Salam alaik....
Manusia dilahirkan ke dunia sebagai tempat persinggahan sebelum mereka melangkah ke alam di mana segalanya akan menjadi nyata, dan dunia hanyalah tempat untuk mengumpul bekalan sebelum diri dibawa ke sana.. Dalam kesibukan harian mencari makna sebuah kehidupan, ada kalanya manusia diuji dengan kesakitan dan keperitan hidup.. Ada yang mampu bertahan dan tidak kurang ada yang kecundang.. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Mulk ayat ke 2 :
"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun."
Ayat ini bertepatan dengan proses kejadian manusia yang semestinya tidak mampu lari daripada ujian Allah.. Cuma yang membezakan seseorang dengan orang yang lain adalah sejauh manakah kesabaran mereka dalam menempuhi ujian tersebut. Contohnya manusia yang diuji dengan kesakitan yang amat perit.. Nabi Ayyub as telah pun diuji Allah sehinggakan terpaksa menanggung azab yang amat pedih, ditinggalkan keluarga dan isteri kerana mereka merasa jijik dengan kudis yang meliputi tubuh baginda Nabi.. Tapi apakah reaksi Nabi Ayyub as??? Adakah Baginda meratap dan merungut??? Sama sekali tidak.. Baginda bahkan sabar dan redha di atas ujian yang diberikan kepadanya.. Lalu lihatlah bagaimana Allah swt membalas kesabaran Baginda..
Kekayaan, kehebatan dan kesembuhan telah pun Allah kurniakan sebagai ganjaran di atas keampuhan dan kekuatan imannya Baginda Nabi Ayyub as.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?? -ArRahman-.... Walau sebanyak mana pun kita diuji, diasak dan disakiti, tetapi ingatlah bahawasanya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.. Sekali diuji, mengapa kita perlu merasakan sepertinya segala-galanya telah berakhir?? Padahal nikmat Allah itu terbentang luas di depan mata, hanya kita yang terlalu silau dengan kilauannya sehingga tidak mampu menerbahnya.. Jadi, janganlah kita selalu merungut dan menangisi sesuatu kesulitan dengan mengetepikan rahmat Allah yang terbentang luas.. Sedarlah wahai umat Muhammad saw sekalian....
"Nikmat yang diperoleh dalam kehidupan umpama oksigen yang kita sedut setiap hari. Kehadirannya dan kepentingannya tidak kita sedari sehinggalah kita sukar untuk bernafas."... Prof Madya Hj Izzudin Hj Ali.
No comments:
Post a Comment