Tuesday, 11 September 2012

Mari Mentadabbur Alam

Kelihatan tajuk yang agak janggal dan pelik bukan?? Kenapalah dalam banyak - banyak hal, tajuk ini juga yang menjadi tambatan hati. Bukan kerana inginkan perspektif yang bukan - bukan atau mahukan nama yang disanjung - sanjung, tapi hanya kerana seorang sahabat.

Ya, sahabat yang banyak mengajar aku erti mentadabbur alam. Tadabbur dalam bahasa mudahnya adalah memahami dengan sebaik mungkin akan sesuatu ilmu atau perkara. Apabila kita sebut tentang tadabbur, pasti yang terlintas adalah mentadabbur Al - Quran. Ya, aku setuju dengan hal itu. Memahamid dan menghayati Al - Quran dari sudut pandang yang "diversified".

Cuma, apa kata pada kali ini kita cuba pula untuk mentadabbur alam. Tadabbur alam dalam bahasa yang paling mudah ialah menghayati makna sebuah kehidupan.

Bagaimana mungkin ianya terjadi???? Dalam kebanyakan buku penulis - penulis muda banyak menyebut dengan mentadabbur alam maka kita akan menjadi hamba Allah yang bersyukur, yang baik, yang faham, yang faqih dan sebagainya. Tapi, aku sekadar nak memurnikan suatu pandangan yang mungkin lebih pragmatik barangkali.

Kefahaman aku ini diadaptasi daripada seorang sahabat yang sangat aku sanjung ilmu dan pekertinya. Dialah yang banyak mengajak aku untuk menilai, memahami, mengira dan mencongak diriku dan diri orang - orang di sekelilingku.

Untuk memudahkan kefahaman ini, aku berikan suatu contoh yang mudah. Aku yakin dalam kalangan kita semuanya pernah lepak dan beristirehat di restoran atau di tempat - tempat yang mempunyai kapasiti manusia yang ramai. Dalam pada kita lepak dan rehat itu, pernah atau tidak kita melihat keadaan orang - orang yang berada di sekeliling kita. Bagaimana kehidupan mereka, ke mana hala tuju mereka, atau barangkali apa agaknya yang mereka fikirkan??

 Kedengaran seperti 'busy body', tetapi percayalah kita akan insaf dan kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Dengan mentadabbur, yakni memikirkan dan menilai, kita sebenarnya telah membina suatu connection dengan Allah swt. Kenapa boleh jadi yang demikian pula??? Sebabnya mudah sahaja, apabila kita melihat dan memikirkan tentang manusia, maka kita akan membina persepsi.

Persepsi ini akan berkembang menjadi rasa mahabbah kepada Allah atas kesempurnaan dan kehebatan seseorang yang datangnya daripada Allah swt. Sebab itulah, selalulah mentadabbur alam. Selalulah bina persepsi atas landasan syiar yang diizinkan Allah..

Ingatlah, dengan memandang ciptaan, kita akan bertanyakan siapakah pencipta dan pasti akan mengagumi ciptaannya. Begitu jugalah alam ini, lebih bayak kita bertanya tentang alam, maka lebih banyak kita tahu tentang penciptanya. Lebih banyak kita tahu berkenaan penciptanya, lebih banyaklah mahabbah kita kepadaNya. Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment