Wednesday, 17 October 2012

Kerana kau Kusayangi Setelus Hatiku

Dengan namamu Allah, aku ABADIkan penulisanku ini.

Tatkala ingin menulis tajuk ini, jari - jemariku giat menaip setiap huruf demi huruf, perkataan demi perkataan, tanpa banyak berhenti. Perasaan sayangku buat sahabat - sahabat membuat aku jadi lebih gigih untuk menghabiskan entri ini di kala diri sibuk dengan pelbagai tuntutan semasa. But, to be frank, words just can't describe how much I love my friends.

Bercerita soal sahabat, ada kala perkelahian berlaku, masalah seakan - akan menjadi terlalu besar, konflik diri melanda dan bemacam ragam dan ekspresi diberi. 

Pada yang pandai menguruskannya, TAHNIAH!! Bagi yang masih mencari maknanya, ayuh kita cuba lihat sedikit dari selautan ilmu Illahi. Sejujurnya, apa yang keluar dari buah fikiran ini fikrah yang datangnya tanpa ditapis dari minda dan pengalaman diri yang kerdil ini. Masalah, sesuatu yang kita cuba elakkan dalam sebuah persahabatan.

Walaubagaimanpun, ia tetap akan timbul tanpa kita sedari, kerana kita hidup untuk diuji oleh Allah swt. Persahabatan yang baik, bukanlah yang selamanya tidak bermasalah, tetapi persahabatan yang baik adalah apabila segala masalah dan konflik yang timbul diselesaikan dengan cara yang paling berhikmah. Pentafsiran SAHABAT berbeza mengikut perspektif seseorang. Ada yang menganggap sahabat hanyalah kawan biasa yang tiada bezanya dengan yang lain, tidak kurang ada juga yang menganggap sahabat itu lebih dari kawan - kawan yang biasa, Terpulanglah kepada anda untuk menentukan hala tuju persahabatan anda.

Sebelum berceloteh panjang, izinkan diri ini berkongsi suatu hadis Nabi Muhammad saw, yang mafhumnya:
"Tidak sempurna iman seseorang itu, melainkan dia mencintai saudaranya lebih dari dirinya sendiri"

Islam sendiri pun amat menekankan soal sayang - menyayangi antara sesama kita. Waimma dalam apa cara sekalipun, ketahuilah hidup kita ini fitrahnya memerlukan dambaan dan kehadiran orang lain untuk memenuhi tuntutan hati seorang insan. Maka, sekiranya timbul konflik yang mengundang perseteruan, jangan bimbang, itu hanyalah ujian Allah untuk memperkukuh hubungan persahabatan kalian.

Sekadar berkongsi sedikit sebanyak idea untuk meredakan hubungan yang nampaknya semakin dingin dan sepi:


  1. Tahu hala tuju persahabatan anda. Kalau ditakdirkan memang dia untuk anda, maka berusahalah untuk memelihara keakraban dan kelangsungan hubungan antara anda dan sahabat anda itu. Ya, memang pahit pada mulanya because you really struggling to win his or her heart, untuk memahamkan dia betapa persahabatan itu amat bermakna untuk anda. Tetapi percayalah, your efforts worth a second look. Defining your priority in a friendship helps to endure that relationship even longer.
  2. Don't aspect too much (peringatan  untuk diri gak). Dalam persahabatan, kita tidak boleh terlalu nakkan dia sehingga sahabat kita itu tidak bebas untuk melakukan apa yang dia mahukan. Yes, indeed kita boleh memberitahu apa yang kita suka dan tidak suka, tetapi, bukan hak kita untuk memaksanya untuk berubah. Mengharap pada manusia tidak akan pernah mengubah apa - apa, sebaliknya kemungkinan hati kita pula yang  terluka. Apabila sudah meluahkan apa yang terpendam, maka berdoalah pada Allah swt agar dilembutkan hatinya dan hati kita untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
  3. Cari orang ketiga untuk dibawa berbincang dengan sahabat anda itu sekiranya masalah masih tidak mampu diselesaikan. Orang ketiga haruslah orang yang mampu menyimpan rahsia dan berpengalaman supaya masalah tidak bertambah besar. YAKIN!! dengan kemampuan orang ketiga itu mudah - mudahan apa yang kita bincangkan itu mampu mengubah paradigma kalian untuk memahamkan masalah dan cuba untuk menyelesaikannya. Pada waktu ini, luahkan apa sahaja yang terpendam agar tiada suatu pun yang menjadi penghijab yang menghalang persahabatan kalian dari berterusan.
  4. VERBAL dan NON - VERBAL communication. Ini menjadi punca kebanyakan masalah berlaku. Kurangnya bercakap, kurang sentuhan (yang halal dan mahran sahaja), kurang  reaksi, kurang penghargaan, kurang mendengar. Ini adalah antara sebab musabab masalah kelihatan lebih besar dan severe. Padahal segalanya boleh selesai dan percayalah dengan komunikasi yang berkesan, hati yang keras macam mana sekalipun boleh dicairkan. Hati manusia ini PEKA pada non - verbal communication, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan antara kalian.
  5. Tips ini bagi diri ini amatlah penting dan memberi impak maksima. Forgive and forget. Jangan diungkit lagi kisah silam. Each one of us prone to make mistakes and tak selayaknya kita menghukum orang lain dengan meletakkan diri kita lebih superior dari orang tersebut, Yang layak melakukan yang demikian ialah Allah. Maka apa pun yang terjadi, percayalah kepada Allah. Always dahulukan Allah melebihi apa pun juga yang ada di langit dan di bumi atau di antara keduanya. Ingat, "doa itu senjata orang mukmin." Gunakanlah senjata tersebut untuk meminta Allah melembutkan hati kalian untuk meneruskan persahabatan tersebut. InsyaAllah, segalanya akan kembali normal. Sahabat hanyalah jalan dan medium, matlamat utama kita ialah Allah azawajalla.
Rasanya cukuplah sekadar itu perkongsian pada kali ini. Segala salah dan silap atau kedangkalan mohon agar diampunkan. Buat sahabat yang aku cintai kerana Allah dan Rasul, aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia persabatan kita dan ditabahkan hati kita untuk mengharungi suka duka dan pahit manis bersama - sama. Uhibbukafillah. 




No comments:

Post a Comment