![]() |
| Perkahwinan adalah untuk mendekatkan kita dengan Allah, bukannya menjauhkan kita dariNya. |
Assalamulaikum wbt.
Kebelakangan ini, ramai yang selalu menyebut persoalan kahwin, tunang, mendirikan baitul Muslim dan sebagainya. Bayangkanlah, sehingga aku sendiri merasakan keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Itu semua berlaku disebabkan ramai sangat yang menyebut - nyebut dan menyebar - nyebarkan.
Walau bagimanapun, perasaan ini tiba - tiba saja terhenti seketika. Eh, tunggu sekejap. Rasa - rasanya layakkah aku untuk berkahwin?? Boleh ke aku memimpin rumah tangga aku sendiri?? Mampukah aku untuk mengemudi bahtera perkahwinan ini dan siapakah bakal ibu untuk anak - anak aku nanti?? Persoalan yang mencengkam ini seringkali membantutkan hasrat aku untuk berkahwin.. Hahaha, kasihanlah kau Fazuan. Apa - apa sajalah, aku ada PRINSIP aku yang tersendiri.
Aku cuba 'recall' balik ciri - ciri wanita idaman hati ini, lalu aku teringatkan pencirian yang telah diberikan oleh baginda Nabi Muhammad saw. Jom kita teliti satu - persatu ciri - cirinya:
#1 : Pilihlah isterimu kerana kecantikannya
- kecantikan di sini bukanlah bererti sampai nak cantik macam artis atau selebriti. Cukuplah kecantikannya sekadar cantik mata memandang dan janganlah berlebih - lebihan pula.
#2 : Pilihlah isterimu kerana keturunannya
- mempunyai susur galur yang jelas dan baik. Tahu asal usul keluarganya secara mendalam dan bukan semberononya sahaja berkahwin dengan mana - mana wanita. Pun begitu, ada saja keturunan yang tidak baik tetapi melahirkan anak - anak yang baik dan solehah. Jadi, berwaspadalah!
#3 : Pilihlah isterimu kerana kekayaan / hartanya
- semua orang akan pilih isteri yang kaya - kaya sahajakah?? Ini, aku sendiri tak pasti. Yang jelas Nabi punyai visi yang murni akan penjelasan ini.
#4 : Pilihlah isterimu kerana agamanya
![]() |
| Wanita beragama tahu menjaga harga dirinya |
- point inilah yang paling penting sekali. Berkahwin dengan perempuan cantik, kaya, dan berketurunan baik sahaja tidak mencukupi. Antara semua yang di atas, baginda Nabi Muhammad saw paling menitik beratkan persoalan agamanya.
- kenapa agama yang menjadi keutamaan. Dari agama yang baiklah, akan lahir rumah tangga yang baik. Isteri yang solehah pasti insyaAllah akan melahirkan anak - anak yang baik untuk agama kita. Menjadi perintis perjuangan Islam suatu hari nanti.
- dengan agamalah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Agama mendidik cara menjaga harta, keturunan dan penampilah diri. Akidah yang jelas pula pastinya akan diturunkan ke landasan yang benar ke arah hanya mentauhidkan Allah azzawajalla.
Dah selesai bab ciri - ciri, sekarang timbul pula isu layakkah aku untuk perempuan sebaik itu??? Memang betul apa yang Allah katakan, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah, kita perlu mempersiapkan diri. Bagaimana?? Berkapel untuk mencuba nasib???
Sama sekali tidak seperti itu. Islam itu indah dan segala yang berkaitan Islam adalah indah, terbaik, dan terelok. Jodoh adalah urusan Allah, betul?? Kita sendiri tidak tahu siapakah jodoh kita. Oleh sebab itu, berusahalah. Berusaha yang dimaksudkan di sini ialah mempersiapkan diri dengan segala yang diperlukan Islam untuk mebina Baitul Muslim.
Ya, ilmu itu sangatlah penting. Selain itu, perlulah diingatkan kalau mahukan seseorang yang Islamik, maka kita sendiri perlu menjadi Islamik. Tapi, niatnya bukan untuk mendapatkan pasangan yang baik, kerana Allah. Cuba ikhlaskan diri sebaik mungkin. InsyaAllah akan bertemu pasangan yang ideal dan yang paling penting diredhai Allah. Yakinlah !!!!
