Dalam memperkatakan hal ini, saya sekadar ingin berkongsi salah satu daripada kehebatan orang - orang di bumi bergolak tersebut. Kata salah seorang wanita yang kebanyakan anak - anak kecil SYAHID di medan Allah. Beliau berkata yang beliau bangga kerana mempunyai anak yang ramai dan kalau boleh beliau mahu untuk melahirkan anak dengan lebih ramai lagi. Bukan untuk sebarangan asbab, tetapi untuk berjuang di jalan jihad fisabilillah. Dari kecil anak - anaknya diasuh untuk berjihad, memburu redha Illahi. Biarpun kematian ibarat suatu permainan di Gaza, ibu tadi redha dan mengetahui anak - anaknya menanti di syurga atas kerelaan mereka berjuang berjihad di bumi Gaza, the Promise Land kononnya untuk Israel.
Subhanallah, kemuliaan bagi penduduk Gaza! Bukannya mereka tidak sedih atas pemergian anak mereka, tapi atas keyakinan dan iman yang teguh, mereka menyahut seruan Allah untuk keluar berjihad. Tujuannya hanya satu, iaitu mendaulatkan kembali kalimah Lailahaillallah di muka bumi ini. Gugurnya mereka di bumi peperangan ini tidak bermakna sia - sia sahabat sekalian. Kematian mereka ada nilainya yang tidak terhitung hebatnya. Mereka berjual beli dengan Allah dengan hasil dagangan yang terbaik, in shaa Allah. Harta, pangkat, tenaga, mahupun diri mereka sendiri rela dipalit kesakitan untuk Islam, agama yang tercinta.
Suatu soalan yang patut ditanya untuk kita, adakah kita rela melakukan hal yang sama dilakukan penduduk Gaza?? Bukan hanya di Gaza saudara, bahkan di mana - mana ceruk bumi yang menghadapi krisis keagamaan sepert ini, adakah kita RELA BERJUANG seperti mereka?? Kuatkah kita dalam mempertahankannya?? Masha Allah, bayangkanlah dengan perkara yang paling mudah sekalipun tak mampu kita lakukan, mungknkah kita mampu berjuang bermati - matian sepertimana penduduk Gaza?? Tepuk dada tanyalah iman.... Uhukhuk..
Saya bukanlah orang yang arif dalam hal - hal seperti Aqsa Sharif atau Ikhwan Muslimin, bahkan juga saya bukanlah orang yang tinggi ilmunya dalam bidang ini, tetapi izinkan saya menyuarakan pandangan. Topik yang paling popular dalam hal ini iaitu soal pemboikotan. Ramai sahabat - sahabat saya yang memandang enteng hal ini dengan mengatakan tak perlu memboikot Mc Donald atau Starbucks atau apa - apa sahaja produk yang menjadi penyumbang major Israel laknatullah. Mereka tidak merasakan ianya perlu kerana bagi mereka sumbangannya terlalu tipis dan tidak memberi kesan sekiranya hanya mereka yang membeli dan menggunakannya. Persoalannya, jika 100 orang berfikiran seperti anda, bagaimanakah nasib umat Islam di Gaza. Untuk lebih emosional, saudara mara kita di Gaza, adakah kita tega??
Ini rasional saya dalam membahaskan hal ini. Tak payah berkata - kata dengan pendapat mana - mana tokoh pemimpin sekalipun. Bayangkanlah, setiap pembelian penduduk dunia kepada produk pro Israel, sedikit daripadanya akan diberi kepada Jewish United Fund. Benda yang paling mudah, McDonalds Corporation yang selalu kita puji burger dan side dish nyer, cukup menyayat hati apabila mereka juga turut menyumbang kepada kejatuhan dan kejahanaman agama KITA!!Mereka dengan bangganya membeli peluru, senapanang, M16, roket, peluru berpandu, dan bom atom untuk meranap, meroboh, memporak peranda, menghancurkan, menerobos, menceroboh, menyakiti, menzalimi, menodai penduduk Gaza. Saya tak sanggup membayangkan adik - adik saya, ibu saya, ayah saya, anak - anak saya dibedil dan dibunuh rakus oleh si Irsael laknatullah tanpa rasa simpati atau sayu. Kerana kalian saudara seIslamku, tidak kuredha akan apa yang Israel itu lakukan, tidak sama sekali.
Ada juga perkara lain bermain di minda kebelakangan ini. Sepertinya kita ketahui yang banyak website atau laman sesawang dipelopori oleh bangsa "mereka', di mana semua data base kita program yang kita gunakan berada bersama mereka. Contohnya, Facebook, menjadi wadah sosial yang sangat besar tahap kepenggunaannya mempunyai ruangan profile di mana "mereka" boleh tahu tentang diri kita termasuk apa saja yang kita post atau komen. Persoalannya, mengapa mereka tidak mentiadakan entri tersebut yang mungkin saja mengutuk Israel atau menyebar ideologi Islamik?? Pernahkah anda semua berfikir?? Saya mungkin ada jawapannya. Kerana umat kita ini mengambil pendekatan TAK MAHU ambil tahu!! Apa saja yang melibatkan Islam dipandang remeh dan langsung tiada pelan tindakan berubah.
Sebab itu agaknya terjadinya hal seperti itu. Cuma satu sahaja yang juga menakutkan saya, dengan adanya segala data base kita dengan mereka pastinya mereka tahu apa yang kita buat, fikir, dan alami. Maka, mungkin dengan mudahnya mereka melakukan serangan kepada umat Islam memandangkan umat Islam kita hari ini lemah dan layu. Bak kata Almarhum Ahmat Deedat, "You Muslims are spineless. This is because you refuse to open your mouth and tell the world the truth. You are too terrified with it." Makan dalam apa yang dikatakannya itu saudara. Kita terlalu mudah menyerah sebelum kalah di medan perang, kita mundur sebelum sempat mara, kita gagal sebelum sempat mereka membedil, kita tewas kerana kita kurang kesedaran, kita layu kerana hilangnya aura perjuangan Nabi Muhammad saw, kita alpa kerana keimanan kita sendiri pun masih goyah tak berpaksikan kalimah toyyibah Lailahaillallah!! Kita mengakui kita beriman kan?? Maka kita telusuri terjemahan ayat suci Al - Quran ini:
"Kerena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat[316] berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan Maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar."
An Nisaa' : 74Perkara - perkara yang mampu kita mampu lakukan meskipun tidak mampu mengangkat senjata ke Gaza atau negara Islam yang bergolak. In shaa Allah bermanfaat:

Oleh itu, sudah tiba masanya kita kembali kepada keadaan asal kita semula. Kita harus sedar isu Palestin, Gaza atau mana - mana negara Islam bukanlah hanya kes biasa, tetapi adalah kes kita juga. Penderitaan mereka adalah penderitaan kita, kesakitan mereka adalah kesakitan kita juga, kejatuhan mereka adalah kejatuhan kita juga saudara. Maka, ayuh kita bermuhasabah semula. Adakah kita pernah mendoakan mereka sejahtera dan bahagia?? Pernahkah tangan ini memohon kepada Allah agar diberi kemenangan kepada umat Islam secara total dan kolektif, pernahkah kita menyampaaikan perkhabaran Gaza kepada sahabat - sahabat kita?? Fikir - fikirkanlah sahabat dan saudara saya sekalian. Maaf atas kekasaran bahasa atau ada yang tersinggung di hati. Saya hanya insan kerdil yang juga mahu turut serta dalam gerombolan para mujahidin Gaza. Kita semua mampu lakukannya, in shaa Allah. Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment