Saturday, 29 September 2012

Taubatlah Wahai Hati yang Berdosa









Assalamualaikum wbt

Hati manusia ini amatlah 'fragile' dan mudah kalah dengan sesuatu. Sekuat mana pun seseorang itu, pasti ada perkara yang membuatkan dirinya lemah atau futur. Pada entri kali ini, aku hanya mahu berkongsi sesuatu berkenaan konsep taubat dan bermaaf- maafan.

Bilamana diasak dengan dosa yang menimbun di dalam hati, timbullah rasa keinsafan dalam diri kita. Kita seakannya TIDAK MAHU LAGI BERPALING dan melihat ke belakanag akan apa yang telah kita lakukan di masa silam kita. Mungkin kerana pada waktu itu, kita masih lagi dibelenggu jahiliyyah dan tidak tahu akan perihal pencerahan yang sebenarnya akan hal itu. Maka kita cuba untuk kembali ke pangkal jalan. Persoalannya, bagaimana??? Kalau sudah bertaubat tetapi masih mengulanginya, macam mana pula???


Sebelum pergi dengan lebih jauh, inginku paparkan lirik dari seorang penyanyi yang lagunya menjadi dambaan hatiku setiap masa. Aku berikan sebahagian daripada lagu Taubat Seorang Hamba:

Hati hiba mengenangkan
Dosa - dosa yang kulakukan
Tuhan maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

 Kuakui kelemahan diri,
kuinsafi kekurangan ini,
Kukesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini.

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan



Prinsip - prinsip asas dalam bertaubat:

#1 : MENYESAL dengan kesalahan yang telah dilakukan
- Rasa bersalah dengan Allah swt kerana telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan     syiar. Hal ini perlulah diiringi dengan ilmu dan kefahaman yang baik tentang kesalahan yang dilakukan. Sama ada kesalahan yang dilakukan itu adalah dengan Allah sahaja atau melibatkan manusia juga. Perasaan gerun dan takut akan balasan Allah patut diterapkan ke dalam diri sekiranya diri lambat bertaubat.


#2 : BERAZAM dan BERTEKAD untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut
- Anggaplah selama ini diri kita ini khilaf dalam tindakan atau pertuturan sehingga menyebabkan kita terleka dan lalai dari syariat Islam. Tanam dalam hati yang paling dalam bahawa sesungguhnya kita tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama lagi. 
- Azam yang kuat ini penting untuk mengelakkan diri kita dari terjebak semula ke dalam kancah maksiat yang pernah kita lakukan dahulu.


#3 : BERSEGERA meninggalkan dosa - dosa tersebut
- Manusia ini bukannya sempurna. Maka, apabila menyedari kita telah tersilap langkah, jadi bersegeralah untuk meninggalkan dosa tersebut. Jangan lakukannya lagi!!! Tinggalkannya secara total tanpa sebarang rasa untuk kembali melakukannya semula.


#4 : BERTAUBAT NASUHA 
- Bertepatan dengan firman Allah swt, 

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)


#5 : KEMBALIKAN HAK jika melibatkan manusia lain
- Dosa - dosa dengan manusia wajib diselesaikan dengan cara memulangkan semula haknya dalam apa cara sekalipun. Contohnya, kita mengumpat, mengata, dan memarahi sahabat kita sehingga terluka hatinya, maka wajib ke atas kita memulangkan haknya dengan cara mengakui kesalahan kita di hadapannya dan memohon maaf.
- Sekiranya dia menyuruh melakukan sesuatu sebagai kifarat di atasa dosa kita kepadanya, selagimana tidak bertentangan syariat Islam, maka perlulah kita sempurnakannya.


Mengakui kesalahan kita di hadapan orang yang
kita ambil haknya.


Konklusinya, taubat adalah kembalinya kita kepada Allah setelah melakukan dosa atau maksiat yang bakal mengotorkan hati ini. Kembalilah kepadaNya sahabat sekalian, kerana hanya dengan mengingatiNya, hati kudus ini boleh menjadi tenang. Tinggallah jahiliyyah dan menujulah kepada keredhaanNya. Jangan lagi mengulangi kesilapan yang sama. Sesungguhnya keampunan Allah mendahului kemurkaanNya. Ingatlah!!


No comments:

Post a Comment