Selama hidup aku, aku rasakan ada sesuatu yang membuatkan diriku jauh berbeza daripada manusia lain. Pada peringkat usiaku yang mencecah alam remaja, aku bukanlah seorang lelaki yang menjadi dambaan segenap wanita solehah di muka bumi Allah ini. Tetapi aku senantiasa berharap bahawa setiap apa yang aku lakukan mendapat redha dan restu Illahi.
Pada entri kali ini, hati ini tiba - tiba berkecamuk direnggut rasa bersalah atas apa yang telah aku lakukan selama hidupku sebagai seorang hamba Allah. Kadang kala terasa rendahnya martabat diri ini jika dibandingkan dengan lelaki lain. Subhanallah, aku akui kelemahan diri ini. Dalam kedangakalan hidup menongkah arus zaman, aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa membimbing aku dalam apa juga hal dan keadaan, dan mudah - mudahan orang - orang di sekeliling aku akan memahami tujuan aku melakukan apa yang telah aku lakukan.
Bercakap persoalan ini, aku terkesima dengan apa yang dikatakan oleh sahabatku, Nur Amira Kamarudin. Dia yang telah menyedarkan aku dari lamunan mimpi kealpaanku. Dia jugalah yang membawa kesedaran buat diriku.
Ya, aku tahu semuanya datang dengan izin dan inayat dari Allah swt, tetapi semuanya mungkin didatangkan melalui dia. Dia mendapati aku seorang yang banyak bergaul dengan wanita, akan tetapi aku terlalu kasar dalam pergaulanku. Daripada kata - kataku, tindakanku, kelakuanku dan segalanya melibatkan aku tetap saja mengundang kemarahan dan kemurungan dalam diri mereka. Dia membawa kisah tentang aku terkasar bahasa dengan seorang daripada sahabat kami. Entahlah, kenapa dalam konteks ini aku gagal mengawal perasaanku. Mungkin kerana aku sedang cuba untuk mengelakkan diriku daripada menjadi bahan 'gossip liar' masyarakat yang tidak memahami.
Aku tidak mahu namaku dan nama si dia buruk hanya kerana kerapatan kami dalam berhubung. Aku hanya ingin menuntut ilmu sebanyak mugkin dan hidup dalam pengembaraanku untuk mencari tinta - tinta ilmu. Hanya itu..... Dan aku yakin konsekuensinya akan timbal balik kepadaku.
Apabila mengenangkan hal ini, ada kalanya aku sendiri mempersoalkan kenapa semuanya jadi begini?? Adakah kerana aku tidak pandai dalam hal - hal mengayat wanita?? Atau kerana tidak ada pengalaman dalam bercinta??
Prinsipku sekali lagi direntap ganas mereka semua yang tidak memahami. Mereka menganggap semua lelaki sepatutnya baik dengan semua perempuan. Akan tetapi, aku sendiri ada pendirianku atas apa jua yang aku lakukan. Sekiranya aku seorang isteri, aku tidak rela suamiku membuka pintu KFC untuk wanita lain, tak juga aku rela apabila suamiku melayan wanita lain lebih erat dariku.. Tidak juga aku rela suamiku diusap manis bicara wanita lain. Tidak sanggup aku membayangkan semua itu.
Sebab itulah, aku memilih jalan pertengahan, jalan yang tidak akan sama sekali menjebakkan aku dengan hubungan selain dari hubungan yang halal di sisi syiar.
Itulah sebabnya, bagi yang tidak faham dan mengenali Muhammad Fazuan bin Abdul Karim dengan dekat, pastinya memberi peluang mereka untuk membuat spekulasi yang tidak benar akan diriku. Tapi, aku tidak pernah menganggap semua itu kelemahan atau hal yang perlu aku malukan. Aku yakin Allah swt punya perancangan yang terbaik untukku. InsyaAllah.
Pada kesempatan entri ini juga, aku hanya ingin tegakkan prinsipku yang lama aku pendam. Aku tidak akan keluar "dating" melainkan dengan wanita yang sudah halal untukku. Aku juga berikrar tidak akan melayan wanita lain lebih baik dari isteriku. Aku juga ingin menjadi insan semulia Saidina Ali ra yang tidak pernah menduakan Saidatina Fatimah sepanjang hidupnya... InsyaAllah...
Buat sahabatku Myra, terima kasih atas segala pemahaman dan nasihat yang telah kau curahkan sepanjang kita bergelar sahabat. Aku akui yang selama ini aku gagal unutk menjadi sahabat yang baik untuk kau. Cuma aku berharap kau tidak akan menghukumku dengan cara menjauhkan diri dari diriku.
This is so sweet and nice :) Hope Allah grant you the best for your future wife and that you will be saved from any sort of fitnah...
ReplyDeletethanks for that.. yeah, maybe that's why i need to do this.. mujahadah in order to restrain my nafs.. thanks again
Delete