Ada sesuatu yang saya belajar sepanjang saya bekerja di kedai buku (bukan macam mana nak avoid passed out ya). Saya belajar untuk meneriman perbezaan dan meraikan persamaan. Dalam kehidupan seharian memang akan wujudnya perbezaan antara kita dengan manusia lain yang menjadikan kita dan mereka berbeza.
Namun ada suatu hal yang orang tidak mengerti. Bukankah kita juga punya persamaan?? Antara saya dan anda, mungkin saja kita berkongsi persamaan untuk membaca, atau mugkin sukakan kepelbagaian, atau mungkin juga sama - sama bekerja dalam suatu suaran yang sama, atau mungkin kita saling suka bersembang lol.
Alhamdulillah bekerja dengan orang yang terlalu asing pada mulanya memang sukar, namun di akhirnya terasa amatlah manis. Semalam sewaktu saya ditugaskan untuk melayan customers dan menyusun buku di rak, saya mengambil kesempatan untuk bersembang dan beramah mesra dengan my fellow coworkers. Conversations yang pada mulanya endah tak endah ahirnya menjadi something yang sangat significant, at least for myself. Kami mula bersembang tentang perbezaan agama dan diversity in cultures.
Saya sendiri kagum dengan penerimaan sebahagian besar daripada coworkers for the fact that I'm a Muslim. Sedangkan kami sangat berbeza in terms of belief systems and ways of life. Ada 4 orang yang aktif bersembang selain focus bekerja yang terdiri daripada agama Islam, Jew, and Christianity.
Sebenarnya, perbezaan itu hanya dalam bayangan minda kita sahaja. Kalau kita yakinkan diri kita bahawa sebenarnya banyak persamaan antara kita dan mereka, saya yakin masalah yang banyak berlaku pada hari ini, dapat kita bendung. Mungkin kedengaran simplistic sangat tapi pragmatic bukan? Saya mungkin tidak ada kuasa atau suara untuk mengubah dunia, tetapi setidak - tidaknya saya berusaha untuk meyakinkan anda yang membaca blogpost ini bahawa kita boleh bahagia tanpa sengketa.
Ingatlah, semuanya bermula dari diri masing - masing untuk melakukan anjakan paradigma. Saya tinggalkan blogpost ini dengan suatu pertanyaan yang simple sahaja, "Kalau semua orang membuat anjakan untuk berubah, kenapa tidak kita?" Jadi bermulalah untuk mengubah diri kita bersama dan saya yakin anda mampu mengubah sesiapa sahaja untuk membuat hal yang sama.
xoxo
firdausfazuan
No comments:
Post a Comment