Hari ini aku berfikir tentang sesuatu yang amat bermakna dalam hidupku; membantu orang lain, adakah kerana perasaanku untuk membantu atau untuk sekadar untuk mendapatkan sesuatu??? Sukar rupanya untuk meluruskan niat dalam membantu orang lain ini sebenarnya, takut niat suci itu dicampur dengan agenda - agenda tersembunyi. Sekadar pengetahuan yang dimiliki dan diperoleh dari sudut pandang seorang pelajar psikologi, membantu manusia lain adalah tuntutan dan sunah kehidupan.
Bilamana kita membantu, suatu kepuasan akan timbul tanpa kita sedari. Mungkin juga Allah datangkan kebaikan serta hikmahnya dalam suatu tempoh yang agak lama. Yang pasti, kebaikan itu pasti akan datang. dalam konteks ini, Allah telah berfirman dalam surah Al - Maidah ayat 2 yang mafhumnya mengatakan kepada kita bahawa hendaklah kita bersama - sama dalam membuat kebaikan dan janganlah kita bersekutu melakukan keburukan dan kemaksiatan. Dalam ayat ini, Allah meletakkan dua penanda aras.
Yang pertama, hendaklah bersama - sama, bantu - membantu, saling menolong dalam melakukan ketaatan dan kebaikan. Bilamana disebut begini, bererti segala kebaikan yang membawa kita semua kepada Allah hendaklah sentiasa diberi prioriti. Walau dalam apa keadaan sekalipun, tujuan murni kebaikan harus diutamakan. Sebagai contoh, mendengar azan dalam pertengahan diskusi atau halaqah. Ramai dalam kalangan kita mengambil pendekatan tidak mengendahkan terutamanya apabila diri yang Islam ini berada di pertengahan orang bukan Islam. Seharusnya, diminta izin secara baik untuk keluar daripada meeting itu seketika bagi menunaikan solat terlebih dahulu. Suatu kritikan untuk masyarakat kita sebenarnya.
Yang kedua pula, Allah berkata janganlah kamu tolong - menolong dan saling membantu dalam melakukan keburukan atau kemaksiatan. Ingat, segala bentuk keburukan harus kita ambil perhatian, tidak kiralah walau sebesar zarah pun keburukan itu, wajib kita berlepas tangan darinya, kerana apa, kerana Allah yang menyuruhnya. Contohnya, sahabat kita terlibat dalam kancah dunia khayalan cinta. Jangan dibiarkan dia begotu sahaja kerana takut dirundung rasa bertuhan hanya kepada cinta. Kita yang perku menyedarkannya, bukan menjadi pengikut setia dan merelakannya. In shaa Allah, andai kita menjaga agama Allah, pasti Allah juga akan menjaga kita.
Sekadar itu dahulu buat masa ini. In shaa Allah ada kelapangan bertambah lagi entri untuk sama - sama kita bertakwa dan saling membantu dalam melakukan ketaatan kepadaNya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment