"Muaz, kau sayang aku tak??" sapa aku..
"Eww, sayang?? Kau ingat aku ini apa ha, Hadi?? Aku tak suka lelaki ok..." dijawabnya dengan riak wajah penuh rasa hairan.
Reaksi yang kerapkali kita dengar dalam sebuah persahabatan. Ada yang terlalu mengagungkan persahabatan dan cuba untuk memuliakannya, tak kurang juga ada yang menganggapnya mainan atau perkara yang tidak perlu dipandang serius. Kadangkala kita merasakan sebuah persahabatan itu sebagai satu sandaran yang sangat ampuh untuk kita harapkan, dan ada kalanya kita rasa sakit dan kecewa dengan persahabatan yang tidak telus.. Dalam Islam, penganutnya dituntut untuk sangat menyayangi ikhwannya yang dianggap sebagai saudara sesama Muslim. Bahkan baginda Nabi Muhammad saw pernah bersabda, mafhumnya,
"Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia menyayangi sahabatnya lebih daripada dia menyayangi dirinya sendiri."
Cuba kita refleksi diri kita sekarang.. Di manakah letaknya nilai sebuah persahabatan untuk kita?? Adakah sekadar sebuah pertemuan, atau untuk mendapatkan kepentingan semata-mata, atau untuk berseronok sesuka hati sahaja?? Kalau betul lah nilai persahabatn kita itu telus dan tinggi, maka apalah salahnya utnuk kita menyayangi persahabatan kita dengan orang-orang di sekeliling kita. Daripada bibit-bibit persahabtan itulah akan muncullah sebuah konsep yang saya yakin kita pernah mendenagrnya iaitu ukhwah fillah. yakni persahabatan kerana Allah. Kita buat sesuatu kerana Allah, memberinya hadiah kerana Allah, menyayanginya kerana Allah. Kerana kita tahu bahawasanya segala kebaikan kita itu untuk mendapatkan kebaikan dan kerahmatan daripada Allah azzawajalla, dan bukannya untuk dipandang manusia.
Ingin sekali saya berkongsi sebuah cerita tentang persahabatan yang teramatlah agung. Demi persahabatan, nyawa dan kepentingan diri sanggup dikesisikan. Dalam sebuah peperangan, kedapatan seorang tentera jihad fisabililllah telah tercedera dan kesukarannya untuk bergerak membuatkan dia meminta tolong untuk mendapatkan air. Lalu, datanglah seorang yang lain menghulurkan segelas air kepadanya. Baru sahaja hendak diminumnya, tiba-tiba deria pendengaran menangkap suara seseorang yang menjerit untuk mendapatkan air. Dia menyuruh pemberi air itu untuk mencari siapakah empunya suara itu dan memberikan airnya kepada orang itu. Apabila orang yang empunya suara juga ingin meneguk air itu, lalu dia mendengar ada suara lain yang meminta, maka dia menyuruh pemberi air itu mencari empunya suara dan memberinya minum.
Belum pun sempat si pemberi air itu ingin memberinya minum, maka empunya suara tadi telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Si pemberi air itupun kembali kepada tentera yang sebelumnya untuk memberinya air dan dilihatnya pemuda itu juga telah meninggal dunia. Dicarinya pemuda yang permulaan, juga telah meninggal dunia. Semata-mata demi memberi kepuasan kepada yang lain, kepentingan mereka sanggup mereka abaikan. Walaupun tersangatlah haus pada waktu itu, tapi demi sebuah persahabatan, mereka telah pun membuktikan manifestasi kepada sebuah persahabatan agung. Maka oleh itu, apalah kiranya kita mencontohi mereka?? Apalah salahnya kita memberi laluan kepada sahabat kita dan membantunya tatkala dia amat memerluakn..
Natijah daripada cerita itu haruslah dicerna dalam minda kita dan kita seyogianya menyayangi persahabataan kita kerana dengan persahabatan yang luhur inilah, dapat melindungi kita pada hari pembalasan nanti. Janji Allah kepada 7 golongan yang mendapat naungan arashNya antaranya ialah dua orang yaang bertemu dan berpisah kerana Allah swt. Ikhlas dan jujur dalam membina sebauh persahabatan. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment