Saturday, 15 September 2012

Ukhwah Fillah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan kudrat yang Allah kurniakan
Izinkan aku untuk sentiasa melafaskan rasa sayangku
buat sahabat - sahabat yang senantiasa ada
Tatkala susah, sakit, derita, gembira
Mahupun di kala gelombang yang seakannya mendesak sebuah persahabatan
Kalian tetap ada untuk diri yang kerdil ini.


Subhanallah
Aku sangat menyayangi kalian sepenuh hatiku
Insan yang seistimewa kalian tidak mungkin kutemui di jalanan
malahan mana mungkin kutemui permata di celahan kaca
Sungguh tak terdaya hati ini berjuang dalam arus yang melemahkan ini sendiri
Aku akui aku lemah
Aku akui yang kita acap kali diasak duka
Dek kerana kealpaan dan kedangkalanku menilai erti sahabat


Maafkanlah diri ini andai ada yang tergores di hati
Aku hanyalah seorang hamba
penuh kelemahan
penuh kekurangan
Sungguhpun begitu
Aku bersyukur kerana kalian masih ada di sisi
Perjuangan yang pada mulanya sakit dan melelahkan
Kini terasa nyaman dan menyegarkan


Terima kasih sahabat - sahabatku

Amirul Faris
Wafiy Mazlan
Nur Amira
Ammar Al Haqeem
Ain Ezani
Zainab Afiqah
Arifah Abdullah
Mohamad Ariff
Abang Iman
Abang Syazwan
Abang Hakim

Abdullah Mursyid
Nur Mastura

      
 





No comments:

Post a Comment