Kali ini aku agak terbawa - bawa dengan perasaan aku. Semuanya dalam konteks faham, memahami, dan difahami. Aku rasa sangat berbeza dengan apa yang aku percaya selama ini. Apabila aku menjejakkan kakiku di bumi INTI International University, Nilai.
Atmosferanya yang jauh dari kebiasaan membuat aku terfikir sendiri adakah aku ini manusia yang janggal atau manusia - manusia di sini yang pelik. Mereka seperti tidak faham apakah maknanya sebuah persahabatan dan kehidupan.
Ya, persahabatan dibina untuk mendapat redha Allah, kehidupan diteruskan untuk Allah. Itulah pegangan yang selama ini aku berpegang teguh. Cuma, apabila di sini, aku dapat merasakan yang dunianya berbeza. Seakan - akan berkawan untuk manfaat kendiri dan hidup untuk memenuhi tuntutan diri mereka sahaja. Aku sedih memikirkan perkara ini.
Antara sebab kenapa sehingga kini aku masih lagi bertahan berkawan dengan mereka adalah kerana Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Andai kata Islam tidak mengajarkan yang demikian untukku, nescaya mana mungkin aku mampu untuk bertahan dengan mereka lagi. Subhanallah, mungkin entri aku kali ini kedengaran dangkal dan menyakitkan, namun percayalah ini yang aku rasa selama ini.
Manusia hanya memikirkan kehidupan yang berlaku dalam tempoh seketika ini sahaja. Persoalannya, adakah mereka hidup untuk menongkat langit??? Adakah mereka bernafas untuk menahan permergian masa??? Aku rasa itu adalah sesuatu yang amat mustahil..
Hidup ini hanya seketika, sebab itulah kita perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Mempergunakan segenap ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dan jiwa. Itulah yang dituntut dalam Islam.
Sayang seribu kali sayang, tak ramai yang faham akan tuntutan ukhwah, tak ramai yang mempraktikkan ilmu dalam amal mereka. Ini yang kadang - kala menjadikan aku terasa sebak dan sedih. Wahai pembaca yang aku kasihi sekalian, kkiat sedang menuju saat - saat terakhir kehidupan manusiawi. Pastinya, sudah tidak lama lagi, dunia akan bertemu penghujungnya, lalu apa yang akn kita bawa menghadap Illahi???
Sekarang, cuba tanyakan pada diri kita apakah tujuan hidup kita ini?? Apakah Allah cipatakan kita di muka bumi ini dengan sia - sia??? Kemana kita akan pergi nanti??? Apakah tempat terakhir yang paling baik untuk kita?? Syurga atau neraka??
Persoalan ini jika diamati dengan penuh rasa kehambaan terhadap Allah swt akan membuatkan manusia berhenti seketika dan berfikir akan makna sebuah kehidupan.
Persahabatan yang sejati bukanlah sekadar kebersamaan yang berpanjangan, tetapi kepada sejauh mana kita mampu jujur dan saling mendoakan antara satu sama lain untuk selamanya. Sedarlah wahai sahabat - sahabatku.... Salam ukhwah, Azzahrawi..
No comments:
Post a Comment