Rasa macam agak lama tak hupdate blog ni sebab kekangan masa yang terlampau. Boleh kata macam tak berapa nak jumpa masa, walaupun semua orang diberi masa 24 jam, kata mama. Hahaha.
Alhamdulillah minggu yang membebankan kepala dan akal akhirnya telahpun berakhir dan sekarang masa untuk bertenang. Hmm bercakap tentang bertenang, teringat pulak seorang sahabat yang saya ingat kata - katanya berkaitan mengambil tempoh bertenang. Nor Ilyani Ab Rahim, sahabat sejak dari tingkatan 1 pernah berkata setiap kali kita nak buat sesuatu, kita perlu mengambil tempoh bertenang iaitu tempoh untuk kita mengenali dan memahami situasi yang berlaku.
Apa yang selalunya terjadi, kita suka main terjun lombong tanpa mengambil masa untuk berfikir sejenak dan menganalisa sesuatu hal. Kita paaling suka kalau buat kerja hujung waktu (baca: last minute) dan akhirnya hasil yang kita perolehi tidaklah semegah yang kita sangkakan.
Oleh itu, mengambil masa untuk berfikir sejenak dan meletakkan sesuatu pada konteksnya adalah sangat perlu kerana semua itu akan terbukti pada hasilnya nanti. Jika kita mudah sangat gopoh dan terburu - buru dalam membuat keputusan atau memilih apa yang kita mahu, jangan pelik kenapa di akhirnya kita akan menyesal. Kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna (wahhhhhh, peribahasa Melayu haha).
Dalam minggu yang serba sibuk dan menjengkelkan ini juga, saya sempat belajar makna diri dan kualiti yang ada dalam diri setiap individu. Kita sememangnya hebat dan bagus, dan Allah jadikan kita sebaik - baik yang ada di muka bumi ini. Jangan mudah sangat bergantung harap pada orang lain, walaupun orang itu kita sangkakan mampu untuk membantu kita. Sebagai contohnya, saya terlalu berharap pada seorang mamat ini untuk membantu saya dengan assignments English composition. Tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya dia memungkiri janjinya. Natijah yang saya terima adalah markah 0 untuk assignment tersebut. Jadi, berwaspadalah semua kita.
Kita selalu menyangka yang kita ini yang paling lemah dan kurang pandai dalam kalangan orang - orang yang kita kenali. Kita selalu mengompare kan diri kita dengan orang lain dengan harapan kita mampu untuk menyaingi individu tersebut. Tapi, I bet to differ dalam hal ini kerana sebaik - baik yang boleh kita buat adalah dengan membandingkan diri kita dengan diri kita sendiri.
Biarlah apa yang orang kata pada kita. Kita gemuk ke, kita lari tak laju ke, terhegeh - hegeh macam siput khinzir ke, kurang menyerlah ke, baju kita pakai tak cukup lawa ke, atau apa sahaja possibilities yang kita bakal terima. Just don't compare yourself dengan orang tetapi sebaliknya compare lah diri kita dengan diri kita sahaja. Kalau dahulunya kita lari lambat, maka kita improve. Kalau dahulunya kita berbadan comel, maka kita work out at our own pace. Jangan paksa diri kita untuk menjadi mereka, kerana mereka dan kita berbeza.
Ingatlah, "[S]etiap manusia itu dilahirkan sangat unik dan istimewa dalam segenap aspek" (Kak Siti Fatimah), maka berbanggalah menjadi diri sendiri, bukan diri orang lain untuk memuaskan hati mereka.
"If someone ever asked you to change for the sake of your anticipated love, remember, that is not love but a compromise"
Wallaualam. Semoga memberi manfaat untuk diri ini dan sesiapa yang membaca. InshaAllah.
xoxo,
firdausfazuan