Namun yang lebih utama adalah hikmah yang aku peroleh dari setiap tempat yang aku kunjungi itu. Sungguh bermakna dan memberi kesan yang mendalam.
Destinasi 1: INTI International University, Nilai
Di universiti inilah aku membuat persediaan dalam jangka masa lebih kurang satu tahun 5 bulan sebelum aku melangkah pergi ke Amerika Syarikat. Universiti ini banyak mengajar aku ibrah yang mungkin tidak dapat aku peroleh di mana - mana tempat lan. Di sinilah aku mula mengenali apa itu Tarbiyah dan Dakwah. Selama ini aku sibuk mencari - cari makna sebuah kehidupan, namun di sinilah segalanya bermula.
Memang benar seperti yang disebut, "usrah bukanlah segala - galanya, tetapi segala - galanya bermula dengan usrah." Dengan mengikuti bulatan gembira inilah, hatiku dijemput dan diajak mengenal Allah dengan konsisten dan sistematik.
Dengan tiga orang abang yang bertindak sebagai naqib aku dalam tiga sesi yang berbeza, membuatkan aku lebih mengerti bahawa setiap dalam kalangan kita ini mempunyai potensi (kelogaman) yang berbeza. Seharusnya setiap kelogaman itu dimanfaatkan sebaik mungkin demi membangunkan Islam. Seringkali kami diperingatkan yang dengan atau tanpa kita bersama Islam, agama suci ini tetap akan bangkit meskipun bukan kita sebagai hawariyyunnya. Dan aku membayangkan betapa ruginya jika gerabak ini ditinggalkan, padahal pintunya telah terbuka untuk dilangkah masuk.
Ohh my God, could you please stop talking about this.. Isshh, asyik - asyik usrah saja. Bosan. Owwhh maaflah, bila mana hati kita dah jatuh cinta pada sesuatu, pasti kita akan selalu menyebut - nyebutnya dan mempromosikannya sepenuh raga kita. Kan??
Di bumi ini juga aku terbayangkan betapa marhaennya diri aku ini dibandingkan dengan orang lain. Kalau kita kata diri kita hebat, ada yang lagi hebat. Kalau kita rasa kita pandai berdebat, ramai lagi yang jauh lebih terror berdebat. Kalau kita anggap diri kita ini pandai dengan mendapat 4.0, ada lagi insan yang dapat 4.0 dengan memperoleh semua A+. Uhuk. Tersedak seketika.
Kesalahanku yang paling obvious adalah kerana suatu ketika dahulu aku menganggap setiap apa yang aku katakan adalah betul dan pasti akan diterima oleh semua. INTI lah yang telah merubah segala paradigma salahku ini. Kehadiran seorang insan yang tidak mahu mendengar nasihatku, bahkan dengan selambanya membuat muka tembok di hadapanku tatkala aku sedang memberikannya nasihat membuat aku tersedar. Ehh Fazuan, apa kau ingat kau bagus sangat ke?? Kau ingat semua orang kena dengar cakap kau saja. Hmm..
Destinasi 2: Universiti Malaya dan Mid Valley
Sengaja aku gabungkan kedua - dua destinasi ini kerana keduanya saling bergabung dan penting. Untuk pengetahuan semua, inilah saat dan waktu yang pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Mid Valley setelah hampir setahun lima bulan di INTI. Bayangkan betapa naifnya aku ini. Err..
Di sini aku berjumpa dengan bekas guru Geografi ketika aku masih lagi menuntut di MRSM Gerik empat tahun yang lepas. Aku datang ke sini pun kerana beliau teringin benar berjumpa aku sebelum aku fly ke Amerika Syarikat. Aku yang ditemani seorang sahabat telah ke sana dan kami sempat makan dan bersembang - sembang, bercerita, dan berjenaka sebelum aku pulang. Tak dapat aku bayangkan seorang guru yang terlalu lama aku tinggalkan dek kerana kesibukan masih lagi ingat pada diriku ini.
