Thursday, 12 September 2013

Setelah Sebulan di Bumi Amerika

Assalamualaikum

Waaahhhh, dah lama sungguh blog ini tidak diupdate. Maaf kerana kesibukan yang melanda tidak dapat ditepis. Huhu. Sedar atau tidak, sebenarnya telah pun sebulan saya berada di bumi Amerika Syarikat ini. To be precise, Indiana. Terlalu banyak onak yang dilalui, terlalu unik orang - orang yang ditemui, terlalu banyak pengalaman yang nak dikongsi. Kesemuanya bukan lagi sebuah mimpi tetapi teah menjadi sebuah realiti.

Dreaming to be in a place and really being in that place is two distinct and different things. Dulunya, impian untuk ke US kelihatan masih samar dan jauh dari pandangan mata. Namun, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan sekarang saya mampu menjejakkan kaki di bumi yang dulunya menjadi igauan mimpi - mimpi saya. Jika dulunya, doa harian saya pasti akan terselit bait - bait seperti, "Ya Allah, aku teringin sangat nak ke Amerika, merasai dan melalui pengalaman indah sebagai graduan luar negara," tetapi kini Allah telah pun mengabulkan doa saya yang tidak seberapa itu.

Ada yang bertanya saya sebelum ini bagaimanakah cara saya belajar dan bagaimana cara untuk score dalam setiap peperiksaan. Jawapan saya sangat mudah: buatlah apa yang awak rasa terbaik untuk diri awak dan jangan ikut orang lain.

Kedengaran bunyinya macam poyo dan bajet bukan? Tetapi hold on a second and reflect balik apa yang saya katakan. Bukankah kejayaan itu milik setiap orang dan anda sebenarnya berhak mencorakkan sendiri bagaimana cara untuk anda berjaya. Ada yang menganggap dengan belajar sehari dua jam sudah mencukupi, ya memang terpulang pada diri setiap individu. Ada yang menganggap dengan stay up sampai lewat malam itu berbaloi, maka lakukan saja.

Pokoknya, kita sendiri yang meletakkan penanda aras bagi setiap apa yang kita lakukan. Jangan diikut cara orang yang mungkin saja tidak sesuai untuk kita. Yang penting usaha dan tawakal itu perlu bergerak sekali in a constant battle. Jangan malas!!!!

Namun begitu, masih ada perkara yang ingin dikongsikan. Kejayaan untuk mencapai sesuatu bukanlah bermakna kejayaan itu akan berterusan walau ke mana sahaja kita berada. Contohnya, jika dulunya saya bagus di kolej persediaan, bukan bermakna saya confirm akan jadi bagus ketika di US. Itu bukan kayu ukurnya. Begitu juga jika kita kurang perform sewaktu di kolej persediaan atau di sekolah menengah, bukan bermakna kita akan selamanya gagal.

Kejayaan dan kegagalan itu bukan untuk diwarisi tetapi untuk diubah. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Begitu juga berjaya sekali bukan bermakna berjaya selamanya. Masih banyak perkara yang perlu kita pelajari dan perbaiki kerana hakikatnya hidup ini terlalu luas ruang lingkupnya.

Allah meletakkan suatu wacana minda untuk kita fikirkan dalam kitab sucinya: Ar -Ra'd ayat 11

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Agak straight forward apa yang Allh cuba sampaikan kepada kita semua. Allah hanya mahu kita berubah dan membuat perubahan itu sendiri. Soal dapat atau tidak, berjaya atau gagal, kita serahkan kembali kepadaNya since He knows us better than we do. Jangan pernah mengalah walaupun mehna yang mendatang itu tinggi dan menyesakkan. Kita layak dan kita berhak untuk berjaya.

Seperkara lagi yang menjadi kerunsingan di akal ini. Perihal manusia yang pelbagai. Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini, suatu kelainan yang dapat saya lihat ialah pada akhlak manusianya yang baik dan murni. Well, I'm not vilifying our values as the Easterners, tapi sungguh saya kagum dengan kelakuan orang - orang di sini yang baik dan peramah. Matlamat lain saya untuk datang ke sini selain belajar adalah untuk mengambil nilai - nilai yang baik daripada orang di sini dan gunakannya saat saya balik ke tanah air kelak.

Bayangkan, bilamana anda sedang berjoging akan ada orang yang bertanya khabar anda. Ketika anda sedang beratur akan ada yang bertanya is everything all right for you sir. Bilamana anda sedang blur tak tahu hala tuju ke mana, ada yang bertanya are you searching for something young man. Bukankah molek jika itu berlaku dalam masyarakat kita?

Islam dah mengajar sebenarnya dalam penerapan akhlak dan nilai - nilai murni, tapi hidup kita selama ini terlalu banyak bermain dengan dokrin dan kurang implementasi. Saya bersyukur kerana saya banyak belajar benda - benda baru di sini. Jom ubah???!!!

Buat adik - adik saya yang berimpian untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan secara terperinicinya untuk ke Amerika Syarikat, wat lek wat peace yoww. Jangan risau, kami sangat - sangat menggalakkan anda untuk datang ke sini dan ketahuilah apa yang saya katakan tadi bukanlah auta. Cuma ingin diingatkan juga akan kriteria pemilihan universiti. Jangan hanya memandang solely based on academic careers sahaja, lihat juga pada environmentnya dan komuniti Islamnya.

Percayalah, orang yang berkata "saya tak nak hidup dalam komuniti ramai Malaysian atau Muslim" sebab nak belajar something different that I didn't get previously, itu semua poyo.. Haha. Hiduplah dengan komuniti dan bukan untuk komuniti, inshaAllah kejayaan menanti kita semua. Wassalam.



No comments:

Post a Comment