Friday, 12 April 2013

Di Mana Dia di Hatiku???

Ada kalanya kita bertanya pada diri kita, kenapa kawan - kawan tidak ambil peduli tentang aku?? Kenapa semua orang pandang aku macam aku ini tidak wujud?? Kenapa hanya aku yang perlu memberi tanpa aku menerima apa - apa dari sesiapa??

Mungkin kali ini suatu refleksi untuk diriku sendiri yang ada kalanya sering kali mempersoalkan kepada Allah itu dan ini, tapi cukup jarang mengingatiNya. Allah hanya didekati apabila perlu dan terdesak. Apabila senang dan bahagia, Allah ditinggalkan tanpa sebarang rasa bersalah. Subhanallah, anjakan paradigma harus dilakukan segera!!

Bayangkan dalam hari - hari kita ini, Allah terlupa untuk memberi kita rezeki untuk makan dan minum. Atau Allah terlupa mengembalikan roh kita kepada jasadnya. Atau Allah tidak izinkan kaki kita untuk bergerak bangkit dari pembaringan. Mampukah kita untuk selesa??

Perubahan.. Suatu perkara yang sangat sukar untuk diterima dan diadaptasikan dalam kehidupan. Alhamdulillah kebelakangan ini dapat kita saksikan betapa ramainya manusia berbondong - bondong untuk kembali kepada jalan Allah. Ramai dalam kelangan masyarakat kita. Pak cik, mak cik, jiran - jiran sebelah rumah, cik Peah, cik Gayah, semuanya mula untuk mendalami Addeen yang mereka anuti ini. Bagaimana pula kita ya??? Uhuk2..

Seorang ahli falsafah mengatakan "The only constant thing in our life is CHANGES." Apa - apa keadaan atau tempat kita pergi kita berhadapan dengan perubahan.

Tetapi.. Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri, adakah perubahan yang aku tuju ini adalah suatu perubahan yang diredhai oleh Allah. Pernahkah kita renungi bagaimanakah nanti nasib kita di hari pembalasan.

Kita mungkin dengan angkuhnya berkata kita masih muda, masa untuk bergembira dan ber'jimba' masih panjang, dengan penuh yakinnya mengatakan kita takkan mati terlalu cepat. Tahukah dan sedarkah kita betapa ramainya orang di luar yang meninggal dunia itu terdiri daripada golongan muda belia seperti saya, anda, dan kita?? Caknakah kita??

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Surah Al Anbiya' ayat 35 di atas menjelaskan kepada kita bahawa kematian itu adalah suatu kepastian. Walaubagimana kita cuba untuk mengelak untuk lari dengannya, tetap juga ia akan datang kepada kita.

Sekiranya telah sampai kepada kita ajalnya, tidak akan ditangguh atau diawalkan walaupun sesaat. Allah sangat tepat dan hebat perhitunganNya. Bayangkan, dalam sehari - hari hidup kita penuh dengan dosa dan maksiat. Pada masa kita sedang syok berbuat maksiat itu, tiba - tiba Allah menarik ajal kita melalui perantaraan malaikat Izrail. Sanggupkah?? Ada berani??? Nau'zubillah.

Persoalan seterusnya yang perlu kita tanyakan pada diri kita sekarang, apakah sumbangan kita kepada Islam?? Apa yang telah kita korbankan demi melihat Islam naik ke puncak yang adil untuknya?? Berapa banyakkah kita berinfak, berapa banyakkah insan yang kita jemput untuk mengenal Allah, berapa kalikah dalam hidup kita membaca dan mentadabur Al - quran?? Yang kita selalu buat ialah bertanya dan mempersoalkan apa yang Allah beri kepada kita, tanpa bertanya apa yang kita beri kepada Allah.

Dalam hati kita ini.. Ya, hati anda dan saya.. Sekiranya diisi penuh dengan roh Allah, segala yang kita nampak hanyalah kebesaran Allah. Tidak ada kuasa lain atau kepatuhan lain melainkan kekuasaan Allah dalam hati kita.

Sekiranya Allah "hidup" dalam hati kita, tidak kiralah apa juga masalah yang datang, tidak kisahlah pedih mana pun kesakitan, tidak pedulilah kasar mana pun pengasingan, kita tetap kuat dan utuh. Tahukah kita, Nabi Muhammad saw pernah bertanya pada sahabat - sahabat baginda siapakah golongan hamba Allah yang mereka ini bukan Nabi atau Syuhada', tetapi mereka ini adalah golongan yang sangat dicemburui oleh para Nabi dan Syuhada'.  Jawab baginda, golongan ini adalah mereka yang berkasih sayang atas roh Allah. Bermakna kita saling menyayangi dan mengasihi sesama kita dengan meletakkan Allah sebagai yang utama. Baginda juga menambah, golongan ini tidak akan sedih ketika yang lain sedih, dan tidak akan kecewa ketika orang lain kecewa, kerana jiwa mereka kaya dengan mahabbah fillah.

Mungkin ada juga yang berkata bahawa mereka memang mahu berubah, tapi banyak sangat ujian dan kesusahan yang mereka harus tempuhi. Liku - liku kepayahannya terlalu sukar untuk ditempuhi. Oleh kerana itu, saya ingin memberi suatu janji Allah untuk renungan kita semua. Dalam Surah Ankabut ayat 69, Allah berfirman:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Jadi, apa yang perlu kita fahami dan bumikan ialah jalan untuk menuju Allah amatlah sukar dan payah. Kerana apa?? Kerana SYURGA itu mahal dan tinggi harganya. Sekiranya syurga itu murah dan picisan, masakan Nabi Muhammad berkata kepada bapa saudaranya, Abu Talib. "Wahai bapa saudaraku, sekiranya golongan Quraisy meletakkan matahari di tangan kananku, bulan di tangan kiriku, tetap saja aku tidak akan pernah meninggalkan ajaran Allah untuk kita ini."

Konklusinya, apa lagi alasan kita untuk berubah menuju Allah?? Apa lagi yang ingin katakan untuk mengelak dari menujuNya?? Janganlah seperti itu sahabat - sahabatku. Allah itu hebat dan tiada satu pun yang lebih hebat daripadaNya. Allah itu agung maka tiada yang lebih agung melainkan Dia. Biarlah kita dibenci oleh manusia kerana ingin berubah menuju Illahi, kerana Allah kan senantiasa ada untuk menemani kita.. Wallahua'lam.













No comments:

Post a Comment