Assalamualaikum
People asked me on how I defined friendship, and I'll answer brotherhood. It is like you treat, care, love, and attend to your own siblings without even reducing it.
------ Sajer nak try bragging guna English -------
Dulu waktu saya masih di MRSM Gerik, banyak kali saya diingatkan bahawa menyayangi dan disayangi sesama manusia itu adalah satu anugerah yang sangat agung dan hebat nilainya. Susah untuk diterangkan tetapi kalau kita dapat merasainya, pasti kita sebenarnya telah pun mendapatkan suatu nikmat hidup yang hebat daripada Allah swt.
Seorang insan hebat telah mengingatkan saya bahawa iman seseorang itu masih tidak lengkap selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Maksudnya, do unto others as you want others do unto you. Seboleh mungkin kita mahukan yang terbaik untuk diri kita bukan? Jadi begitu jugalah seharusnya layanan dan kebaikan yang perlu kita berikan kepada insan - insan di sekeliling kita.
One thing yang bermain di minda saya di kala itu, adakah kita mampu lakukan semua itu? Adakah kita boleh memprioritikan orang lain seperti kita memprioritikan diri kita sendiri? Semua ini mampu kita lakukan dengan satu kunci kata... UKHWAH
Saya nak berkongsi suatu cerita pendek yang inshaAllah sarat dengan pengajaran dan saya akan cuba relatekan dengan apa yang sedang kita bincangan. Di suatu kawasan yang agak jauh dari Malaysia, tinggal seorang lelaki bernama Abu. Dia memang penduduk asal kawasan itu dan sudah biasa dengan selok belok lifestyle orang - orang di sana. Kebetulan ada seorang lelaki muka baru yang pindah masuk ke kawasan itu tahun berikutya, bernama Salman. Salman kaya dan mempunyai paras rupa yang elok alhamdulillah.
Mereka bertemu, berkawan, bersembang, makan, berjalan, dan akhirnya menjadi sahabat yang sangat akrab. Hubungan mereka sangat - sangat baik dan mesra. Pada suatu hari, Salman menyuarakan isi hatinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan kawasan itu kepada sahabat baiknya, Abu.
Salman telah pun menyiapkan segala kelengkapan bermula dari hantaran hinggalah ke duit mas kahwin. Ewaahh. Sebagai menghormati sahabatnya yang telah lebih awal tahu selok belok dan adat resam tempatan, Salman meminta Abu untuk meminangkan wanita pilihan hati bagi pihaknya. Dengan penuh takzim dan gembiranya, Abu dan angkatan peminangan Cik Gayah bergerak menuju ke rumah perempuan itu dan menyuarakan hajat besar mereka itu. Ya, seperti yang dijangka, kedua ibu dan ayah wanita itu bersetuju. Ibunya berkata, "kami bersetuju, tapi lebih baik kita tanya tuan punya badan dulu." Ayat cliche.
Setelah ditanya, dengan ayu dan manis tersipu - sipu wanita solehah itu menjawab, "jika yang tolong meminang ini yang berhajat, maka saya bersetuju." Haaaa, terkezzzuut bukan?? Ya, wanita itu memilih Abu dan bukannya Salman. Dengan berat hatinya, Abu balik ke rumah dan menceritakan hal tersebut kepada Salman.
Kalau kita mesti dah sedih tahap meghoyan dah kan. Siap berguling -guling lagi. Tetapi tidak bagi Salman. Salman bahkan bergembira di atas berita tersebut dan menyerahkan segala kelengkapan perkahwinan itu kepada Abu dan acara perkahwinan dilangsungkan dengan jayanya. Bayangkan, dah lah dapat tahu yang wanita itu menolak dirinya, ditambah pula memberi kesemua kelengapan perkahwinan itu kepada sahabatnya. Memang si Salman deserve tabik springgg ni.
------ Itsar -------
Moral of the story ialah melebihkan orang lain daripada diri sendiri. Dalam hierachy ukhwah, itsar adalah tahap yag paling tinggi dan paling sukar untuk dilakukan. Untuk membumikannya perlukan mujahadah yang kuat dan mind set yang betul. Manakala yang paling rendah ialah bersangka baik (husnuzon). Kalau kita sendiri tak mampu bersangka baik, then itu berbahaya (Terjun lombong). Perkara - perkara ini kenampakannya seperti impossible, tapi ada saja manusia sebelum kita yang mampu lakukannya. Jadi kenapa tidak kita??
Alhamdulillah Allah beri saya peluang untuk tahu benda ini awal dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk melakukannya. Suatu disclaimer yang ingin dibuat di sini adalah jika saya tidak bertanya khabar atau contact sesiapa yang bergelar kawan atau sahabat atau teman, bukanlah bermakna kalian telah lupus dari ingatan. Cuma mungkin dek kerana kesibukan tuntutan harian, workload yang banyak, dan yang sewaktu dengannya.
Diam bukan bermakna saya tidak hairan, menjauh bukan bermakna sombong. Yakinlah yang kalian senantiasa ada dalam doa kudusku yang tidak seberapa itu.
Dan mungkin ada yang bertanya, kenapa suka sangat marah dan nasihat orang ek?? Saya akan jawab, sebab saya masih sayang. Kalau saya diam di saat kalian berbuat salah atau tidak kisah jika kalian bermalas - malasan, itu petanda and wake up call antara saya dan anda ada sesuatu yang sangat tidak baik. Beruntunglah bagi orang yang masih saya marah dan tegur tu... Hehe.
Sayangi dan hargailah setiap insan yang mendampingi anda kerana bila anda kehilangannya, penyesalan hingga keluar air mata darah pun dah tiada berguna. Sebarkanlah kebaikan dan bertanyalah khabar, kerana ukhwah itu sememangnya nikmat untuk kesemua makhluk ciptaanNya. Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment