Hari ini aku berfikir tentang sesuatu yang amat bermakna dalam hidupku; membantu orang lain, adakah kerana perasaanku untuk membantu atau untuk sekadar untuk mendapatkan sesuatu??? Sukar rupanya untuk meluruskan niat dalam membantu orang lain ini sebenarnya, takut niat suci itu dicampur dengan agenda - agenda tersembunyi. Sekadar pengetahuan yang dimiliki dan diperoleh dari sudut pandang seorang pelajar psikologi, membantu manusia lain adalah tuntutan dan sunah kehidupan.
Bilamana kita membantu, suatu kepuasan akan timbul tanpa kita sedari. Mungkin juga Allah datangkan kebaikan serta hikmahnya dalam suatu tempoh yang agak lama. Yang pasti, kebaikan itu pasti akan datang. dalam konteks ini, Allah telah berfirman dalam surah Al - Maidah ayat 2 yang mafhumnya mengatakan kepada kita bahawa hendaklah kita bersama - sama dalam membuat kebaikan dan janganlah kita bersekutu melakukan keburukan dan kemaksiatan. Dalam ayat ini, Allah meletakkan dua penanda aras.
Yang pertama, hendaklah bersama - sama, bantu - membantu, saling menolong dalam melakukan ketaatan dan kebaikan. Bilamana disebut begini, bererti segala kebaikan yang membawa kita semua kepada Allah hendaklah sentiasa diberi prioriti. Walau dalam apa keadaan sekalipun, tujuan murni kebaikan harus diutamakan. Sebagai contoh, mendengar azan dalam pertengahan diskusi atau halaqah. Ramai dalam kalangan kita mengambil pendekatan tidak mengendahkan terutamanya apabila diri yang Islam ini berada di pertengahan orang bukan Islam. Seharusnya, diminta izin secara baik untuk keluar daripada meeting itu seketika bagi menunaikan solat terlebih dahulu. Suatu kritikan untuk masyarakat kita sebenarnya.
Yang kedua pula, Allah berkata janganlah kamu tolong - menolong dan saling membantu dalam melakukan keburukan atau kemaksiatan. Ingat, segala bentuk keburukan harus kita ambil perhatian, tidak kiralah walau sebesar zarah pun keburukan itu, wajib kita berlepas tangan darinya, kerana apa, kerana Allah yang menyuruhnya. Contohnya, sahabat kita terlibat dalam kancah dunia khayalan cinta. Jangan dibiarkan dia begotu sahaja kerana takut dirundung rasa bertuhan hanya kepada cinta. Kita yang perku menyedarkannya, bukan menjadi pengikut setia dan merelakannya. In shaa Allah, andai kita menjaga agama Allah, pasti Allah juga akan menjaga kita.
Sekadar itu dahulu buat masa ini. In shaa Allah ada kelapangan bertambah lagi entri untuk sama - sama kita bertakwa dan saling membantu dalam melakukan ketaatan kepadaNya. Terima kasih.
Friday, 30 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
Buka Mata Hati untuk Gaza & ISLAM
Sekarang semua lapisan masyarakat sibuk memperkatakan perihal Gaza dan serangan zalim tentera Israel laknatullah ke atas kota suci Islam. Pujian dan tabik sepatutnya diberi kepada sesiapa sahaja yang ambil cakna hal ini. Saya sendiri pun kadangkala agak alpa dan lupa akan perihal saudara - saudara saya di Gaza. Betapa indahnya perjuangan mereka dalam mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam, meskipun jiwa dan raga menjadi galang gantinya. Alhamdulillah, ramai mujahid Islam di Gaza sedang melihat sejahteranya kehidupan mereka di syurga Allah azzawajalla.
Dalam memperkatakan hal ini, saya sekadar ingin berkongsi salah satu daripada kehebatan orang - orang di bumi bergolak tersebut. Kata salah seorang wanita yang kebanyakan anak - anak kecil SYAHID di medan Allah. Beliau berkata yang beliau bangga kerana mempunyai anak yang ramai dan kalau boleh beliau mahu untuk melahirkan anak dengan lebih ramai lagi. Bukan untuk sebarangan asbab, tetapi untuk berjuang di jalan jihad fisabilillah. Dari kecil anak - anaknya diasuh untuk berjihad, memburu redha Illahi. Biarpun kematian ibarat suatu permainan di Gaza, ibu tadi redha dan mengetahui anak - anaknya menanti di syurga atas kerelaan mereka berjuang berjihad di bumi Gaza, the Promise Land kononnya untuk Israel.
