Wednesday, 12 March 2014

Macam Mana Nak Berjaya Ekk???

Assalamualaikum

Bukannya ada apa yang nak dikongsikan sangat pun memandangkan sekarang adalah musim semua orang sibuk mengambil exams dan midterms. Alhamdulillah, saya baru selesai mengambil 3 exams minggu lepas dan satu hari ini. Semuanya nampak macam berjalan dengan lancar dan saya berharap mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelum - sebelumnya. 

Bercakap pasal exam dan test ni, terfikir pula something yang sangat significant untuk kita semua fikirkan. Jujurnya, saya bukanlah orang yang suka pada exams dan tests sebab kebanyakannya akan membuatkan kita berasa tension dan stress. Walau bagaimanapun, itulah realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ada orang pernah bertanya kepada saya, macam mana saya mampu mengekalkan momentum untuk belajar dan kekal cemerlang dalam kebanyakan exams.

Saya sangat - sangat terkejut kerana saya merasakan semua orang ada excitement phase dan refractory phase masing - masing di mana ada kalanya kita berasa super rajin dan ada kalanya kita berasa macam sangat malas. Itu lumrah kehidupan manusia, ada pasang surutnya.

Sungguhpun begitu, kalau dah setiap masa malas dan tak nak buat kerja, hmmm something needs to be done sebab itu tanda kita sedang menempah jalan kegagalan. So apa yang patut kita buat bila dalam situasi seperti itu?? Baiklah, pada saya, pentingnya kita faham apa yang dimaksudkan dengan prioriti. Setiap daripada kita perlu faham apa yang kita mahukan dalam hidup kita ni. Ada yang nak jadi kaya, ada yang nak jadi suri teladan, ada yang nak bantu orang, dan tak kurang ada yang nak memperbaiki diri mereka on a day to day basis.

So setiap daripada kita ada misi kita masing - masing which is a very strong move. Seriously, kalau anda ada semua itu, bermakna kejayaan sedang menanti anda. But hold on a second.. Takkan bermimpin dan berimpian jer kot. Mestilah kalau nak berjaya kena ada usaha dan kesusahannya. Tak ada benda dalam dunia ni yang mudah untuk kita dapat dalam sekelip mata. Kalau masih ingat, Maryam pun diperintahkan untuk menggoncangkan pokok tamar untuk mendapatkan buahnya sewaktu beliau melahirkan anaknya.

Apa yang Allah nak ajar kita dari kisah Maryam?? Usahalah walau dengan apa cara sekalipun kerana kejayaan atau kemenangan takkan datang bergolek kepada kita. Ya mungkin betul ada kejayaan yang tak disangkakan akan datang, tapi bukan setiap masa kita akan dapat by accident. Usaha dan itulah kuncinya.

Tentang usaha, saya tinggalkan anda dengan strateginya kerana setiap manusia ada cara berfikir yang berbeza - beza dan pelbagai, jadi gunakanlah dengan sebaiknya. Jangan berputus asa kerana di sebalik setiap kesakitan itu pasti akan ada kejayaan dan kejayaan itu sangat manis. Semoga kita semua berupaya dan bersemangat untuk melakukan anjakan pada diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dunia dan akhirat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment