Thursday, 4 October 2012

Nasihat Dari Seorang Kakak

Assalamualaikum

Aku rasa hari ini hari yang sangat memberangsangkan. Aku berjumpa dengan seorang "kakak" yang juga merupakan seorang pensyarah di INTI International University, Nilai. Beliau membuatkan aku merasakan hidup ini lebih bermakna dan indah. Segala kebaikan tentang diri sendiri seharusnya dikekalkan walaupun ada sahaja manusia lain yang tidak tahu menghargainya.

Maybe I should just keep it to myself since the advices were meant to be given only for me, but I guess kita sepatutnya berkongsi kebaikan dan ilmu yang dimiliki. Aku akan ceritakan semuanya dalam bentuk kisah dan penyelesaiannya.

Dan dalam kesempatan ini, ingin aku ucapkan terima kasih kepada kakak tersayang yang sudi berkongsi banyak ilmu dan pengalaman iaitu Kak Hafizah.

Kisah pertama

Aku menceritakan tentang dilema diriku untuk memilih universiti yang terbaik di universiti. Aku bercadang untuk memilih University of California, Berkeley, University of Minessota, Twin Cities, University of Pittsburgh, Pennsylvania, dan University of Washington ST Louis. 

Adakah universiti - universiti di atas ini bagus?? Adakah kesemuanya mampu untuk dicapai?? Dimanakah kedudukan kesemua universiti tersebut??? Ada atau tidak 'group support' which means kawan - kawan yang mempunyai niat untuk apply ke universiti yang sama?? Adakah universiti yang disenaraikan ini mempunyai acceptance rate untuk international students yang banyak??? Boleh atau tidak kelayakan SAT dan TOEFL dicapai untuk melayakkan diri kita untuk ke universiti tersebut?? Kesemua faktor ini seharusnya diambil kira oleh semua pelajar waimma dalam apa keadaan sekalipun.

Penyelesaiaan yang boleh diambil ialah menunaikan solat istikharah. Mesti ramai yang memberikan alasan susah nak bangun tidur di malam hari, tak larat nak bangun di sepertiga malam, atau tak dapat apa - apa petunjuk pun. Semuanya bergantung kepada sejauh manakah kebergantungan kita kepada Allah swt. Kalau kita sendiri masih sangsi terhadap Allah, mana mungkin timbulnya keyakinan untuk menerima petunjuk Allah meskipun ternyata ianya benar.

Boleh saja sediakan 3 gumpalan kertas di hadapan kita yang mengandungi nama - nama universiti yang menimbulkan kekeliruan memilih untuk kita. Lalu, sesudah solat maka cabutlah salah satu daripadanya. InsyaAllah itulah pilihan universiti yang terbaik untuk kita. Yang penting kepercaya kita kepada Allah swt.


Kisah kedua 

Aku ada seorang kawan baik yang terlalu sangat  aku menyayanginya. (tatabahasa salah kot, haha) dan aku sentiasa rasa mahu menolongnya. Setiap kali dia bermasalah, setiap kali dia ditimpa musibah hati ini rasa ralat sekiranya aku tidak dapat menolong meringankan bebannya. Sayangnya, apabila masalah itu timbal balik kepadaku, dia sedikit pun tidak ambil kisah akannya. Adakah kebaikan aku itu salah?? Aku rasa tidak tenang akan apa yang berlaku.

Kakak yang aku sayangi ini memberikan idea yang sangat logik dan membuatkan aku berfikir dengan baik. Kebaikan yang kita lakukan itu dah cukup baik, cuma kita tersalah memilih tempat untuk menyalurkannya. Aku tahu yang aku dah cuba untuk jadi yang terbaik, cumanya mungkin aku telah memilih sahabat yang salah untuk memberikan kebaikan itu. 

Nilai "Caring" yang ada dalam diri itu dah cukup elok, cuma kenalah pandai memilih tempat dan orang untuk menerimanya.

Sekiranya kita tahu yang kawan kita itu tidak akan menghargai apa yang kita lakukan, percayalah itu bukannya salah kita. Sebaliknya kita tersalah pilih tempat untuk memberikan kebaikan kita. Sekiranya perlu, cuba kita ikut mana yang lebih penting. Betapa ramai orang di luar sana yang lebih memerlukan kasih sayang dari kita. Kenapa tidak kita menyayangi anak - anak yatim, ibu - ibu tunggal, dan orang - orang miskin?? Kenapa kita perlu limpahkan kasih sayang kita kepada orang yang tidak memerlukannya. Sebab itulah, dahulukan mana yang lebih penting dari yang penting.

Kisah ketiga

Pernah tak cuba untuk iktikaf dalam Masjid UIA?? Sebuah masjid yang sangat bagus untuk menyedari kesilapan, memperbetulkan segala apa yang tersalah, memperelokkan ibadah dan soal hati, dan banyak lagi. Masjid UIA sangat hidup 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Ramai yang akan terkesima dan terkedu apabila melalui kehidupan di UIA yang penuh dengan tarbiah dan suasana pembinaan akhlak yang terpuji.

Apa yang bagusnya ialah pada waktu yang amat genting, cubalah cari tempat - tempat ibadah yang baik lalu pencilkan diri buat seketika. Bersolat sunatlah, lalu sujud dalam keadaan kita benar - benar menyerah diri kita kepada Allah. Seakan -akan kita melepaskan kemarahan, kesedihan, kepahitan, permasalahan, konflik dan dilema kita untuk tatapan Allah. 

Lagi rendahnya seseorang manusia itu, maka lebih dekat sebenarnya hubungannya dengan Allah. Yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain ialah sejauh mana mereka cuba untuk memelihara hubungan mereka dengan Allah.

Yang penting dalam hati kita, sematkan kasih sayang kita kepada Allah dan kasih sayang untuk diri kita sendiri. Salurkan masalah kita kepada yang selayaknya kita mohon  DIA.

No comments:

Post a Comment