Subhanallah, kemuliaan bagi penduduk Gaza! Bukannya mereka tidak sedih atas pemergian anak mereka, tapi atas keyakinan dan iman yang teguh, mereka menyahut seruan Allah untuk keluar berjihad. Tujuannya hanya satu, iaitu mendaulatkan kembali kalimah Lailahaillallah di muka bumi ini. Gugurnya mereka di bumi peperangan ini tidak bermakna sia - sia sahabat sekalian. Kematian mereka ada nilainya yang tidak terhitung hebatnya. Mereka berjual beli dengan Allah dengan hasil dagangan yang terbaik, in shaa Allah. Harta, pangkat, tenaga, mahupun diri mereka sendiri rela dipalit kesakitan untuk Islam, agama yang tercinta.
Suatu soalan yang patut ditanya untuk kita, adakah kita rela melakukan hal yang sama dilakukan penduduk Gaza?? Bukan hanya di Gaza saudara, bahkan di mana - mana ceruk bumi yang menghadapi krisis keagamaan sepert ini, adakah kita RELA BERJUANG seperti mereka?? Kuatkah kita dalam mempertahankannya?? Masha Allah, bayangkanlah dengan perkara yang paling mudah sekalipun tak mampu kita lakukan, mungknkah kita mampu berjuang bermati - matian sepertimana penduduk Gaza?? Tepuk dada tanyalah iman.... Uhukhuk..
Saya bukanlah orang yang arif dalam hal - hal seperti Aqsa Sharif atau Ikhwan Muslimin, bahkan juga saya bukanlah orang yang tinggi ilmunya dalam bidang ini, tetapi izinkan saya menyuarakan pandangan. Topik yang paling popular dalam hal ini iaitu soal pemboikotan. Ramai sahabat - sahabat saya yang memandang enteng hal ini dengan mengatakan tak perlu memboikot Mc Donald atau Starbucks atau apa - apa sahaja produk yang menjadi penyumbang major Israel laknatullah. Mereka tidak merasakan ianya perlu kerana bagi mereka sumbangannya terlalu tipis dan tidak memberi kesan sekiranya hanya mereka yang membeli dan menggunakannya. Persoalannya, jika 100 orang berfikiran seperti anda, bagaimanakah nasib umat Islam di Gaza. Untuk lebih emosional, saudara mara kita di Gaza, adakah kita tega??
Ini rasional saya dalam membahaskan hal ini. Tak payah berkata - kata dengan pendapat mana - mana tokoh pemimpin sekalipun. Bayangkanlah, setiap pembelian penduduk dunia kepada produk pro Israel, sedikit daripadanya akan diberi kepada Jewish United Fund. Benda yang paling mudah, McDonalds Corporation yang selalu kita puji burger dan side dish nyer, cukup menyayat hati apabila mereka juga turut menyumbang kepada kejatuhan dan kejahanaman agama KITA!!Mereka dengan bangganya membeli peluru, senapanang, M16, roket, peluru berpandu, dan bom atom untuk meranap, meroboh, memporak peranda, menghancurkan, menerobos, menceroboh, menyakiti, menzalimi, menodai penduduk Gaza. Saya tak sanggup membayangkan adik - adik saya, ibu saya, ayah saya, anak - anak saya dibedil dan dibunuh rakus oleh si Irsael laknatullah tanpa rasa simpati atau sayu. Kerana kalian saudara seIslamku, tidak kuredha akan apa yang Israel itu lakukan, tidak sama sekali.
Ada juga perkara lain bermain di minda kebelakangan ini. Sepertinya kita ketahui yang banyak website atau laman sesawang dipelopori oleh bangsa "mereka', di mana semua data base kita program yang kita gunakan berada bersama mereka. Contohnya, Facebook, menjadi wadah sosial yang sangat besar tahap kepenggunaannya mempunyai ruangan profile di mana "mereka" boleh tahu tentang diri kita termasuk apa saja yang kita post atau komen. Persoalannya, mengapa mereka tidak mentiadakan entri tersebut yang mungkin saja mengutuk Israel atau menyebar ideologi Islamik?? Pernahkah anda semua berfikir?? Saya mungkin ada jawapannya. Kerana umat kita ini mengambil pendekatan TAK MAHU ambil tahu!! Apa saja yang melibatkan Islam dipandang remeh dan langsung tiada pelan tindakan berubah.
Sebab itu agaknya terjadinya hal seperti itu. Cuma satu sahaja yang juga menakutkan saya, dengan adanya segala data base kita dengan mereka pastinya mereka tahu apa yang kita buat, fikir, dan alami. Maka, mungkin dengan mudahnya mereka melakukan serangan kepada umat Islam memandangkan umat Islam kita hari ini lemah dan layu. Bak kata Almarhum Ahmat Deedat, "You Muslims are spineless. This is because you refuse to open your mouth and tell the world the truth. You are too terrified with it." Makan dalam apa yang dikatakannya itu saudara. Kita terlalu mudah menyerah sebelum kalah di medan perang, kita mundur sebelum sempat mara, kita gagal sebelum sempat mereka membedil, kita tewas kerana kita kurang kesedaran, kita layu kerana hilangnya aura perjuangan Nabi Muhammad saw, kita alpa kerana keimanan kita sendiri pun masih goyah tak berpaksikan kalimah toyyibah Lailahaillallah!! Kita mengakui kita beriman kan?? Maka kita telusuri terjemahan ayat suci Al - Quran ini:

Oleh itu, sudah tiba masanya kita kembali kepada keadaan asal kita semula. Kita harus sedar isu Palestin, Gaza atau mana - mana negara Islam bukanlah hanya kes biasa, tetapi adalah kes kita juga. Penderitaan mereka adalah penderitaan kita, kesakitan mereka adalah kesakitan kita juga, kejatuhan mereka adalah kejatuhan kita juga saudara. Maka, ayuh kita bermuhasabah semula. Adakah kita pernah mendoakan mereka sejahtera dan bahagia?? Pernahkah tangan ini memohon kepada Allah agar diberi kemenangan kepada umat Islam secara total dan kolektif, pernahkah kita menyampaaikan perkhabaran Gaza kepada sahabat - sahabat kita?? Fikir - fikirkanlah sahabat dan saudara saya sekalian. Maaf atas kekasaran bahasa atau ada yang tersinggung di hati. Saya hanya insan kerdil yang juga mahu turut serta dalam gerombolan para mujahidin Gaza. Kita semua mampu lakukannya, in shaa Allah. Wallahua'alam

"Kerena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat[316] berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan Maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar."
An Nisaa' : 74Perkara - perkara yang mampu kita mampu lakukan meskipun tidak mampu mengangkat senjata ke Gaza atau negara Islam yang bergolak. In shaa Allah bermanfaat:

Oleh itu, sudah tiba masanya kita kembali kepada keadaan asal kita semula. Kita harus sedar isu Palestin, Gaza atau mana - mana negara Islam bukanlah hanya kes biasa, tetapi adalah kes kita juga. Penderitaan mereka adalah penderitaan kita, kesakitan mereka adalah kesakitan kita juga, kejatuhan mereka adalah kejatuhan kita juga saudara. Maka, ayuh kita bermuhasabah semula. Adakah kita pernah mendoakan mereka sejahtera dan bahagia?? Pernahkah tangan ini memohon kepada Allah agar diberi kemenangan kepada umat Islam secara total dan kolektif, pernahkah kita menyampaaikan perkhabaran Gaza kepada sahabat - sahabat kita?? Fikir - fikirkanlah sahabat dan saudara saya sekalian. Maaf atas kekasaran bahasa atau ada yang tersinggung di hati. Saya hanya insan kerdil yang juga mahu turut serta dalam gerombolan para mujahidin Gaza. Kita semua mampu lakukannya, in shaa Allah. Wallahua'alam
Friday, 9 November 2012
Muhasabah Minggu Exam
Baru selesai 2 bentuk peperiksaan pertengahan semester untuk subjek Biology dan Social Psychology. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan limpahan kefahaman bagi kedua - duanya, dan segala kebaikan dan kehebatan itu berbalik semula kepada Allah, yang menentukan segalanya.
Sepanjang tempoh ini, banyak perkara yang telah aku alami dan banyak pengalaman yang telah kukutip. Aku sedari yang mentelaah ilmu itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan atau mendapat keputusan yang memberansangkan. Bukan sekadar itu rupanya. Melalui ilmu yang kita dapatkan itu matlamat besarnya bahkan lebih terkehadapan. Ada sahabat - sahabat yang kulihat resah tak keruan dek kerana tidak sempat untuk mengulangkaji, atau mungkin resah mendapat keputusan yang kuraang memuaskan.
Ya, mungkin itu yang perlu kita kejar. Mendapat keputusan yang cemerlang itu memungkinkan kita untuk diterima masuk ke institusi pengajian yang berprestij dan berkualiti. Tidak dapat diakui bahawa akademik itu perlu, keputusan cemerlang itu perlu. Tapi persoalannya, di manakah letaknya kualiti daripada pendidikan tersebut?? Yang matlamat besarnya untuk melahirkan modal insan yang elok pekertinya, mulia peribadinya, matang pemikirannya, anggun tutur katanya, beriman hati dan jiwanya.
Sekadar untuk mengajak kita berfikir sejenak, bukankah kita ini hamba yang datang daripadaNya dan kelak akan kembali kepadaNya?? Bukankah dahulu sebelum roh ditiup ke jasad dalam kandungan ibu, kita pernah berikrar yang Allah adalah Tuhan kita?? Bukankah kita berjanji untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya?? Kemanakah semua janji - janji itu??
Dalam konteks belajar, ramai yang berkata begini: "Ala, tak apa, dia tu memang pandai. Tak study pun dia boleh excellent,""Aku ni memang kurang sikit lah bab tu, susah sangat,""Entahlah, aku rasa lecturer aku tak pandai mengajar lah." Tak salah rasanya kadang - kadang bilamana kita rasa lemah dan futur (putus asa), sebab itu memang sudah fitrah manusia yang akan mudah untuk berasa lemah dan hilang semangat. Cuma, sekadar memberikan suatu bentuk suntikan baru, perkara ini tidak boleh dibiarkan berkumpul dalam hati dan sanubari kita. Perkataan susah, payah, lemah, bodoh, dan segala apa yang negatif perlu disingkirkan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Selain itu, apa kata kalau kita ukur kembali sejauh manakah kebergantungan kita kepada Allah azzawajalla. Adakah kita dah cukup menggunakan senjata kita (doa dan tawakal) dengan seoptimumnya?? Kalau belum, jadi apa yang ditunggu lagi, ayuh lekas kita bertindak. Kejayaan dan kehebatan yang dikurniakan oleh Allah, tidak menjadi penanda aras Dia sedang memuliakan kita, dan kegagaalan pula tidak pula menjadi indikator Rabb sedang merendahkan kita. Jadi, apalah salahnya kita back to basic bila berhadapan situasi seperti ini.
========================================================================
Bercerita serba sedikit tentang psikologi semulajadi manusia secara amnya. Teringat suatu masalah yang berlaku dalam lingkungan sahabat - sahabat tercinta. Begini ceritanya, memang tidak salah untuk kita merencana akan sesuatu supaya segalanya berjalan sepertimana yang kita kehendaki. Tidak menjadi suatu masalah pun. Cuma, apabila kita mula menghebahkannya, dan ada orang lain yang mendengar khabar berita, pasti mereka mahu mengetahui yang selanjutnya.
Psikologi semulajadi manusia sentiasa mahukan jawapan atau CURIOSITY. Setiap perkara yang menjadi minat kepada seseorang pasti akan meningkatkan keinginan untuk tahu. Lalu, apa yang menjadi masalahnya???
Masalahnya adalah apabila kita menyembunyikan sesuatu perkara yang telah diketahui umum. Sungguhpun kita berpendapat bahawa semua itu adalah privacy dan sebagainya, maka jangan dimulakannya dari peringkat awal. Semuanya harus dirancang tanpa ada pihak yang tahu kerana apabila ada yang tahu, yang tidak tahu akan mula tercari - cari. Maka berterus teranglah dan jangan disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa pun, maksudnya yang terlibat sahajalah. Mungkin kedengaran pelik, tapi percayalah, dengan menyembunyikannya boleh membawa impak yang lebih buruk iatu berburuk sangka.
Sekian entri untuk kali ini.. Bosan sebenarnya entri ini kerana tiada roh di dalamnya.. Wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)