Friday, 14 December 2012

Ujian Melanda Memperkukuh Strata Iman

Situasi pertama

Tiba hari untuk mengambil peperiksaan SAT di Metropolitan College, Subang Jaya, segala ilmu telah tersemat di dada dan hanya menanti saat untuk dirembeskan semuanya ke atas kertas peperiksaan. Hati ini sedikit gementar namun masih menyimpan kepercayaan yang penuh terhadap usaha gigih dan kebergantungan diri kepada Allah.

Sampai di tempat peperiksaan sekitar jam 8.20 pagi, menunjukkan test ticket lalu diri mengambil tempat di barisan kelima di dalam dewan kuliah 1. Berada di sebelah sahabat yang dikenali membuatkan diri ini berasa kurang tertekan dan lebih selamat. Eh, tunggu sekejap. Ada sesuatu yang tidak lengkap baru kini aku sedari. KALKULATOR. Aku bingkas bangun untuk ke tempat beg diletakkan untuk double check manalah tahu aku tersalah letak dan ternyata jangkaanku meleset tatkala melihat kalkulatorku tiada di dalam beg.

Diri ini mendekati ketua peperiksaan untuk bertanya sekiranya ada kalkulator lebih untuk dipinjam, sayangnya jawapan yang diberi sungguh mengecewakan diri ini. TIADA! Dengan penuh kekecewaan aku melangkah semula untuk mengambil tempat di barisan kerusi dewan kuliah tersebut. Peluh menyelubungi diri ini dan membuat aku rasa amat tertekan. Depression dan hypertension melandaku. Di hati ini hanya mampu berdoa agar kebaikan berpihak kepadaku, dan ternyata aku mengharungi Set 2 peperiksaan iaitu set matematik dengan kekecewaan.

Allah itu memahami hati kecil hambaNya yang hanya bergantung harap padaNya. Tibanya sesi rehat dan rakan di sebelahku menawarkan bantuan untuk meminjamkan kalkukaltornya kepadaku saat dia menyelesaikan bahagian yang berikutnya. Mujurlah kertas peperiksaan disusun berbeza untuk orang di kiri dan kananku yang menyebabkan sekiranya aku membuat bahagian matematik, maka mereka akan membuat yang selain itu. Alhamdulillah, set - set yang berikutnya terasa lebih mudah dan kurang bebanannya. Aku bersyukur padaMu ya Allah.


Situasi kedua

Selesai proses ulangkaji di perpustakaan, aku keluar sebentar untuk mengambil angin segar di luar. Turun sebentar ke side walk cafe unutk membeli minuman dan berkebetulan bertemu pula dengan sahabat - sahabat seangkatan yang juga bakal menduduki peperiksaan pada petang Khamis (Disember 13, 2012). Kami sempat bertukar - tukar formula, bertanya - tanya soalan yang mendatangkan kekeliruan serta mengambil tempoh bertenang seketika. Hal itu berlanjutan sehinggalah jam menunjukkan pukul 1.06 pm.

Kami mula bersiap - siap untuk ke surau bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Dalam pada itu, aku tercari - cari di mana letaknya dompetku. Aku bertanya pada sahabat - sahabat mungkin mereka ada melihat dompetku itu. Sayang seribu kali sayaang, jawapan negatif juga yang aku terima. Sekali lagi ujian melanda. Betul - betul sebelum peperiksaan, segalanya hilang dalam sekelip mata tanpa aku sedari. Di dalam dompet itu ada segalanya; kad pelajar, kad pengenalan, kad ATM, dan lain - lain. Tak keruan hati ini dek kerana takut apa yang akan terjadi nanti. Mujurlah pensyarah mengizinkan aku untuk mengambil peperiksaan walaupun tanpa kad pelajar.

Urrmmm, entah apa pula hikmah yang Allah sediakan untukku kali ini. Hati bertanya - tanya dan jiwa meronta - ronta mahu mngetahuinya. Mungkin sepatutnya aku tidak perlu terlalu risau kerana semua itu datangnya dengan izin daripada Allah swt. Kalau  tidak diizinkan, mana mungkin semua itu terjadi kepada diri yang serba kerdil ini. Pada waktu solat Zohor itu, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberi aku ketenangan untuk menjawab peperiksaan Statistic 219 dengan baik.


Konklusi

Dia (Allah) Maha Mengatahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kita rasa ujian yang membebankan itu manjadikan diri kita lemah, tetapi percayalah sebenarnya ujian itu mematangkan dan mendewasakan kita. Walaupun pada saat yang paling tegar kepedihannya (dompet hilang/kalkulator hilang), yakinlah pertolongan Allah itu bakal tiba. Dan sebaik - baik perancang itu datangnya dari Allah. Tanpa izin dan irodatNya semua itu mustahil untuk berlaku. Jadi, ayuh sama - sama menilai positif setiap ujian yang diberi olehNya untuk kita.

No comments:

Post a Comment