Thursday, 9 January 2014

Hari Pertamaku menjadi Pekerja

Let's just keep it simple and short.

Ambil apa yang baik dan mudah - mudah bermanfaat. Ceritanya hari ini sepatutnya saya memulakan kerja pertama di IU Bookstore sebagai bookseller. Bangun awal pagi dengan semangat yang sangat berkobar - kobar dan jiwa yang penuh dengan rasa ingin tahu, bergegas untuk menunaikan solat Subuh dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan sangat lancar di mana saya dibawa berkenalan dengan kawasan sekitar dan skop tugasan yang harus disempurnakan sepanjang hari ini. Saya bersyukur kerana tidak ada sebarang unsur diskriminasi atau pilih kasih daripada pihak atasan atau rakan - rakan sejawatan. Maka bermulalah tugas untuk memungut buku dan meletakkannya ke dalam cart yang tersedia untuk dihantar kepada tuan punya badan.

Ini merupakan kali pertama saya bekerja dan melakukan sesuatu yang di luar skop belajar sepanjang 19 tahun saya hidup. Mungkin ini sebahagian daripada resolusi tahun baru 2014 untuk diri saya iaitu untuk mempunyai duit poket sendiri dan mencari pengalaman melalui penglibatan dalam kerjaya separa profesional. Segalanya menyeronokkan dan stimulating, sehinggalah..........


***** Cerita indah di sebalik tugasan *****


Sedang asyik menyusun dan memungut buku, tiba - tiba badan saya terasa sangat panas dan mulai berpeluh dalam kuantiti yang agak menggeli - gelemankan. Daripada berpeluh kepada badan saya yang mulai terasa kurang sihat dan kepala terasa sakit berdenyut - denyut pedih. Cuba saya tahan dengan fokus dan konsentrasi terhadap tugasan yang telah diberikan, sayangnya sakit itu tidak berkurang bahkan makin bertambah sakit.

Kurang lebih, 10 minit lalu saya pitam dan badan menjadi teramat lemah sehinggakan saya rebah. Coworker saya yang boleh tahan baiknya terus menjerit meminta tolong dengan berkata, "Owhh no, Muhammad passed out, someone help him." Well, I'm not fainted so bolehlah dengar apa yang mereka katakan. Ramai yang datang menyerbu dan ada yang sudi mengoffer CPR kalau saya tidak bernafas which is my supervisor. Eww gatallah Fazuan ni lol.

To make long story short, saya dikejarkan ke hospital dengan kadar segera menaiki ambulans yang dah lama saya idam - idamkan (waahh impian jadi kenyataan ni ha). Sepanjang perjalanan dari tempat kerja untuk menaiki ambulans, saya pejamkan mata rapat - rapat sebab tak tahan malu sangat.



Di atas ambulans, jururawat lelaki itu mengambil darah saya untuk glucose level dan memasukan jarum ke dalam blood vein saya untuk tujuan memasukkan ubat - ubatan dan air. Katanya mungkin saya dehydrated dalam kadar yang sangat cepat. Lebih kurang 15 minit, kami tiba di Emergency room (ER) dan terus saya dikejarkan ke dalam bilik untuk tindakan selanjutnya. Sunnguh saya tidak menyangka prosesnya sangat efisien dan menyeronokkan. Alhamdulillah.


***** Iktibar *****


Kalau anda menetap atau belajar di US, pastikan anda mempunyai akses kepada insurans yang boleh dipercayai. Jika tidak, segala prosedur menjadi sukar dan amatlah mahal sekali. Mungkin anda menjangka yang anda akan kekal sihat, tapi lihatlah saya, walaupun muda dan masih bertenaga masih saja sakit. Jadi gunakan kesempatan ini untuk mengambil insurans yang mampu menjamin kesihatan dan kesejahteraan kehidupan anda.

Keduanya, waktu anda sakitlah anda akan melihat siapakah kawan anda yang sebenar. Saya berasa sangat bersyukur kerana Allah kurniakan saya kawan - kawan yang baik dan supportive. Tidak lama selepas saya dimasukkan ke ER, ada beberapa orang kawan yang datang melawat dan membawa makanan. Hilanglah sedikit lelah di hati diganti dengan tenang dan gembira melihat telatah mereka yang sangat menghiburkan. Balik ke rumah, kawan - kawan sambut dan sudi tolong masakkan something untuk dimakan. Senang kata semua yang tahu berkenaan saya admitted ke ER sangatlah prihatin dan membantu. Saya sayangkan mereka semua dan saya berdoa semoga Allah mengganjari kebaikan yang telah kalian lakukan berlipat kali ganda.


***** Ending *****


Kebiasaannya orang akan tweet atau update status FB menceritakan betapa seronoknya hari pertama mereka bekerja, tapi inilah kisah indah hari pertama saya. Penuh warna warni dan keindahan dunia. Sesungguhnya kesakitan itu tanda cintanya Allah kepada kita dan begitulah cara Allah mengangkat martabat kita di mata makhluknya. Semoga bermanfaat dan berguna untuk semua.

xoxo
firdausfazuan

No comments:

Post a Comment