Baru aku sadar suatu perkara. Perasaan sayang, kasih, mahupun cinta semuanya datang daripada Allah dan Dialah yang telah mengaturkan segalanya. Alhamdulillah, segala tingkah nakalku masih beliau ingat dan setiap masalahku yang pernah diceritakan dulu masih meniti di bibir beliau.
Alhamdulillah, meskipun aku akan terbang ke bumi yang sangat asing bagiku, tapi aku sangat optimis bahawa sekiranya kita bawa hati yang sarat dengan kasih dan sayang, campakkanlah diri ini ke mana sekalipun, pastinya kita akan berjaya dan bahagia. Hiduplah pada memberi dan yakinlah kebahagiaan itu akan dikurniakan Allah kepada kita sebagai imbalan di atas pemberian kita itu.
Kisah di Universiti Malaya pula bermula sehari sebelum aku pulang ke INTI. Aku tidur di hostel seorang seniorku yang bernama Saifullah. Aku ikut dia dan seorang sahabatnya pulang dari Ipoh ke KL. Disebabkan waktu yang agak singkat dan komitmen yang terlampau banyak, aku akhirnya tidur di kolej kediamannya. Keesokan harinya, demi menyahut seruan baginda Nabi, aku berpagi - pagian untuk ke stesen LRT untuk pulang semula ke INTI. Alhamdulillah, meskipun itulah kali pertama aku naik LRT, namun aku bersyukur kerana Allah beri aku lisan yang rajin bertanya dan akal yang rajin berfikir. Subhanallah.
Ingatlah, ke mana pun kita pergi, jangan pernah malu bertanya atau malas berfikir. Seorang individu Muslim yang hebat karismanya adalah seorang yang sangat MANDIRI (berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri). Jangan terlalu bergantung harap pada manusia, sebaliknya serahkanlah segalan urusan ke hadrat Allah yang Esa. Tawakal itu indah sekiranya disertai usaha dan doa.
Destinasi 3: MRSM Taiping a.k.a Smart School MRSM Taiping
Sesudah balik dari KL, aku tidur sehari di rumah dan keesokan paginya terus menuju ke MRSM Taiping. Pada mulanya terasa badan amatlah letih sekali, tetapi memandangkan sahabat - sahabat mengajak, aku cukup tak sampai hati ingin mengecewakan mereka. Aku gagahkanlah diri walaupun teramatlah penat sekali.
Setibanya aku dan sahabatku Ariff, kami terus meluru ke bilik guru untuk bertemu mesra dengan para guru. Alangkah terkejutnya diri ini apabila menyedari terlalu ramai guru - guru baru yang mendaftar di sini. Kebanyakan guru yang aku kenali kini sudah berpindah keluar dari MRSM Taiping dan menuju ke tempat lain. Aku sempat beramah mesra dengan beberapa orang guru yang mengajarku dulu seperti Cikgu Faezah, Cikgu Rohaya, Cikgu Ruhimi, Teacher Azida, Miss Nurul, Ustaz Hadi, Ustazah Hafizah, dan lain - lain.
Suatu perkara yang aku perasan, kesemua guru terlalu gembira apabila aku mengatakan yang aku akan melanjutkan pelajaran ke Amerika.Kesemua guru kenampakannya gembira kerana salah seorang daripada anak - anak murid mereka bakal melanjutkan pelajaran ke institusi yang lebih tinggi. Alhamdulillah, tiada kata yang mampu diucap saat melihat guru - guru tersenyum puas dan bahagia apabila mengetahui anak murid mereka telah berjaya.
Tapi, perjalanan ini masih jauh. I was just about to begin the journey dan aku sama sekali tidak boleh mengalah atau berputus asa. Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus thabat atas jalan yang benar ini.
Seusainya urusan kami di bumi bertuah itu, aku dan sahabat - sahabatku kembali ke rumah Nasrul untuk menginap di rumahnya malam itu. Ariff, Amsyar, dan Haziq tidak dapat menyertai kerana masing - masing mempunyai tugasan yang tersendiri. Kami menaiki kereta Nasrul untuk ke rumahnya di Manjong. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam itu disulami dengan gelak tawa, gurau senda, dan imbauan kenangan masa lalu yang mencuit hati.
