Salam alaaik.
Rasanya macam dah agk lama since my last updates. Tapi disebabkan minggu ini terlalu sibuk dengan pelbagai ujian dan kuiz sana sini, maka hanya sekadar nak berkongsi beberapa perkara. Cuma, aku rasa aku ingin menjadi lebih "true" kepada diri sendiri. Perkongsian kali ini lebih mengambil pendekatan yang dibawakan oleh IBU tercinta, Puan Mahiran binti Ahmad.
Sebelum aku balik ke universiti untuk menyambung pelajaranku, beliau mengingatkan aku agar sentiasa memperbetulkan niat belajar. Masih terngiang - ngiang di minda aku bagaimana beliau menceritakan yang sememangnya kita sebagai pelajar tidak boleh ikut cara dan metodologi orang lain untuk berjaya. Kejayaan kita adalah hasil acuan kita sendiri.
Jangan mudah sangat nak ikut orang dan tiru cara orang.
Kita adalah special dan mampu melakukan apa sahaja mengikut hala tuju yang kita sendiri tetapkan.
Aku cukup terkesan apabila mula bermain dengan emosi. Beliau menceritakan bahawa sesungguhnya kejayaan dan kegagalan kita ini memang telah ditetapkan oleh Allah swt, tetapi walaubagamanapun kita berhak unutk berusaha demi merubah perkara tersebut ke arah yang lebih baik.
Ingat, ada perkara dalam hidup kita ini yang boleh diubah dengan usaha dan keizinan daripada Allah.
Biiznillah (dengan izin Allah). Sungguhpun memang ada perkara yang telah pun tetap dan tidak mampu untuk diubah seperti ajal maut dan jodoh pertemuan, tetapi kita digesa untuk berusaha kerana pada hakikatnya kita tidak tahu bila kita akan mati, dengan siapa kita akan berkahwin.
Maka, sekali lagi usaha itu memainkan peranan yang sangat - sangatlah penting.
Contohnya, apabila kita mendapat berita yang kita dijangkiti leukemia dan doktor mengatakan yang kita ada masa yang sangat singkt untuk hidup. Maka, adakah disebabkan kita merasakan yang kita akan mati lalu tidak perlu berusaha. "Dah nak mati dah, jadi biarkan sajalah.." Betulkah persepsi kita sebegitu?? Semestinya tidak, kerana walaupun kita di ambang kematian sekalipun, tuntutan untuk selalu berusaha itu ada, maka jangan dipersiakan peluang yang telah diberi.
Selain itu juga, perbanyakkanlah membaca Al - Quran kerana dengan membacanya hati yang gelap mampu menjadi terang benderang. Cuma, suka aku mengingatkan yang Al - Quran bukan pemberi cahaya dalam hati kita. Al - Quran hanya medium, yang merikannya ialah Allah azawajalla.
Ingat, membaca tanpa memahami maknanya adalah sangat sia - sia. Kerana pada hakikatnya, Al - Quran diturunkan bukan untuk dibaca membabi buta sahaja. Allah menurunkannya kepada Rasulullah yang mulia bertujuan untuk menjadi panduan hidup Muslim dan Mukmin. Dr Zakir Naik pernah ditanya bagaimana ingin menjadi Muslim yang 'fully functioning'?? Lalu beliau menjawab selain daripada mengakui hakikat Allah itu satu dan Muhammad itu pesuruhNya, perlulah untuk orang itu membuka Al - Quran dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh daripada Al - Quran itu.
Maka, jangan dilupakan warisan Baginda Nabi Muhammad ini ya.
Janganlah dibiarkan wasilh Baginda ini berhabuk tanpa dijengah, dijauhkan tanpa diselak dan diperhatikan, usang kerana tiada minat untuk mendalaminya. Sayangilah Al - Quran seperti mana Baginda Nabi terlalu menyayangi kita, umatnya..
Sekian dulu untuk kali ini, sirruala baraakatillah.. Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment