Boring.. Tertekan.. Stres.. Sakit kepala. Itulah antara kesalahfahaman yang sering dikaitkan Philosophy atau Falsafah dalaam bahasa Melayu. Pada mulanya saya merasakan yang kelas itu juga menjadikan saya manusia yang seperti itu juga, tapi apabila pertama kali masuk ke dalam kelas Philosophy, saya dapati kesemuanya berubah. Jangkaan saya mula meleset.
Entri kali ini, saya hanya ingin memperbetulkan pandangan beberapa pihak yang kurang mengerti makna di sebalik Philosophy.
Ada seseorang di dalam bertanya kepada pensyarah bagaimanakah caranya untuk berjaya di dalam kelasnya. Pensyarah tersenyum sambil melukis satu tanda soal di papan putih. Beliau mengatakan itu adalah keadaan pelajar - pelajar apabila mula masuk ke dalam kelasnya.
Sejurus itu, beliau melukis beberapa tanda soal di sekelililng tanda soal yang pertama. Itulah keadaan pelajar apabila keluar untuk sesi kelas atau dikenali sebagai lecture session. Penuh dengan tanda soal berada dalam minda mereka itu. Apakah maknanya itu??
Lebih banyak yang kita belajar, lebih banyak yang kita tak faham, lebih banyak yang kita perlu pelajari. Kata - kata ini mengingatkan saya tentang pendapat Imam As - Syaffie bahawa manusia tidak akan pernah mampu menguasai segala ilmu yaang ada dalam dunia ini. Muhasabah untuk diri kita........
Dalam kelas Philosophy, tidak pernah ada salah atau benar. Tidak pernah ada yang kalah atau menang. Semuanya berada dalam diri kita. Philosophy bukanlah suatu matlamat hidup atau destinasi yang ingin dituju, sebaliknya adalah suatu perjalanan yang panjang.
Segalanya boleh diumpamakan kita berada dalam sebuah gunung penuh kesamaran dan kegelapan. Kita semuanya sedang berusaha untuk mencari cahaya. Dalam keadaan penuh kepayahan itu kita berusaha, namun bukan semuanya menemui kejayaan. Dirantai dan digelangi oleh rantaian yang amat menyeksakan itu, kita memerlukan seseorang untuk menemani kita, menjadi penunjuk arah dan perangsang. Sebab itulah untuk permulaan bagi Falsafah adalah dengan berguru.
Ada kalanya apa yang disuarakan oleh golongan falsafah mendapat tentangan dan bantahan daripada masyarakat. Kerana mereka berfikir dari sudut pandang yang berbeza.
Oleh itu, tidak hairanlah kenapa Plato pernaah berkata bahawa negara bangsa yang hebat sepatutnya ditadbir oleh golongan Falsafah, memandangkan kemampuan mereka untuk menghasilkan keanggunan pemikiran (the power of wisdom).
Ahli sains dan matematik bercerita tentang penggunaan metodologi dan formula, manakala golongan falsafah pula berkisah tentang asas kepada sesuatu perkara yang terjadi. Orang yang hebat adalah orang yang mampu berfikir kritikal, berterusan dan penuh berhati - hati. Sentiasa berfikir dan mencabar diri untuk pergi ke arah yang lebih baik.
Namun dalam pada itu, tidak dapat saya nafikan bahawa Philosophy juga bersifat 'nation - based'. Mereka lebih banyak menggunakan teori dan ideologi Barat.
Pandangan Barat kononnya dikatakan paling ideal dan tepat, manakala pandangan Timur dikatakan agresif dan konservatif. Bagi pendapat saya pula, lebih baik berada dalam golongan pertengahan, supaya kita masih boleh menerima pandangan orang lain dan tidak bersifat self - absorbed.... Rasanya cukuplah dulu untuk kali ini Sekian.
No comments:
Post a Comment