Friday, 9 November 2012

Muhasabah Minggu Exam

Baru selesai 2 bentuk peperiksaan pertengahan semester untuk subjek Biology dan Social Psychology. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan limpahan kefahaman bagi kedua - duanya, dan segala kebaikan dan kehebatan itu berbalik semula kepada Allah, yang menentukan segalanya.

Sepanjang tempoh ini, banyak perkara yang telah aku alami dan banyak pengalaman yang telah kukutip. Aku sedari yang mentelaah ilmu itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan atau mendapat keputusan yang memberansangkan. Bukan sekadar itu rupanya. Melalui ilmu yang kita dapatkan itu matlamat besarnya bahkan lebih terkehadapan. Ada sahabat - sahabat yang kulihat resah tak keruan dek kerana tidak sempat untuk mengulangkaji, atau mungkin resah mendapat keputusan yang  kuraang memuaskan.

Ya, mungkin itu yang perlu kita kejar. Mendapat keputusan yang cemerlang itu memungkinkan kita untuk diterima masuk ke institusi pengajian yang berprestij dan berkualiti. Tidak dapat diakui bahawa akademik itu perlu, keputusan cemerlang itu perlu. Tapi persoalannya, di manakah letaknya kualiti daripada pendidikan tersebut?? Yang matlamat besarnya untuk melahirkan modal insan yang elok pekertinya, mulia peribadinya, matang pemikirannya, anggun tutur katanya, beriman hati dan jiwanya.

Sekadar untuk mengajak kita berfikir sejenak, bukankah kita ini hamba yang datang daripadaNya dan kelak akan kembali kepadaNya?? Bukankah dahulu sebelum roh ditiup ke jasad dalam kandungan ibu, kita pernah berikrar yang Allah adalah Tuhan kita??  Bukankah kita berjanji untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya?? Kemanakah semua janji - janji itu??

Dalam konteks belajar, ramai yang berkata begini: "Ala, tak apa, dia tu memang pandai. Tak study pun dia boleh excellent,""Aku ni memang kurang sikit lah bab tu, susah sangat,""Entahlah, aku rasa lecturer aku tak pandai mengajar lah." Tak salah rasanya kadang - kadang bilamana kita rasa lemah dan futur (putus asa), sebab itu memang sudah fitrah manusia yang akan mudah untuk berasa lemah dan hilang semangat. Cuma, sekadar memberikan suatu bentuk suntikan baru, perkara ini tidak boleh dibiarkan berkumpul dalam hati dan sanubari kita. Perkataan susah, payah, lemah, bodoh, dan segala apa yang negatif perlu disingkirkan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Selain itu, apa kata kalau kita ukur kembali sejauh manakah kebergantungan kita kepada Allah azzawajalla. Adakah kita dah cukup menggunakan senjata kita (doa dan tawakal) dengan seoptimumnya?? Kalau belum, jadi apa yang ditunggu lagi, ayuh lekas kita bertindak. Kejayaan dan kehebatan yang dikurniakan oleh Allah, tidak menjadi penanda aras Dia sedang memuliakan kita, dan kegagaalan pula tidak pula menjadi indikator Rabb sedang merendahkan kita. Jadi, apalah salahnya kita back to basic bila berhadapan situasi seperti ini. 

========================================================================

Bercerita serba sedikit tentang psikologi semulajadi manusia secara amnya. Teringat suatu masalah yang berlaku dalam lingkungan sahabat - sahabat tercinta. Begini ceritanya, memang tidak salah untuk kita merencana akan sesuatu supaya segalanya berjalan sepertimana yang kita kehendaki. Tidak menjadi suatu masalah pun. Cuma, apabila kita mula menghebahkannya, dan ada orang lain yang mendengar khabar berita, pasti mereka mahu  mengetahui yang selanjutnya.

Psikologi semulajadi manusia sentiasa mahukan jawapan atau CURIOSITY. Setiap perkara yang menjadi minat kepada seseorang pasti akan meningkatkan  keinginan untuk tahu. Lalu, apa yang menjadi masalahnya???

Masalahnya adalah apabila kita menyembunyikan sesuatu perkara yang telah diketahui umum. Sungguhpun kita berpendapat bahawa semua itu adalah privacy  dan sebagainya, maka jangan dimulakannya dari peringkat awal. Semuanya harus dirancang tanpa ada pihak yang tahu kerana apabila ada yang tahu, yang tidak tahu akan mula tercari - cari. Maka berterus teranglah dan jangan disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa pun, maksudnya yang terlibat sahajalah. Mungkin kedengaran pelik, tapi percayalah, dengan menyembunyikannya boleh membawa impak yang lebih buruk iatu berburuk sangka.

Sekian entri untuk kali ini.. Bosan sebenarnya entri ini kerana tiada roh di dalamnya.. Wallahualam..


No comments:

Post a Comment