Assalamualaikum.
Ini merupakan sebuah bingkisan daripada pembacaan dan pengalaman yang pernah dialami bukan hanya diri ini, bahkan orang - orang yang pernah kudampingi. Pada kali ini rasa nak berkongsi rasa berkenaan Hakikat mengapa ISLAM menjadi ANUTANKU.
Secara peribadinya, aku ini bukanlah siapa- siapa yang layak menyentuh hal yang banyak cabangnya ini, namun terasa mahu berkongsi setelah mendengar asakan demi asakan diberikan oleh pensyarah Philosophy tentang persoalan, "How do you all experience God?? And how do you know He is God??"
First of all, let me just be frank with all of you. Sebenarnya Islam adalah agama yang bagi aku kita hanya akan dapat rasa kemanisannya kalau kita bermujahadah, bersusah payah sebelum menerimanya, bersakit - sakitan menahan diri daripada melakukan maksiat dan noda, semua itu akan membuatkan kita lebih rela menerima Islam sebagai pegangan kita daripada ikut - ikutan atau warisan keturunan keluarga.
"The first duty of love is to listen".. Anonymous
Cuba kita analisa diri kita semula, bila kali terakhir kita update iman dan takwa kita kepadaNya?? Bila kali terakhir kita ingat Allah dalam diri kita?? Adakah kita berusaha menjadi hambaNya yang benar - benar baik atau sekadar mengambil Islam sebagai juz'i (ambil apa yang disukai hati).... Itulah sebabnya kita jangan hanya jadi pengikut, sebaliknya kajilah dahulu akan segala aspek tentang Islam supaya kita tidak direndah - rendahkan darjatnya apabila orang - orang di sekeliling bertanyakan kita "Why do you choose Islam as your religion??? Why do you choose to wear Niqab or Hijab??"
![]() |
| Labuhan tudung bukan bermakna pemakainya solehah, tapi insyaAllah sebagai suatu medium ke arah yang lebih baik |
One of the most interesting part about Islam is because Islam diminished the discrimination against women and slaves all around the world. Our prophet Muhammad, as the messenger of Allah yang telah memulakan langkah proakif ini dalam membumikan kesamarataan walaupun berbeza jantina atau bangsa. Bukankah Islam itu baik dan membaikkan??
Teringat pula akan sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang sangat mahsyur tentang kedatangan Islam dan penghujungnya :
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan akan kembali dagang (asing). Maka beruntunglah bagi orang - orang yang asing."
Jujur aku katakan, aku ingin melalui jalan - jalan indah ini. Meskipun nampak seperti terpaksa dipinggirkan, dipulaukan, diasingkan atau apa sahaja assumptions yang orang akan buat apabila aku menyebut namaku sebagai seorang Muslim, aku tidak peduli kerana hakikatnya Allah itu dekat denganku. JarakNya, lebih dekat daripada urat - urat leherku sendiri. Asalkan aku tahu menjaga diri, hati, dan anggota pancainderaku. Subhanallah, indahnya berjuang di jalanMu ini.
Pengalaman juga mengajar aku persoalan iman dan takwa. Tak lengkap iman seseorang itu sekiranya dia hanya mengatakan yang dia itu Muslim, tetapi tidak mengaplikasikan budaya - budaya sebagai seorang hamba Allah. Dalam Surah Az - Zaariyat ayat 56, Allah menegaskan, "Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah kepadaKu."
![]() |
| Tonggak pengabdian kita kepada Allah.. Dalamilah dan hayatilah maknanya. |
Jelas dan nyata bahawa tujuan penciptaan seseorang manusia dan jin itu tidak lain hanyalah untuk mentaati Allah, mengagungkanNya, mengingatiNya, membesarkanNya, memuliakanNya, dan merasaiNya. Satu tamparan hebat untuk umat kita pada hari ini. Cuba lihat kembali akan arah hidup kita. Apakah kiblat kita sekarang?? Adakah kiblat kita masih di Baitullah atau sudah bertukar kepada negara - negara Barat?? Siapakah idola paling agung kita?? Adakah Rasulullah atau selebriti - selebriti yang'hot'?? Ayuh kita jernihkan kembali fikrah kita semula.
Sedarlah yang kebanyakan kita Islam kerana warisan, tetapi janganlah sehingga ibadah dan akidah kita juga kita warisi semata - mata. Hidayah itu milik KEKAL Allah, dan manusia disuruh berusaha untuk mendapatkannya dan bukannya menunggu saat ia akan tiba. Jangan jadi seorang manusia yang berbangga dirinya Islam, tetapi kelakuannya masyaAllah, lebih menakutkan daripada orang bukan Islam.
Aku juga ingin berkongsi perasaan seseorang hamba Allah ini, yang pernah berjaga di sepertiga malam dek kerana masalah yang dipendamnya kian parah dan seakannya tiada lagi jalan keluar. Maka digagahkan diri untuk bangkit, berdoa, berwuduk lalu menunaikan solat sunat tahajud dua rakaat. Pada sujudnya yang terakhir, terasa ada sesuatu kelainan yang dihadapinya. Suatu perasaan tenang yang tiada terperi indahnya, sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata - kata atau madah pujangga.
Seusai solat tersebut, air matanya berderai kerana membayangkan betapa banyaknya dosa yang telah dilakukannya, dan segala masalah yang menimpanya mungkin sedikit sebanyak menjadi kifarah dosanya yang telah lalu. Terbayang di mindanya apakah makna dan tujuan hidupnya. Kosong... Sepi... Sayu... Tanpa kehadiran si Dia yang senantiasa ada. Terbayang juga suatu ketika dahulu, dia terlalu jahil dan dangkal dalam memahamiTuhannya iaitu Allah. Sedarlah dia bahawa Islam itu bukan sekadar untuk diwarisi, tetapi untuk dipertahankan kesuciannya melalui kefahaman dan pencerahan. Alhamdulillah, setelah berusaha kembali ke pangkal jalan, hatinya jauh lebih tenang dan damai daripada dahulu.
Akhir sekali, fahamilah Islam bukan sekadar suatu anutan atau fahaman yang membebankan. Jangan dianggap segala "tidak boleh" itu menyeksa dan mengongkong kerana di sebalik semua itu ada banyak hikmahnya. Dan jangan pula "semuanya boleh" dianggap baik dan bebas kerana tersirat di sebalik semua itu mungkin ada kepahitan. Islam untuk MENJAGA bukan mengongkong. Ingatlah pesanan Imam Al - Ghazali,
"Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir"


No comments:
Post a Comment