukannya. Sebab itulah, dahulukan mana yang lebih penting dari yang penting.
Kisah ketiga
Pernah tak cuba untuk iktikaf dalam Masjid UIA?? Sebuah masjid yang sangat bagus untuk menyedari kesilapan, memperbetulkan segala apa yang tersalah, memperelokkan ibadah dan soal hati, dan banyak lagi. Masjid UIA sangat hidup 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Ramai yang akan terkesima dan terkedu apabila melalui kehidupan di UIA yang penuh dengan tarbiah dan suasana pembinaan akhlak yang terpuji.
Apa yang bagusnya ialah pada waktu yang amat genting, cubalah cari tempat - tempat ibadah yang baik lalu pencilkan diri buat seketika. Bersolat sunatlah, lalu sujud dalam keadaan kita benar - benar menyerah diri kita kepada Allah. Seakan -akan kita melepaskan kemarahan, kesedihan, kepahitan, permasalahan, konflik dan dilema kita untuk tatapan Allah.
Lagi rendahnya seseorang manusia itu, maka lebih dekat sebenarnya hubungannya dengan Allah. Yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain ialah sejauh mana mereka cuba untuk memelihara hubungan mereka dengan Allah.
Yang penting dalam hati kita, sematkan kasih sayang kita kepada Allah dan kasih sayang untuk diri kita sendiri. Salurkan masalah kita kepada yang selayaknya kita mohon DIA.
A Burdensome Week
Full with adversities, anguish, and grief came up one after another. I am totally exhausted with loads of assignments, cracking-mind test, and a lot of anti-parallelism events happened in my life in just a week. I should call this week as BURDENSOME week.
One of it is about my SAT registration that took me a several days to complete it. I was like confused and stuck all day just because I can't log in with a new ID. Ohh God, I feel like killing myself. But praise be to Allah, that He has sent all those wonderful friends and companions that helped me out of the sorrowful task. At last I managed to register with the Collegeboard with the happy ending mood.
Not to forget, I found that it is very important for us to keep on doing good deeds since they really help my resilience. All the problematic errors turn out to be rather easier for me when I helped more people. That's so true about one of my best friend trite saying, we should help and eased off others that in return, Allah will reduces the burden that we are engaging with.
I believe that helping others in any ways will manifested Allah's blessing insight into ourselves. We might think that by helping others, we are actually loosing something, but trust me that we don't even loose a single thing. As a matter of fact, we are gaining even more. For example, taking care of our beloved friend during his tenure of sickness. We might think that we would encounter insufficient time to study, loosing the privileges to enjoy our social life, or even worse not getting enough sleep.
That is sooo WRONG guys!!!
You might lost all that, but don't you guys want something that's even bigger and prior than all that???
The blessing of Allah and the forgiveness for all your sins... We are actually on a trading with Allah swt, without we realizing it. In order for us to do that, give out the best of us. The most glaring, eyes-catching actions, and the most splendid efforts that we can. Together with that, don't forget to be sincere, and this is for real.
See, how many of us have lost that priority just in the blink of an eye. Because we don't want to pursue doing it by putting as much excuses as we could just to avoid getting responsibility. Pity us, dear all.
Maybe this is the shortest entry I've ever had, but just want each of us to think about this investment. It's all related with Allah.. If we invested more in His account, the possibility for us to earn more are totally higher. Trust me my friends. And not to forget, investing your heart and soul for Allah will never vilify your values and make you suffer.It just started from us, from how we perceive things, and with whom we shall refer when there are problems arise.
Put Allah in your heart, urge yourself to oblige His order, and to restrain yourself from doing what he don't like, and everything would be secure. InsyaAllah. With that, Assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)

