Friday, 18 April 2014

Continuing to Survive in the US

Rasanya macam dah lama sangat tak mengupdate entri blog ni dek kerana kesibukan kerja dan bebanan tugas sebagai seorang mahasiswa. Benarlah apa yang selalu saya dengar berkenaan kehidupan sebagai seorang pelajar di luar negara dan bagaimana mereka harus melalui kehidupan yang sangat mencabar.

Alhamdulillah, tak lama lagi bermakna saya sudah berada di bumi penuh keterasingan ini selama 9 bulan dan jujur saya katakan yang saya sangat merindui Malaysia dan seisinya. Keluarga, kawan - kawan, dan insan tersayang sentiasa berlegar dalam ingatan saya siang dan malam. Rasanya kehidupan saya seakannya tidak lengkap tanpa menatap wajah mereka dalam tempoh yang sangat lama. Walau bagaimanapun kehidupan harus diteruskan dan impian harus sentiasa diperjuangkan untuk menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk diri, keluarga, dan masyarakat.

Dalam tempoh ini juga saya banyak kali berperang dengan diri sendiri berkaitan perihal double major dalam Psikologi dan Criminal Justice, perihal membahagikan masa untuk belajar dan bermain, masalah yang terlebih prevalent sampai kena dropped satu kelas, krisis diri, dan  macam - macam hal lain yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata - kata. Alhamdulillah, markah untuk Criminal Justice exam saya sangat memberangsangkan nevertheless.  Lebih banyak kita diuji sebenarnya mendatangan kebaikan kepada kita kerana kita menjadi semakin kuat dan resistant untuk mengharungi kehidupan mendatang.

Antara perkara yang saya rasakan sangat mencabar adalah untuk memahami sesuatu yang kita tidak biasa. Contohnya, apabila saya berkawan dan bergaul dengan orang - orang di sini yang kebanyakannya orang Amerika, ada kalanya saya merasakan yang diri ini seakan outcast kerana kesukaran untuk memahami konteks lawak dan cerita mereka.

Tapi walau bagaimanapun jangan kita jadikan itu sebagai satu alasan kenapa kita harus menjauhi mereka dan tidak cuba untuk mendekati mereka. Ada satu stigma yang harus kita buang dari ingatan kita masing - masing iaitu kita sebenarnya sangat layak untuk diterima dan dilayan dalam sesuatu komuniti, cuma semua itu bergantung kepada sejauh mana kita sanggup untuk berubah dan mengambil cabaran. Alhamdulillah two of my best friends adalah dari kalangan orang - orang putih yang tidak pernah terlintas utuk menjadi sangat rapat dengan mereka. Sometimes you just don't realized that people whom you are trying to avoid would be the person that you loved the most.

Persoalannya bagaimana nak dapatkan kawan dengan mudah dalam environment yang sangat sukar ni? Jawapan saya agak simplistic iaitu dengan banyak join organizations, events, job opportunities, dan training programs. Setakat yang saya tahu, agak sukar untuk membuat kawan dalam konteks kelas sebab orang - orang di sini meletakkan kelas sebagai masa untuk belajar sahaja dan sangat sukar untuk membuat kawan melalui kelas. Kalau ada pun, boleh kira dengan jari jelah. At least for me, memang susah hahahahaha.

Something that intriguing untuk saya kongsikan adalah semenjak duduk di sini, saya belajar untuk bercakap dengan verbosenya atau what we can say as berusaha untuk memanjangkan komunikasi untuk memastikan mereka terus menerus berminat untuk bercakap dengan kita. Just try to make that communications sounded interesting and appealing. Try to do this couples of times before mereka betul - betul nak hang out dengan kita lagi selepas itu hahahaha.

Hmm, satu lagi perkara yang nak saya kongsikan berkenaan persoalan grade kat sini dan macam mana nak survive. Ada beberapa sahabat yang bertanya macam mana nak maintain result yang bagus and honestly saya tak tahu sebab saya sendiri pun ada masalah kadang - kadang. Cuma saya boleh katakan jangan pernah berhenti berusaha dan buat sehabis baik kerana kita tak pernah menyangka kebaikan dan keindahan sesuatu itu sehingga kita lihat hasilnya di akhir perjuangan kita itu. Percayalah, takkan pernah ada benda yang berlaku dalam hidup kita ini yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita dalam tempoh jangka masa panjang.

In a nut shell saya memang dah tak sabar nak balik bulan Mei ini ke Malaysia kerana cinta dan buah hati - buah hati saya semuanya berada di sana. Nantikan kepulangan saya yer wahai insan - insan yang teramat kusayang. Buat masa ini, ayuh kita bangkitkan semangat untuk terus berjuang untuk menjawab exams tak lama lagi. All the best to everyone dan ambillah apa yang baik daripada penulisan blog ini ya kawan - kawan. Wallahualam.

Salam sayang,
Firdaus Fazuan




No comments:

Post a Comment