Kami bersyukur kepadaMu ya Allah kerana Engkau telah mempertemukan hati - hati ini setelah agak lama tidak berjumpa. Sungguh Allah itu maha Adil dan Teliti dalam mengelolakan sesuatu. Aku sangat gembira dan bahagia apabila apa yang kami rancangkan dapat dijalankan dengan baik sekali. Dalam kegembiraan itu juga, kami tidak lupa menjaga tingkah laku kami. Dalam suatu tazkirah ringkas, ada yang memperingatkan bahawa apa yang kita buat akan diadili Allah di hari pembalasan nanti.
"Sesungguhnya orang yang taat itu ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat. Dan sesungguhnya orang yang derhaka itu ditempatkan di neraka yang bernyala - nyala." Al Infitar ayat 13 - 14
Destinasi akhir 4: Kedah
Tidak sempat pun 24 jam di rumah, mama mengajak kami sekeluarga untuk ke Kedah untuk menziarahi adik beradiknya di sana. Sekali lagi badanku diasak dengan kepenatan dan kelelahan. Waah cayalah lu beb.. Ahaks. Namun aku gagahkan juga memandangkan inilah peluang terakhirku untuk berjumpa mereka sebelum aku fly ke Amerika nanti. Kami bertolak awal pagi memandangkan mama adalah seorang yang suka keluar travel awal - awal pagi. Tak mahu panas dan sesak jalan katanya.
Dalam tempoh 3 jam setengah, kami tiba di rumah pak ngah yang terletak di Bandar Darul Aman. Layanan yang diberikan sangat memuaskan hati kerana kami dilayan dengan baik dan dimuliakan sebagai tetamu. Mereka hidangkan makanan yang sangat sedap dan lazat untuk kami makan dan membawa kami keliling Kedah.
Keesokan harinya, pak ngah menunjukkan kami jalan ke Padang Besar. Alang - alang dah sampai sini katanya, lebih baik ke Padang Besar. Barangnya murah dan layanan peniaganya juga baik alhamdulillah. Aku bersyukur sangat kerana dapat makan nasi kerabu yang kaya dengan ulaman dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Sempat juga aku membeli sepasang baju T - shirt, sebotol minyak wangi, dan sebuah cermin mata hitam. Tak sangka, memang benar kata orang, "jauh perjalanan luas pemandangan."
Ibrah yang paling hebat dapat aku kutip di Kedah ini ialah keakraban keluarga sememangnya wajib dipertahankan kerana inilah punca keutuhan sesebuah keluarga. Setiap generasi perlu faham dan mengaplikasikan peranan mereka sebaik mungkin.
Contohnya, pak ngah yang memikul kewajipan sebagai seorang ketua keluarga, beliau sangat rapat dengan anak - anak dan isteri - isterinya. Beliau tidak pernah membagi - bagi kasih dan membeza - bezakan antara satu anak dengan anak yang lain. Beliau sayangkan kesemua keluarganya dengan sesempurna mungkin dan melaksanakan hak - hak mereka dengan sebaiknya. Benarlah apa yang disabdakan baginda Nabi, sebaik - baik lelaki adalah suami yang berlemah lembut dengan isteri dan anak - anak.
Konklusi
Jadikanlah setiap apa yang kita lalui itu adalah sebagai proses untuk mentarbiyah diri kita (tarbiyah daztiyyah). Setiap apa yang berlaku di depan mata kita itu sebenarnya suatu asuhan, teguran, sindiran, dan nasihat daripada Allah untuk kita. Alangkah ruginya kita asyik melancong, berjalan - jalan, dan makan angin ke sana ke mari, tetapi kita lupa untuk mengambil pengajaran daripadanya. Ingatlah, Allah itu hebat percaturannya. Allah tak mungkin silap membuat keputusan dan penilaian. Wallahua'alam.
"Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu (sia - sia)?? Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada kami??" Al Mu'minun 23:115
No comments:
Post a Comment