Macam mana pula kalau kita dah ada orang yang kita minati dan kita sayang. Perlukah kita dating dan keluar ke mall dan cinema?? Jawapannya ya, mungkin itu perlu. TAPI, keluarlah dengan keluarganya sekali. Paling tidak pun sesiapa yang MAHRAM dengannya. Hal ini penting untuk mengelak dari berlakunya finah. Maklumlah, manusia di sekeliling kita mempunyai pemikiran yang berbeza - beza. Ada yang jernih fikrahnya, tak kurang juga yang gemar menabur fitnah dan tomahan. Jadi, dengan adanya peneman tadi, insyaAllah tidaklah berlakunya fitnah. Kalau ada pun, itu di luar kawalan kita. (beyond our locus of control, so forget it)
![]() |
| Apa pun yang terjadi, letakkanlah malu kalian di tempat teratas. Berwaspadalah, syaitan ada di mana - mana... |
Tindakan yang terbaik ialah pergi ke rumahnya untuk berjumpa keluarganya bersama keluarga anda semua. Confirm tidak ada lagi fitnah atau kata - kata nista yang boleh memanaskan hati. Nak cerita berkenaan keindahan Islam, memang takkan cukup sehari. Islam mengajar kita untuk menjaga kesucian keturunan sehingga satu tahap apabila kita terlalu suka pada mana - mana perempuan, maka Nabi Muhammad bersabda, kahwininya..
Dalam Islam tidak ada istilah coupling or cintan cintun terlebih - lebih. Kalau dah suka atau berkenan di hati, cepat masuk meminang. Kaan Islam itu mudah?? Cinta selepas kahwin itu jauh lebih bernilai dari cinta picisan kita.
Sebagai lelaki, inilah langkah - langkah dalam menyunting bunga di taman larangan. Haha..:
![]() |
| Perkahwinan yang diredhai pasti akan melahirkan wasilah keturunan yang baik dan bermanfaat. |
- Taaruf dengan si dia dan keluarganya. Jangan hanya nak kahwin dengan anaknya, tapi mak bapanya dilupakan. Kahwini SEISI KELUARGANYA, tambatlah mereka dengan keimanan dan pengabdian kepada Allah.
- Bertunang kalau merasakan perlu masa untuk membuat persediaan dari segala aspek. Nak ingatkan, dugaannya sangatlah banyak waktu selepas bertunang. Sehingga boleh membuatkan pasangan tunang putus tunang. Jadi, berhati - hatilah. Dan jangan lupa tunang tidak menghalalkan apa - apa. Kalian tetap bukan mahram dan tidak boleh sewenang - wenangnnya berbuat apa - apa.
- Berkahwinlah dengan si dia dengan cara yang terhormat. Nikahinya kerana perasaan cintamu kepada Allah, yang dimanifestasikan oleh perkahwinanmu. Tak perlu pun sampai nak buat dekat hotel atau tempat - tempat yang 'grand', asalkan dia halal untukmu, dan kau halal untuk dia. Tapi, tidak menjadi masalah kalau nak buat juga majlis resepsi, asalkan niatnya betul dan tepat.
- Yang terakhir ialah layarilah bahtera perkahwinanmu dengan penuh kebahagiaan. Jadikanlah Islam sebagai tonggak, Allah sebagai yang utama, dan Nabi Muhammad sebagai ikutan. Dan lahirkanlah daripada kalian, anak - anak yang berguna untuk menjadi penyambung wasilah agama.
Rasanya aku macam dah kahwin pula. Ya, aku masih lagi 18 tahun dan sepatutnya bukanlah selayaknya untuk aku membahaskan hal ini. Tapi aku merasakan kebanyakan remaja kini perlukan percerahan lalu aku cuba untuk berikan.
Sekiranya ada yang silap dalam hal ini, mohon maaf dan semoga Allah swt ganjari kita dengan pasangan yang terbaik mengikut pilihanNya. Berusahalah untuk mendapatkan pasangan yang terbaik menggunakan guidelines Al - Quran dan hadis Nabi Muhammad. Selamat beramal semua... Salam.




No comments:
Post a Comment